Ust. Hj. Abdul Halim Abas dan isteri di rumah sdr. Safrin Karim di Kg. Paka, Ranau.
33 program Ramadan libatkan saudara baru
KOTA KINABALU Yayasan Ithimam menganjurkan 33 program melibatkan saudara baru sepanjang Ramadan di sekitar bandar raya ini.
Penyelaras Program-program Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah berkata, antara pengisian program itu ialah majlis berbuka puasa, tazkirah, terawih dan khutbah Jumaat.
"Program ini dibuat di rumah mualaf, surau dan masjid, khusus untuk saudara-saudara baru bertujuan mengerat silaturrahim dan memantapkan kefahaman tentang Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Yayasan Ithimam adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berpangkalan di Semenanjung.
Beliau berkata, daripada 33 program itu, 13 daripadanya telah pun dilaksanakan di luar Kota Kinabalu bermula awal hingga pertengahan Ramadan.
Mohd. Nazri memberitahu, enam daerah tersebut iaitu Ranau, Kota Marudu, Matunggong, Semporna, Papar dan Kinarut dengan tiga program diadakan setiap hari.
"Kemuncak program ini akan diadakan di Surau Kampung Salimandut, Kota Marudu pada 22 September ini. Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan akan hadir.
"Beliau akan menyerahkan bantuan dan sumbangan peribadi kepada tujuh buah keluarga miskin di situ bagi meringankan beban mereka dan persiapan menyambut hari raya," ujarnya - UTUSAN MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi