Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumaat, 31 Julai 2009

SMS Melangkah Lagi...




SMS mencuba sistem audio utara fm selepas pelancaran radio online Sabahan oleh Pak Lah


SMS bersama rakan bloggers Suara Anak Marudu, Puan Nong yang juga seorang DJ penyampai di utara fm



DJ Rumput (berbaju hitam) sedang memberi taklimat penggunaan radio online


SMS melangkah setapak lagi ke dunia penyiaran maya dengan melibatkan diri bersama utara fm yang dipelopori oleh DJ Rumput.


Suara Mualaf Sabah - Dalam dunia dakwah, titik akhirnya apabila seseorang itu berjaya membawa manusia kepada mengenal ALLAH. Oleh itu, para pendakwah perlu sentiasa mencari jalan dan peluang menyampaikan ajaran Islam tanpa mengira masa dan tempat. Kegagalan pendakwah menyampaikan ajaran Islam menyebabkan orang bukan Islam dan orang Islam sendiri melihat Islam sebagai suatu yang jumud dan ketingalan zaman. Berhikmah menyampaikan Islam, bukan bermakna berdiam diri atau menunggu masa serta tempat yang sesuai untuk menyampaikan dakwah. Berhikmah bererti bijak menggunakan segala peluang yang ada serta tidak membuang masa. Justeru, sudah sampai masanya setiap individu Islam menjadi ejen penyampai kebenaran mengikut kemampuan, tanpa menunggu masa....

Berakhirnya ujian kepada Nabi Ayub

ALLAH ingin menjadikan Nabi Ayub sebagai seorang hamba-Nya yang benar-benar teguh keimanannya, tabah, sabar, tetap bersyukur dan sentiasa memuji Allah.

Oleh itu, Allah menguji Nabi Ayub dengan pelbagai ujian termasuklah kehilangan harta benda dan anak-anaknya. Ujian yang paling besar diterima oleh Nabi Ayub ialah ditimpa penyakit kulit yang sangat teruk.

Allah membenarkan iblis untuk menjalankan tipu muslihatnya. Tujuan Allah membenarkan iblis berbuat sedemikian adalah untuk menguji keimanan Nabi Ayub.

Namun begitu, Allah mengetahui bahawa Nabi Ayub mempunyai keimanan dan kesabaran yang tinggi walaupun diberikan pelbagai ujian dan dugaan.

Penyakit kulit yang dihadapi oleh Nabi Ayub sungguh teruk sekali hinggakan baginda tidak berdaya untuk bangun daripada pembaringannya. Semakin hari, badannya semakin kurus dan baginda tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan. Mukanya menjadi pucat dan matanya cengkung.

Walaupun Allah mengujinya dengan penyakit yang begitu teruk, tetapi Nabi Ayub tetap beriman dan memuji kebesaran Allah. Penyakit yang dihadapinya memakan masa hingga bertahun-tahun lamanya.

Baginda disisihkan oleh masyarakat dan tidak ada sesiapapun yang sudi menjenguknya kecuali isterinya, Rahmah yang setia menemani, menghibur dan menguruskan keperluannya selama ini.

Walaupun Nabi Ayub diuji dengan penyakit yang begitu teruk, namun iblis masih tidak berpuas hati. Iblis telah menghasut Rahmah, isteri Nabi Ayub supaya bosan dan benci kepada Nabi Ayub.

Pada suatu hari, Rahmah berkata kepada Nabi Ayub, "Sampai mati Allah akan menyeksamu, wahai Ayub? Ke mana perginya anak-anak dan teman-teman kita? Ke mana tubuhmu yang gagah dan sihat itu?"

Alangkah terkejutnya Nabi Ayub apabila mendengar kata-kata isterinya itu. Ternyata isterinya itu juga sudah berubah hati. Baginda berasa sedih kerana isterinya yang dikasihi sanggup berkata begitu kepadanya.

Sejak hari itu Nabi Ayub tidak lagi memandang isterinya. Makan minum yang disediakan oleh isterinya juga tidak disentuh dan dimakan. Nabi Ayub telah bersumpah sekiranya baginda sembuh daripada penyakit, baginda akan memukul isterinya sebanyak 100 kali sebagai hukuman.

Kini tinggallah Nabi Ayub seorang diri menghadapi penyakit yang ditanggungnya itu. Badannya semakin lemah dan tidak berdaya lagi. Lalu Allah menurunkan wahyu-Nya kepada Nabi Ayub supaya menggerakkan kakinya sehingga keluar air. Air itu hendaklah diminum dan digunakan untuk mandi oleh baginda. Nabi Ayub pun menurutinya.

Maka dengan keizinan Allah badannya kembali kuat dan segar. Hilang segala penyakit yang ditanggungnya, malah baginda lebih kuat dan gagah dari dahulu.

Pada masa yang sama, isteri beliau telah melihatnya lalu terus kembali kepadanya. Nabi Ayub teringat akan sumpahnya bahawa baginda akan memukul isterinya apabila sakitnya sembuh. Isterinya itu pernah lalai menguruskan sewaktu baginda masih sakit. Akan tetapi timbul dalam hatinya rasa hiba dan sayang kepada isterinya sehingga baginda tidak dapat memenuhi sumpahnya.

Oleh sebab itu, turunlah perintah Allah supaya baginda melaksanakan sumpahnya dengan tidak menyakiti isterinya iaitu memukul dengan menggunakan seikat rumput yang terdiri 100 helai rumput sahaja.

Ahad, 26 Julai 2009

Lensa SMS







Kejayaan 1Malaysia bergantung kepada rakyat



RANAU 25 Julai - Kejayaan konsep 1Malaysia amat bergantung kepada sejauh mana rakyat negara ini menterjemah dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, jika rakyat tidak mengamalkannya, konsep itu tidak akan bermakna sedangkan gagasan yang terkandung adalah untuk kebaikan semua bagi jangka masa panjang.

"1Malaysia perlu diamalkan dan ini penting, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun menjelaskannya, kejayaan (konsep 1Malaysia) adalah daripada amalannya.

"Semua pihak perlu memahami dan mengamalkannya, maka segala apa yang dicita-citakan dalam 1Malaysia akan menjadi kenyataan. Ini penting dan perlu ditekankan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis Jasamu Dikenang dan pelancaran Utara FM, iaitu radio dalam talian di Rumah Rehat Lohan, Kampung Lohan, dekat sini hari ini.

Majlis anjuran Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sabah itu adalah bagi mengenang jasa serta sumbangan Abdullah terhadap pembangunan di negeri ini ketika menjadi Perdana Menteri.

Abdullah berkata, konsep tersebut amat relevan dan terbaik pada masa ini dan rakyat tidak harus menolaknya hanya kerana keliru atau tidak memahami matlamatnya.

Sementara itu, beliau berkata, sektor pelancongan di Sabah perlu mengeksploitasi sepenuhnya alam semula jadi kerana masih banyak tempat yang belum dikomersial sebagai ekopelancongan.

Selain itu katanya, pelancongan berasas kebudayaan dan kesenian juga perlu dijadikan produk baru berikutan keunikan kumpulan etnik yang pelbagai di negeri ini.

Mengenai perkembangan Koridor Pembangunan Sabah (SDC), beliau berpuas hati kerana pelaksanaannya masih berjalan walaupun setelah dirinya tidak lagi berada di tampuk pemerintahan.

"Saya senang hati dengan langkah-langkah yang diambil sejak SDC dilancarkan antaranya perjanjian yang telah dibuat, ini petanda baik untuk masa depan Sabah," katanya. ( utusan malaysia )



Ahad, 19 Julai 2009

Lensa SMA






Suara Mualaf Sabah

Isnin, 13 Julai 2009

Tragedi Natrah


Kisah Natrah menarik minat sy krn Che Aminah, ibu angkatnya ialah warga Terengganu. Isu Natrah ialah isu rakyat Terengganu dan isu umat islam keseluruhannya.

Natrah ialah watak utama dlm peristiwa RUSUHAN NATRAH di Singapura. Natrah juga watak utama dlm kes murtad di Malaysia.

Dalam akhbar 2 hari lepas, beliau telah meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.

Bagi generasi baru, mungkin ramai yang lupa isu Natrah.

Natrah (Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas).

Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Susur galur

  • 1937 24 Mac- Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
  • Disember 1942- Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
  • Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
  • 15 November 1945- Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
  • 1945- Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
  • September 1949- Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
  • 19 Ogos 1949- polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
  • 12 April 1950- Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
  • 22 Mei 1950- Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
  • 24 April 1950- Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
  • 28 April- Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
  • 19 Mei 1950- peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
  • 28 Julai 1950- Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
  • 1 Ogos 1950- kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
  • 2 Disember 1950- Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
  • Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
  • 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
  • 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
  • 13 Disember 1950- Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
  • Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
  • 15 Disember 1950- Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
  • Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
  • Januari 1952- Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
  • 9 Januari 1951- Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
  • 10 Januari 1951- Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
  • 17 September 1951- Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
  • Mac 1953- Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’.
  • 25 Januari 1953- Surat Mansor Adabi kepada Natrah
  • 20 Julai 1953- Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
  • 1954- Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
  • 26 Januari 1956- Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
  • 20 April 1956- Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
  • 15 Februari 1957- Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
  • 20 Januari 1959- Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
  • 3 Februari 1959- Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
  • 25 November 1975- Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
  • 16 Ogos 1976- Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
  • 26 Disember 1976- Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
  • 1976- Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
  • Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
  • 1983- Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
  • 1984- Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
  • 15 September 1984- Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga… Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
  • Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
  • Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
  • 9 Julai 2009 – Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda.

Dalam isu ini, sebenarnya, kerajaan Belanda berpakat dengan kerajaan British bagi memurtadkan kembali Natrah yang sudah memeluk agama Islam dengan cuba menggunakan tipu daya bagi mengheret Natrah ke dalam Mahkamah Tinggi Singapura pada tahun 1950.

Tahun 1950, orang melayu masih tidak mempunyai pemimpin. Negara Malaysia pun belum ada waktu itu dan orang melayu rata2 miskin pada masa itu.

walaupun orang melayu pada masa tu miskin, tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah, Orang melayu dari kelantan kayuh basikal turun ke singapura, Orang melayu di pulau pinang jalan kaki ke singapura, orang melayu dari perak dan selangor tumpang kerata api barang untuk ke singapura

pada tanggal 12 Disember 1950, beribu orang melayu sudah sampai ke singapura

pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.

Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha "kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" , adakah kamu yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi....

dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan "demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini"..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut...Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid

Rujukan

Sabtu, 11 Julai 2009

Nazrey kini tauke minyak



Nazrey bersama produk minyak keluaran syarikatnya, Titan Power.


DALAM diam, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid terkenal Raihan, Nazrey Johani kini bergiat aktif dalam bidang perniagaan minyak pelincir.

Memulakan operasi perniagaan di bawah syarikatnya, Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd., selain bertindak sebagai pengarah dia juga merupakan duta kepada minyak berjenama Titan Power Motor Oil (Titan Power).

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Nazrey sebelum ini juga bergiat aktif dalam perniagaan produk kesihatan. Bagaimanapun perniagaan baru ini merupakan satu lagi cabang buatnya mengembangkan sayap sebagai usahawan.

Bertemu Nazrey baru-baru ini, yang masih lagi mengekalkan konsep dakwah memberitahu, perniagaan tersebut diusahakannya demi menyahut cabaran menjalankan perniagaan yang kurang diceburi oleh orang Islam.

"Syarikat saya (Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd.) baru sahaja ditubuhkan pada 6 April lalu dan operasi jualan produk Titan Power dimulakan pada 15 April.

"Apa yang boleh saya katakan, sambutan untuk produk ini amat menggalakkan malah di luar jangkaan apabila baru sebulan dipasarkan, telah mengumpul lebih 500 orang agen di negara ini.

"Daripada pemerhatian saya, perniagaan sebegini seolah-olah tidak diterajui langsung oleh orang Melayu khususnya orang Islam.

"Jadi kekosongan itu saya cuba isi untuk membantu saudara sesama Islam yang berminat menjalankan perniagaan dengan membuka peluang mereka sebagai agen pemasaran," katanya.

Berteraskan formula MAS (Metal Treatment, Additive dan Synthetic), antara manfaat yang diterima ialah pemanduan kereta yang lebih lancar, lebih penjimatan petrol dan enjin menjadi lebih senyap.

Selain itu, penggunaan Titan Power juga mampu memberi perlindungan tambahan dan peningkatan prestasi enjin sejauh 15,000 kilometer. Produk tersebut dijual pada harga RM136 sebotol.

Mahu bina kampung tahfiz

Rupa-rupanya, di sebalik usaha membantu ramai masyarakat Islam menjalankan perniagaan tersebut, Nazrey menyimpan hasrat tersendiri untuk membangunkan sebuah kampung tahfiz bermodalkan keuntungan perniagaannya.

Merancang mendirikan kampung tersebut di sebuah tapak di Ranau, Sabah, kata Nazrey, kemungkinan besar akan diusahakan pada hujung tahun 2010.

"Ini salah satu perancangan dan hasrat saya dari dahulu lagi. Di Sabah, boleh dikatakan 0.1 peratus sahaja sekolah agama dan untuk tahfiz hanya ada di Kota Kinabalu itu pun kurang sempurna daripada segi prasarana.

"Niat saya apabila kampung tahfiz siap dibina kelak, bolehlah lahirkan generasi-generasi yang jiwanya dapat diisi dengan 'kandungan' al-Quran," kata Nazrey bersemangat.

Menyingkap perihal kerjaya seni, kata Nazrey, Julai nanti dia bakal memasuki studio rakaman merakamkan album lagu-lagu asas solat dan wuduk terbitan Inteam Records.

Masih dalam proses penyusunan lirik, album yang dibuat khas untuk membimbing generasi muda tentang panduan sembahyang dan berwuduk itu bakal dijual dan diedarkan ke sekolah-sekolah seluruh negara.

"Insya-Allah jika tiada aral, selain album asas tersebut saya juga bakal merakamkan single terbaru, Muslimah, di Bandung, Indonesia.

"Lagu tersebut adalah ciptaan seorang guru vokal di sana iaitu Haji Esa Putra. Sasaran saya, kalau boleh dapat siapkan lagu album dan single terbaru saya sebelum bulan puasa," kata Nazrey mengakhiri perbualan.

Kepada yang berminat menjadi agen jualan produk Titan Power Motor Oil, hubungi talian 019-4568490 (Md. Noor) atau 012-3971566 (Md. Azman).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk tersebut, sila layari laman sesawang www.titanloyal.com.

Rabu, 8 Julai 2009

Mereka Terima Aqidah Islam



Suara Mualaf Sabah - Kebijaksanaan para pendakwah menyampaikan Islam di kalangan masyarakat bukan Islam antara faktor utama Islam diterima di kalangan mereka. Kekurangan ilmu dan pengalaman di kalangan sesetengah pendakwah menjadikan Islam dilihat masyarakat bukan Islam sebagai agama yang mengongkong kehendak mereka misalnya dalam soal makanan. Akhirnya, mereka tolak Islam hanya disebabkan isu makan sedangkan akidah Islam mereka boleh terima ( mereka percaya adanya ALLAH dan Allah itu maha Esa )


Teliti semula program dakwah

KOTA KINABALU 7 Julai - Jabatan dan agensi agama Islam harus mengkaji semula kesesuaian program dakwah dan kegiatan yang dijalankan supaya ia menepati perkembangan semasa dan mudah diterima kumpulan sasar.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah berkata, kajian semula itu penting bagi mengukuhkan kefahaman agama kepada semua anggota masyarakat meliputi pengikut asal Islam serta saudara baru.

Katanya, sebarang perubahan juga perlu menepati Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan dan negeri.

"Bagaimanapun, saya harap KPI tidak mewujudkan persaingan kurang sihat sesama pegawai agama sehingga menimbulkan kesan negatif kepada perkembangan Islam dan dakwah Islamiah," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia di sini malam tadi.

Kira-kira 500 ketua jabatan, pegawai agama dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam menghadiri persidangan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), selama tiga hari yang berakhir semalam.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Nasir Tun Sakaran; Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim.

Sementara itu, Nasir berkata, beberapa prasarana dakwah dan tarbiah sudah dikemukakan kepada Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Katanya, ia termasuk membina sekolah agama baru, selain membaik pulih dan menyelenggara sekolah sedia ada merangkumi Sekolah Agama Rakyat (SAR).

"Pada masa sama, JHEAINS akan berusaha menambah bilangan tenaga pendakwah dan pendidik ke arah memastikan syariat dan syiar Islam di Sabah dapat ditingkatkan sejajar misi kerajaan mengangkat martabat ummah.

"Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan NGO berkaitan Islam seperti Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) untuk melahirkan umat yang berilmu, berakhlak mulia dan beramal soleh," katanya.

Mengenai program pengembangan Islam di Sabah, Wan Mohamad berkata, Sabah menerima peruntukan besar daripada RM2 juta yang diumumkan dalam Bajet Kerajaan Persekutuan 2009.

"Seramai 383 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) menerima pelantikan di seluruh negara sepanjang tahun ini dan ramai yang akan ditempatkan di Sabah dengan mereka adalah anak tempatan di kawasan penempatan masing-masing," katanya.

Selasa, 7 Julai 2009

Rawatan dan Dakwah


Al-Quran, kitab Allah. Kandungannya meliputi segala ilmu langit dan bumi, petunjuk bagi yang yang mencari kebenaran, penawar segala penyakit kecuali mati.


Pemandangan sekitar kampung Tingkalanon.


Suasana menanti giliran untuk dirawat di surau Tingkalanon


Antara penduduk kampung Tingkalanon yang datang meminta rawatan dengan pelbagai masalah dan penyakit.


Ustaz Hj. Abdul Halim sedang memberi rawatan

Suara Mualaf Sabah - Menghampiri masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di kampung-kampung masyarakat Dusun Sabah sekal gus menyampaikan dakwah merupakan tradisi para pendakwah terdahulu. Sepertilah yang pernah dilakukan oleh pendakwah ulung Mandur Syarif dan Hj. Zaini al-Palimbang, begitu juga Wali Sembilan atau dikenali Wali Songo diIndonesia. Mereka berjaya mengislamkan ribuan manusia kerana pendekatan bijak mereka melalui perubatan . Yayasan Ithmam dengan kerjasama Suara Mualaf Sabah dan Suara Anak Marudu baru-baru ini bertempat di dua buah kampung di Tandek iaitu Kg. Tingkalanon dan Kg. Garuda telah mengadakan program lawatan, ceramah dan rawatan yang juga merupakan kesinambungan program yang diadakan di Kg. Salimandut dua bulan lalu. Antara yang terlibat memberi ceramah dan rawatan ialah ustaz Hj. Abdul Halim Abbas dan Prof. Dr. Rahim Salam.

Ahad, 5 Julai 2009

Lensa SMS






Jumaat, 3 Julai 2009

'berzina dan bau kemaluan pelacur'


Masjid Kota Belud

Kecelakaan zina Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”

Riwayat al-Bazzar

Menjauhi Tujuh Dosa Besar Hadith :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim

ual Beli Yang Diharamkan Hadith :

Dari Abu Mas’ud al-Ansaari, katanya:”Rasulullah s.a.w melarang tentang harga (jual beli) anjing membayar mahar penzina dan membayar tukang tenung.”

(Bukhari)



Anak luar nikah meningkat

NUSAYAJAYA 2 Julai - Johor mencatat jumlah kelahiran anak luar nikah seramai 2,399 orang bermula Januari sehingga Mei tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 15,610 orang sejak 2005.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, berdasarkan jumlah itu, kaum Cina mencatat jumlah kelahiran anak luar nikah tertinggi iaitu 1,397 orang diikuti Melayu seramai 592 orang dan India (410).

Beliau berkata, jumlah kelahiran anak luar nikah di negeri ini pada tahun lalu adalah seramai 3,380 orang yang menyaksikan peningkatan jumlah bagi setiap tahun sejak 2006.

"Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah anak luar nikah di bawah umur 21 tahun sepanjang lima bulan tahun ini adalah seramai 400 orang manakala pada tahun lalu 880 orang.

"Sementara itu, jumlah permohonan daftar lewat kelahiran pula bermula Januari hingga 25 Jun lalu adalah seramai 732 orang dan jumlah keseluruhan permohonan sejak 2006 adalah seramai 4,302 orang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Md. Othman Yusof (BN- Kukup) mengenai masalah anak luar nikah dan langkah mengatasinya pada persidangan DUN di Kota Iskandar di sini hari ini.

Robia berkata, antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) adalah dengan meningkatkan pelaksanaan program pembangunan remaja berasaskan Modul Permata KASIH.

Beliau berkata, LPPKN juga menyediakan kemudahan setempat pusat remaja iaitu Cafe@TEEN di ibu pejabat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang menerusi perkhidmatan kaunseling, ceramah perkembangan remaja dan pembimbing rakan sebaya.

Jelasnya, program kembara kaunseling yang disifatkan sebagai 'titik mula' perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat turut dilaksanakan melalui program ujian psikometri berkaitan 'gaya bercinta' dan 'kecenderungan kerjaya' sebagai daya tarikan kepada remaja menyertainya.

"Berhubung masalah daftar lewat kelahiran di kalangan anak luar nikah, kerajaan memandang serius perkara itu berikutan ketiadaan sijil kelahiran akan menyebabkan kesukaran pendaftaran persekolahan pada masa akan datang.

"Justeru, Jabatan Pendaftaran Negara mengambil inisiatif dengan pergi ke kawasan pedalaman untuk membuka kaunter pendaftaran dengan melaksanakan Ops Mydaftar dalam usaha mengatasi masalah ini," katanya.