Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Khamis, 6 Mei 2010

KAUM DUSUN MENENTANG KEMERDEKAAN SULU?


 
Foto: Panglima Nazri bin Abdullah (Al-Dusuni). Blog beliau http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/

Tidak lama dulu seorang sahabat Tausug dari Lahad Datu mengadu kepada penulis bahawa menurut beliau kaum yang paling membenci Bangsa Sulu di Sabah ialah kaum Dusun. Penulis sedikit terkejut tetapi tidaklah hairan dengan aduannya. "Bagaimana kamu tahu bahawa kaum Dusun sangat membenci Tausug?" Tanya penulis.

Beliau tersenyum lalu ceritakan beberapa perkara yang dilakukan oleh kaum Dusun yang menurutnya adalah bukti bahawa kaum Dusun sangat membenci Tausug.

YANG TIDAK TAHU PERLU DIBERITAHU
Penulis menjelaskan kepada sahabat yang mengadu tersebut, "Kamu tahu, orang yang menyokong buku Tausug & Kesultanan Sulu itu penyokong kuatnya adalah orang Dusun. Malah ketika buku tersebut di tolak oleh orang-orang Sulu di Pasar Filipin di KK dulu, orang-orang Dusun lah yang membeli dan mengedarnya..."

Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa majoriti kaum Dusun yang beragama Islam (Mualaf) di Sabah adalah simpati dan menyokong saudara-saudara mereka yang berketurunan Tausug. Sebagai contoh Saudara Al-Dusuni yang mengendalikan blog Mualaf Sabah adalah pembantu gerakan kepada YM Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan ketika 2005 di Sabah ketika dulu.


Saudara Al-Dusuni segak dengan imej berkopiahnya.

Sehinggakan pernah jadi bahan gurauan YM Datu Ladjamura sendiri bagaimana seorang Dusun begitu mahu mendengar penjelasan tentang Tausug ketika mana orang-orang Sulu sendiri tidak mahu mendengarnya? Bagi saudara Al-Dusuni, beliau menyokong perjuangan YM Datu Ladjamura & Tausug adalah kerana kehendak Islam itu sendiri. Beliau telah melafazkan dua kalimah Syahadah lebih dua puluh tahun yang lalu, melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan, kemudian akur dengan kenyataan bahawa Umat Islam adalah bersaudara maka tidak ada sebab untuk beliau tidak menyokong perjuangan umat Islam lain mendapatkan hak mereka.

Kini YM Datu Ladjamura sudah jadi pemimpin utama United Tausug Citizens di Sulu dengan pengikut puluhan ribu orang. Sekali-sekala YM Datu Ladjamura bertanya khabar saudara Al-Dusuni dan sahabat-sahabat lain ketika penulis bersama-sama beliau. Sebab itu baru-baru ini penulis menghubungi saudara Al-Dusuni dengan memaklumkan kepadanya berkenaan tugasan menjadi panel Draf Perundangan Kesultanan Sulu. Beliau diamanahkan menyiapkan kertas kerja peraturan Penyiaran & Komunikasi sebelum deklarasi kemerdekaan Sulu 17 November nanti.

Sumber; http://tausug-global.blogspot.com/
 Antara penyokong kuat Tausug ialah saudara Nazri Raihan sendiri malah beliau boleh bertutur bahasa Tausug.

 

Ustazah Rosnani Untol juga adalah penyokong kuat Tausug malah beliaulah yang menjadi pengedar utama buku Tausug & Kesultanan Sulu di seluruh Sabah. Beliau adalah berketurunan Dusun Tuaran adik kepada YB Datuk Kalakau Untol dan isteri kepada Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah.





Berbaju hitam berkopiah putih Ustaz Ridwan bin Baharun adalah abang angkat penulis berketurunan Sungei Kinabatangan juga adalah penyokong kuat Tausug di Sandakan. Sebelah beliau ialah YB Datuk Bung Muktar Radin (ahli Parlimen Kinabatangan) walau pun Datuk Bung tidak pernah nyatakan sokongan kepada Tausug & Kesultanan Sulu namun beliau fasih bertutur bahasa Tausug malah turut memiliki buku Tausug & Kesultanan Sulu.


Hakikatnya, kaum Dusun adalah saudara-saudara Tausug yang mana mereka sebenarnya mahu melihat Tausug bebas dari segala "penganiayaan" samada Filipina mahu pun Malaysia sendiri. Sebab bagi mereka (Kaum Dusun Mualaf) sendiri begitu tidak terbela oleh kerajaan yang kebanyakan mereka ramai yang "murtad" kembali. Hal ini saudara Al-Dusuni pernah meluahkan cerita sebenar keadaan Dusun Mualaf di seluruh Sabah terutamanya di pedalaman yang kurang dapat pembelaan.

Perkara tersebut telah diceritakan juga oleh Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah kepada penulis bagaimana para mualaf Dusun yang kebanyakannya di pedalaman tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak kerajaan.

Penulis secara peribadi mengucapkan tahniah kepada saudara Al-Dusuni kerana begitu gigih memperjuangkan kebajikan saudara-saudara mualaf di seluruh Sabah sejak sekian lama. Sebab itu penulis telah senaraikan dan serahkan nama beliau kepada Council of Regents di Jolo, Sulu sebagai pemegang jawatan PANGLIMA KESULTANAN SULU bagi kaum Dusun di seluruh Sabah yang membawa gelaran PANGLIMA.

4 ulasan:

  1. syabas tuan Panglima! Teruskan...

    BalasPadam
  2. ASSALAMUALAYKUM....DISINI SDIKIT INFO UNTUK SAUDARA/SAUDARI YG DIKASIHI SEKALIAN........SEMOGA KITA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM DIANTARA NUSA WANGSA INI...INSYALLAH AMINN..

    http://kauluanexpress.com/2011/04/03/malay-and-dusun/


    http://riwayatmelayu.blogspot.com/2010_07_01_archive.html

    BalasPadam
  3. Sya org Dusun dan bukan Muslim.Tidak wujud bangsa Dusun,Kadazan,Murut,Sungai atau lain lain di Sabah.Hanya suku/etnik semua adalah SERUMPUN.Bukan semua org Dusun membenci orang Sulu/Tausug.

    BalasPadam

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi