Rasulullah Saw, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )
Pengikut
"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)
Rabu, 31 Disember 2008
Selasa, 30 Disember 2008
110 Guru Agama Bantu Mualaf
( Utusan Malaysia )
KOTA KINABALU 29 Dis. – Seramai 110 guru agama bertauliah akan dihantar ke kawasan-kawasan yang mempunyai ramai golongan mualaf bertujuan meningkatkan kefahaman mereka tentang Islam.
Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata, mereka akan ditugaskan ke seluruh Sabah terutamanya di kawasan pedalaman untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang mendesak.
“Guru agama ini akan dihantar pada bila-bila masa kerana pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) hanya menunggu kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) negeri.
“Daripada bilangan 110 guru agama itu, hanya sembilan orang terdiri adalah siswazah manakala selebihnya bukan siswazah. Dengan adanya guru-guru ini, ia akan dapat menampung kekurangan guru agama di Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri 1430H/2008M di Dewan Saadah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), di sini hari ini.
Sabtu lalu, Penyelaras Program- Program Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah meminta kerajaan menghantar lebih banyak guru-guru agama di kawasan saudara baru bagi membimbing mereka.
Menurut Mohd. Nazri, ketiadaan guru-guru agama membuatkan mereka yang baru memeluk Islam terkapai-kapai kerana tiada bimbingan selain mencegah daripada balik ke agama asal.
Nasir berkata, guru-guru agama tersebut akan ditempatkan di kawasan yang amat memerlukan terlebih dahulu sebelum ditugaskan ke daerah tertentu.
Mengenai kampung-kampung mualaf yang masih tidak mempunyai surau atau masjid, beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukkan untuk membina kemudahan itu melalui Bajet Sabah 2009.
“Dalam Bajet Sabah 2009, kita tidak lupa untuk menyediakan dana untuk membina surau atau masjid untuk golongan mualaf. Dengan ini kerajaan berharap, masalah ini akan dapat diatasi,” katanya.
Berhubung masalah mualaf-mualaf di Sabah yang masih tidak menerima wang zakat termasuk mereka yang sudah memeluk Islam selama 20 tahun, beliau berkata, pihaknya mengambil berat perkara itu.
Beliau meminta saudara-saudara baru yang masih belum menerima zakat supaya merujuk kepada pusat zakat untuk menyemak nama mereka yang layak sama ada tercicir atau tidak tersenarai.
“Bagaimanapun kita akan siasat dahulu dakwaan ini sama ada benar atau apa masalah sebenarnya. Kita tidak mahu ada pihak yang mendakwa tetapi tidak ada bukti untuk menyokong apa yang dikatakan,” katanya.
Komentar SMS terhadap 110 orang guru yang bakal dihantar ke kampung-kampung mualaf
1. Guru-guru yang bakal dihantar ke kampung-kampung di pedalaman Sabah disarankan agar bukan sahaja menjadi penyampai ilmu dan kemahiran amali Fardhu Ain kepada golongan mualaf malah sebagai pembanci bilangan para mualaf yang belum menerima bantuan daripada pihak zakat. Bagaimanapun, bancian tersebut hendaklah disahkan oleh Ketua Kumpulan Pelajar dan Ketua Kampung atau JKKK setempat bagi mengelakkan penyelewengan.
2. Guru-guru ini hendaklah sentiasa mengimarahkan surau serta menjadikannya sebagai pusat pengajian berterusan sehingga dapat melahirkan pelapis-pelapis dakwah serta mesyarakat setempat yang boleh melakukan solat dan sebagainya.
3. Bagi mengelak ketidakhadiran guru-guru ke kampung-kampung terpilih ini, ketua kumpulan pelajar dan ketua kampung atau pengerusi JKKK masjid atau surau perlu menandatanganii pengesahan kehadiran setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Begitu juga komponen-komponen pembelajaran perlu dicatat setiap sessi.
4. Menghidupkan surau-surau yang mati dan terbiar selama ini kerana ketiadaan imam serta menjadikan keluarga-keluarga mualaf setempat sebagai keluarga angkat mereka agar tidak berlaku tembok taraf antara mereka sekali gus menghilangkan perasaan takut dan tersisih para mualaf.
5. Pihak Suara Mualaf Sabah sedia memberi kerjasama kepada pihak jheains dan pihak-pihak berkaitan bagi mengenalpasti tempat-tempat atau kampung-kampung pedalaman yang keperluan guru- gurunya mendesak.
6. Pihak atasan perlu memikirkan semula nasib guru-guru agama bebas yang selama ini mendidik masyarakat setempat tanpa bayaran. Jika dilihat dari sudut akademik, mereka mungkin tidak layak tetapi keikhlasan mereka menyampaikan ilmu yang sedikit ada pada masyarakat selama ini perlu diberi penghargaan dan tidak salah jika mereka diberi latihan sekali gus dilantik menjadi guru agama di pedalaman.
7. Kenyataan berkaitan hak-hak para mualaf perlu diperjelaskan secara menyeluruh. Pihak –pihak berkaitan perlu memikirkan semula cara terbaik agar bukan sahaja golongan mualaf di kawasan bandar yang mengetahui akan hak-hak seorang mualaf, bahkan ia juga perlu sampai ke pengetahuan seluruh masyarakat mualaf di pedalaman.
8. Masalah ketiadaan kediaman guru perlu dititikberatkan untuk mengelakkan ketidakhadiran guru ke kampung-kampung berkaitan disebabkan ketiadaan tempat tinggal serta kewujudan pelbagai alasan disebabkan masalah pokok ini. Surau berkaitan perlu dinaiktaraf secepatnya dengan penambahan ruang bilik dan dapur untuk kemudahan guru yang bakal ditempatkan. Pemilihan surau yang tidak aktif walhal masyarakat Islamnya ada juga perlu diambil perhatian.
( Sisipan Gambar )
Pondok pengajian Al-Quran yang dulunya bagaikan reban ayam, kini berwajah baru setelah mendapat sumbangan daripada seorang individu prihatin dari Kuala Lumpur
Isnin, 29 Disember 2008
Tunaikan Hak Mereka
Ahad, 28 Disember 2008
KOTA KINABALU 27 Dis. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah diminta menjaga kebajikan golongan mualaf di Sabah yang sebelum ini kurang diberi perhatian sewajarnya.
Penyelaras Program-Program Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah berkata, hak dan kepentingan mereka tidak harus diabaikan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan Islam di negeri ini.
"Kita harap Jakim Sabah dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) lebih prihatin dengan nasib golongan mualaf di Sabah. Kebajikan mereka perlu dijaga dan diberi perhatian.
"Sehingga hari ini, kita masih dengar mualaf yang sudah lama memeluk Islam tetapi masih tidak menerima zakat malah ada yang masuk Islam hampir 20 tahun pun tidak memperoleh wang zakat," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, keadaan itu amat mendukacitakan kerana kebanyakan saudara baru itu terdiri daripada golongan miskin di pedalaman dan perkara tersebut telah berlarutan sejak sekian lama.
Selain itu, katanya, pihak yang bertanggungjawab juga perlu menyediakan guru agama untuk membimbing saudara-saudara baru di Sabah dan tidak membiarkan mereka terkapai-kapai setelah memeluk Islam.
Beliau bimbang sekiranya keadaan itu dibiarkan, 'pihak lain' akan mengambil kesempatan berikutan kefahaman mereka mengenai Islam masih cetek dan belum kukuh bertapak dalam jiwa.
1 MUHARAM 1430
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Doa akhir tahun:
: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Waktu membacanya:Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."
Doa awal tahun:
: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
Waktu membacanya:Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
Amalan-amalan sunat:
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Kisah Hijrah:
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur. Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.
Tentang Kaabah:
Kaabah: Saiz dan Sejarahnya Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi. Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah seluas satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf. Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu. Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat. Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad. Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini. Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka seperti bah selain serangan manusia?
Nama-nama Kaabah:
Nama-nama Kaabah:
Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub. Nama-nama lain adalah:
Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
Bayt ul Haram - rumah dihormati.
Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: - Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci - Dinding Hatim adalah 33 kaki - Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki - Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Nama-nama Kaabah: Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.
Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
Bayt ul Haram - rumah dihormati.
Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: - Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci - Dinding Hatim adalah 33 kaki - Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki - Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah. Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan. Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju. Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.
Copyrights © Ashtech Holdings Sdn Bhdhttp://www.ashtech.com.my
Sabtu, 27 Disember 2008
1. Katakanlah ( ya Muhammad ); Wahai orang-orang Kafir,
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
3. Dan kamu tidak akan menyembah apa yang aku sembah,
4. Dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah,
5. Dan kamu tak pula pernah menyembah apa yang aku sembah
6. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku.
Surah Al-Kaafiruun ( orang-orang Kafir ) ayat ini Diturunkan di Mekah, mengandungi 6 ayat
Keterangan Surah Al-Kafiruun: Sebahagian kaum Quraisy berkata; Ya Muhammad, ikutlah agama kami, nanti kami ikut agamamu. Kamu sembah Tuhan kami setahun dan kami sembah Tuhan kamu setahun pula. Na’uu Zubillah, kata Nabi saw , aku berlindung pada Allah swt dari syirik. Kemudian turunlah Al-Kafiruun ini,
Keterangan lanjut rujuk: Tafsir Mahmud Yunus Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmania. Cetakan Pertam 2006 Terbitan Klang Book Center ( KBC )
Blog Menghina Nabi Muhammad Saw
KUALA LUMPUR 26 Dis. - Sebuah laman blog dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.
Blog tersebut turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu. Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat oleh pihak lain.
Soalnya, siapakah sebenarnya di sebalik blog tersebut. Apa yang pasti nombor telefon yang tertera pada laman blog itu, yang kononnya milik penulis blog terbabit, ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia mendapati ia merujuk kepada nombor telefon sebuah pejabat berdasarkan respon rakaman mesin jawapan.
Berdasarkan blog terbabit lagi, kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.
Justeru ia sarat dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan ditujukan kepada Rasulullah. Segala penghinaan itu pula disertakan dengan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan mempersenda serta lukisan-lukisan yang memburukkan Nabi Muhammad termasuklah yang pernah disiarkan oleh akhbar Eropah yang telah dikecam hebat oleh umat Islam di seluruh dunia.
Sementara itu ada pembaca menghubungi pejabat Utusan Malaysia malam ini yang mahukan pihak berkuasa bertindak segera terhadap blog tersebut.
Ulasan SMS : Blog tersebut wajib kerajaan Malaysia mencari pemiliknya sehinga di hadapkan ke muka pengadilan
Jumaat, 26 Disember 2008
20 September, 2008 21:41 PM
Jakim Peruntukan RM15 Juta Setahun Bayar Elaun Guru Kafa Di Sabah
TAWAU, 20 Sept (Bernama)
Khamis, 25 Disember 2008
Bapanya ialah penyanyi yang popular menerusi lagu Jambatan Tamparuli, Justin Lusah
Oleh ZUARIDA MOHYIN
Leia Az Zahra Justin Abdullah
SUNGGUHPUN gadis manis berkulit putih melepak kelahiran Sabah ini telah menghasilkan lagu-lagu semenjak berusia 15 tahun lagu, namun kehadiran single Mencari Yang Hilang adalah buah tangan penuh bermakna apatah lagi setelah bergelar Muslim.
Menurut Leia Az Zahra Justin Abdullah, 28 tahun, single barunya itu sebenarnya adalah luahan ikhlas beliau. Ia mengisahkan pengalaman kekosongan jiwanya sebelum menemui ketenangan di dalam Islam.
Beliau yang sebelum ini dikenali Farahdinah Justin Lusah adalah anak sulung kepada pasangan yang tidak asing lagi dalam dunia seni suara tanah air terutamanya di Sabah. Bapanya ialah penyanyi yang popular menerusi lagu Jambatan Tamparuli, Justin Lusah manakala ibunya, Clarice Boinsin ialah penyanyi popular di kalangan masyarakat Kadazan, Sabah.
Leia yang memiliki tubuh kecil molek ini pernah menganut Kristian Katolik menemui hidayah Ilahi selepas melalui pengalaman yang agak unik dan akhirnya melakukan pengislaman pada Oktober 2007 di Pejabat Agama Islam Sandakan, Sabah.
"Tidak pernah terlintas di fikiran apa lagi di hati untuk memeluk agama Islam sebelum ini. Islam bukanlah terlalu asing bagi saya kerana semenjak di bangku sekolah lagi saya mengetahui tentang Islam menerusi pergaulan dengan teman-teman.
"Pun begitu, boleh dikatakan apa sahaja yang berkaitan Islam, saya pandang negatif malah sehingga dikategorikan seorang yang anti Islam. Boleh dikatakan banyak masa saya dihabiskan dengan mengikuti aktiviti di gereja, tambahan pula sentiasa mendapat sokongan daripada nenek yang membesarkan saya selepas ibu bapa bercerai.
"Saya sudah ada misi saya sendiri sebagai penganut setia agama Kristian iaitu untuk menjadi biarawati. Untuk memastikan cita-cita ini menjadi kenyataan, saya sanggup mengikuti apa sahaja kursus yang diperlukan pihak gereja demi memenuhi kriteria tersebut," cerita Leia sewaktu berkunjung ke pejabat akhbar Utusan Malaysia sehari sebelum bercuti buat pertama kalinya untuk bertemu keluarga kandung selepas diri memeluk Islam.
Tambah komposer muda ini, yang bakal bernaung di bawah Hijjaz Records Sdn. Bhd. sebagai penyanyi nasyid apa yang menjadi titik perubahan kepadanya ialah selepas mendengar azan Subuh di dalam mimpi dan sebaik terjaga, kebetulan pula azan Subuh sedang berkumandang.
"Sebenarnya sebelum mengalami kejadian pelik itu, saya dalam situasi yang tidak keruan, sedih, serba salah, kecewa menguasai diri saya. Kepala saya berkecamuk memikirkan tentang Pencipta alam ini dan makhluk di muka bumi ini. Walaupun saya kuat dengan kepercayaan Kristian, namun jiwa saya tetap rasa kosong.
"Keresahan itu begitu membebankan fikiran dan menyesak perasaan. Saya menangis sehingga tertidur dan pada saat itulah saya bermimpi. Bila mendengarkan alunan azan itu, hati ini merasa tenang dan damai," akui Leia yang terus berusaha mencari seberapa banyak informasi mengenai Islam menerusi Internet dan berkunjung ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).
Berkongsi perasaan sebaik diri bergelar Muslim, akui Leia kini jiwanya semakin tenang dan bahagia malah dia sanggup berhadapan dengan segala kemungkinan apabila berhadapan dengan keluarga kelak. Pun begitu, jauh di sudut hati kecilnya, beliau berharap agar mereka menerimanya dengan hati dan fikiran terbuka.
Tambah Leia yang memiliki Diploma Sains Komputer dari Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan (PTPL) selepas menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur kira-kira enam tahun lalu, beliau tidak perrnah menyesal dengan keputusan untuk terjun ke dunia hiburan yang penuh cabaran. Baginya medium hiburan merupakan salah satu kaedah dalam menyampaikan dakwah.
"Menerusi lagu-lagu nasyid, kita tidak sahaja berpeluang untuk menyampaikan apa yang terbuku di dalam hati selain mencari hiburan secara positif tetapi pada masa yang sama, berpeluang untuk berdakwah menerusi mesej daripada lagu-lagu ciptaan saya kelak.
"Saya juga yakin dakwah melalui lagu mampu membantu mengurangkan salah faham segelintir bukan Islam tentang agama Islam yang syumul ini. Manalah tahu insya-Allah, lagu tersebut mampu membuatkan orang terbuka hati untuk kembali kepada kebenaran Ilahi," harap Leia yang juga berkebolehan mencipta serta menggubah lagu.
Leia bersyukur sungguhpun usia pengislaman beliau masih hijau, ia tidak menghalangnya untuk terus menimba seberapa banyak ilmu agama Islam dan paling menariknya, semua maklumat berguna itu akan dikongi bersama pendengar menerusi lagu-lagu gubahannya.
Beliau juga berterima kasih kepada pasangan Haji Haniff dan Hajah Puteh Kalsom kerana kesudian mereka mengambilnya sebagai anak angkat, di samping sentiasa memberi tunjuk ajar terutamanya dalam aspek pemantapan akidah. Perkenalan mereka bermula pada Disember tahun lalu, sewaktu Leia menyuarakan hasrat untuk mendapatkan bimbingan daripada Perkim berkaitan praktikal solat.
Sabtu, 20 Disember 2008
Buta Al-Quran
Masih ramai umat islam khususnya di Sabah dan Mindanao yang buta al-quran. Jika digabung semua umat islam di dua negeri ini jumahnya tidak kurang dari 6 juta orang. Sepatutnya mereka mempunyai 6000 orang hafiz quran dan 4 juta daripada mereka yang dapat membaca dan memahami al-quran dengan baik.
Untuk mencapai target ini perlu ada program membasmi buta al-quran. Untuk itu kita perlu melahirkan guru-guru al-quran dan menyediakan mushaf al-quran sebanyak 4 juta buah. Selain itu perlu kepada madrasah-madrasah al-quran yang canggih dengan persediaan alat-alat belajar yang terdiri daripada komputer yang memiliki software al-quran. Bukan masanya lagi murid-murid yang belajar al-quran hanya bergantung kepada muqaddam al bagdadi tetapi mereka perlu alat pandang dengar yang dapat menggiring mereka membaca dan menulis dengan tepat.
Oleh itu diperlukan dana yang besar untuk mencapai target ini yang bertujuan untuk merubah pemikian umat yang tertinggal menjadi kaum yang penguasaan al-quran dalam jiwa mereka melebihi segala-galanya. Akibat dari minimanya fahaman mereka terhadap al-quran maka hidup mereka menjadi tak tentu arah. Perjuangan menuntut hak bagi diri mereka hanya menjadi kekacauan dan pertumpahan darah. Orang lain melihat mereka sebagai kaum yang tidak terpelajar. Kita ingin bawa mereka keluar dari kemelut ini dan mengangkat mereka dengan darjat ullumul quran.
Manakala di Sabah masih ramai mualaf-mualaf yang tidak kenal al-quran dan bertatih-tatih membaca al-quran. hitungan yang menguasai al-quran sangat kecil bahkan bukan itu sahaja muslim keturunan pun ramai yang tidak dapat menguasai al-quran malah ada yang langsung tidak mengetahuinya.
Oleh itu kempen menghapus buta al-quran hendaklah digiatkan dengan
sungguh-sungguh. Kalau tidak kita akan mempunyai umat yang hanya mempunyai kad pengenalan beragama islam tetapi tidak mengerti islam sebenarnya. Tidak hairanlah kalau muncul banyak ajaran yang menyeleweng daripada ajaran islam dan menyeleweng daripada al-quran.
Khamis, 18 Disember 2008
Kursus Remaja Islam, Kampung Kabimbangan, Semporna Sabah.
Kanak-kanak lelaki dan perempuan turut serta dalam program
Michael Jackson peluk Islam -Utusan Malaysia
LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki. Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini. Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.
Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru. Rakannya, David Wharnsby seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips. "Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.
Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa bermaksud orang yang terpilih. Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru. Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu. Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. Agensi
Selasa, 16 Disember 2008
Kembara Dakwah di Pulau Banggi, Sabah
Ceramah oleh Ust. Hj. Abdul Halim Abbas & suai kenal dengan SUPERB
( SUKARELAWAN PERUBATAN BEBAS )
Pelajar Madrasah Manzilatul Masakin, Pulau Banggi dibawah bimbingan Ust. Basal
Jeti ( gambar atas ). Selain aktiviti memancing, tempat ini sesuai dijadikan tempat melahirkan puisi
Isnin, 15 Disember 2008
BASMALAH WALHAMDALAH
Persiapan menghadapi dunia baru Islam hendaklah dikemaskinikan dengan cara:-1) Barisan yang dipercayai hendaklah diletakkan di hadapan.2) Barisan yang patuh dan setia diberi arahan.3) Barisan yang diragui diawasi gerak-geri mereka.
Umat Islam sedang berhadapan dengan DUNIA BARU ISLAM. Islam yang diselimuti bida’ah dan khurafat akan dihapus dari pegangan umat. Islam yang didokong oleh mujahid yang bersedia mengorbankan semua milik peribadi demi tertegaknya kalimah Allah yang maha tinggi akan muncul di tengah-tengah ummah. Akhir-akhir ini, umat Islam telah mengharungi berbagai pengalaman sukacita dan dukacita manakala, barisan-barisan pejuang Islam pula menempuh pelbagai mehnah atau ujian dari Allah juga dari manusia. Peristiwa-peristiwa ini menjadikan kita kenal siapa yang tabah, sabar serta redha menghadapi ujian.Allah, Rasul dan orang mukmin menilai semua sikap mereka. Bagi yang melihat pejuang-pejuang Islam bermati-matian berjuang berhak pula menilai mereka dari kacamata sendiri kerana para pejuang itulah nanti yang bakal menerajui DUNIA BARU ISLAM. Ada di antaranya akan jadi pemimpin. Ada pula yang akan menjadi pelaksana yang patuh dengan segala perintah yang diarahkan.Di antara mereka ada juga yang mesti diawasi selalu agar tidak tergelincir dari landasan perjuangan.Barisan pemimpin merupakan barisan paling hadapan. Mereka berada di hadapan umat sebagai imam. Mereka dipercayai kerana siddiqnya mereka dalam perjuangan. Mereka dapat mencapai darjat itu dengan sebab telah menempuh mehnah-mehnah besar dalam perjuangan. Walaupun besar ujian yang mencabar pendirian dan pegangan, mengancam nyawa dan ketenteraman hidup namun mereka tabah menghadapi segala-galanya dengan tenang. Mereka berpegang kepada peringatan Allah:“Fasbir kama sobaro ulul azmi minarrusuli”.Maksudnya: Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari kalangan Rasul-rasul yang telah benar-benar bersabar .(Ayat 35: Surah 46 Al Ahqaaf: Juz 26)Ramai orang petah berbicara. Pidato berapi-api tetapi tidak mempunyai pegangan yang kukuh. Mereka hanya seperti gendang-gendang kosong yang terdiri dari belulang dan sebatang kayu yang dilubangkan. Kita sebagai pengikut jangan mudah tertipu oleh gendang-gendang kosong ini. Kenalilah orang yang hendak kita ikuti itu dari sejarah hidup mereka. Jangan kenali mereka dari lidah mereka yang tidak bertulang.
Seseorang dipercayai kerana kejujurannya. Mengenali jujurnya seseorang bukan dapat dikenali hanya dengan ucapan, tulisan atau dengan berita yang sampai kepada kita sahaja. Kejujuran seseorang dikenali kerana persahabatan kita dengannya serta orang-orang yang bersahabat rapat dengannya. Setiap orang adalah cermin bagi sahabatnya. Untuk mengenali seorang yang akan dipilih menjadi imam atau pemimpin hendaklah kita kenali sahabat-sahabat di sekelilingnya. Jangan hanya sekadar bertemu di majlis-majlis atau pertemuan-pertemuan rasmi kerana itu tidak memadai. Kita juga sering tertipu dengan mereka yang dianggap pemimpin. Sedangkan hakikatnya persahabatan sehari dua sahaja tidak dapat memberikan beberapa tunjuk ajar kepada mereka. Mereka bukan pemimpin, mereka yang harus dipimpin. Kadang-kadang kesalahan yang mereka lakukan terang-terang di dalam dosa-dosa besar. Bagaimanakah kita boleh ditipu sedemikian rupa? Sedangkan yang kita ingin ialah Islam yang murni, jangan sampai jatuh lopak dua kali. Cukuplah pengalaman dahulu mengajar kita agar mengenali siapa intan siapa kaca.Pemimpin agama hendaklah berwibawa. Wibawa sebagai pemimpin agama bukan sebagai pemimpin politik, bukan pemimpin ekonomi, bukan pemimpin kesatuan sekerja. Pemimpin agama hendaklah terdiri daripada orang yang punya nur iman yang memancar terserlah pada anggota lahirnya menjadi amalan hidup hariannya. Tindak tanduknya sama dengan hukum-hukum Allah di dalam Al-Quran. Dialah Al-Quran hidup, dialah lambang warisan Nabi-nabi.Kalau tidak ada itu semua pada dirinya, dia bukan pemimpin agama. Tetapi dia maling yang berpura-pura menjadi imam. Setelah malam semakin tua maka ia mula membuat angkara.Pemimpin agama yang sejati, yang benar-benar tulin. Tidur baringnya menjadi contoh. Makan minumnya menjadi contoh. Gurau sendanya menjadi contoh. Cakap dan petuanya menjadi ikutan. Pegangannya kukuh, tabahnya bukan kepalang. Segala petua sesuai dengan Al-Quran segala tindak tanduknya sesuai dengan Sunnah. Segala cakapnya tidak berdolak-dalik. Pemaafnya bukan main. Nasihatnya benar-benar berkesan. Kasih sayang kepada pengikutnya seperti kasih kepada dirinya dan anak isterinya. Ia membawa umat mencari kebahagian abadi bukan memburu kebahagiaan sementara. Jujurnya ketara sekali. Bersahabat dengannya menyenangkan hati. Barangsiapa yang meminta pertolongan daripadanya tidak mengecewakan. Tawadhuknya bukan hanya kepada orang yang dekat dengannya. Tetapi juga dengan orang yang jauh daripadanya. Pandangannya, pandangan yang jauh kehadapan, untuk keselamatan abadi. Kebenciannya hanya kepada kejahatan dan apa yang dibenci Rasul dan dibenci Tuhan. Padanya yang haram haramlah yang halal halallah, yang makruh tetap makruh dan yang mubah tetap mubah. Adakalanya berubah dari hukum itu kepada hukum yang lain.Hubungan kuat dengan Allah dan kuat dengan manusia. Tidak mahu ia memutuskan silaturrahim. Yang ia mahu ialah ukhuwah dan mahabbah. Pemurahnya bagai daun berguguran. Akhlanya indah bak bunga mekar di taman. Harum namanya kerana taqwanya bukan kerana dibesar-besarkan di mass media. Inilah sebahagian kecil daripada sifat-sifat yang patut ada pada barisan hadapan yang menjadi pemimpin bagi umat Islam yang akan membangun DUNIA BARU ISLAM. Jika ada orang seumpama ini maka berdosalah anda sekiranya anda memilih orang lain sebagai imam. Jika tidak ada maka pilihlah orang yang mendekati sifat-sifat yang tersebut tadi sebagai pemimpin.Hendaklah kita ingat akan pertengkaran ahli neraka ketika mereka menyalahkan pemimpin yang menyebabkan mereka masuk neraka. (Ayat 166-167: Surah 2 Al Baqoroh: Juz 2)Bukanlah pemimpin Islam itu pasti ke syurga tetapi pemimpin kafir sudah pasti ke neraka. Mereka yang digambarkan di atas tadilah yang berhak menjadi barisan hadapan umat ini. Merekalah golongan yang dipercayai oleh kita.(2) Allah tidak menjadikan semua orang punya jiwa yang kuat, yang mampu memimpin umat dengan dengan bermacam-macam karenah. Sebahagian besar daripadanya Allah jadikan mereka itu patuh kepada arahan-arahan yang bersifat makruf atau baik dan tidak setuju dengan arahan-arahan yang mungkar. Mereka ini adalah orang-orang yang Allah jadikan hatinya ingin melihat syiar Islam terserlah di muka bumi Tuhan ini. Mereka bersedia melaksanakan perintah-perintah yang datang dari hukum hakam Allah itu. Selama ini mereka makan hati kerana terpaksa melaksanakan arahan-arahan yang mungkar. Pedih hatinya bukan main tetapi apa boleh buat. Pada mereka sekiranya ada peluang menerima arahan yang bersifat bersih dari mungkar, berebu-rebutlah mereka melaksanakannya seperti orang yang berebut-rebut tawaf di Kaabah.Pada hakikatnya golongan ini sudah semakin bertambah besar di tengah masyarakat Islam. Mereka hanya menanti-nantikan siapa di antara pemimpin dunia Islam yang betul-betul berani melaksanakan hukum hakam Allah. Kerinduan mereka kepada pemimpin seumpama ini sudah sangat menebal. Sehingga telah menjadi buah mulut. Mereka perkatakan hal ini di mana-mana. Di pejabat, di tempat kerja, di dalam kenderaan, di tempat-tempat berehat, dalam mesyuarat, di majlis-majlis diskusi dan di mana-mana sahaja. Hatta di padang golf. Sebenarnya dalam banyak hal golongan ini telah banyak melakukan sabotaj terhadap arahan-arahan mungkar. Mereka telah berjaya menggagalkan beberapa banyak arahan yang bercanggah dengan syariat. Sekurang-kurangnya mereka menggagalkan sebahagian daripada rancangan-rancangan itu.Kepatuhan mereka kepada syariat bukan paksaan daripada sesiapa. Tetapi kepatuhan mereka adalah kerana keinsafan dan kesedaran mereka sendiri. Demikian juga benci mereka kepada mungkar adalah kerana keinsafan dan kesedaran mereka sendiri. Pengajian-pengajian agama yang bertaburan di merata-rata, telah membuka mata hati mereka. Hidayah dari Allah telah mencurah-curah kepada mereka. Mereka laksana Ansar di Madinah. Mereka membantu agama dari hati mereka sendiri. Kesanggupan berkorban mereka sungguh mengagumkan. Di tangan merekalah hukum hakam Islam akan dilaksanakan. Mereka adalah laksana tangan dan kaki bagi jasad. Mereka yang bergerak cergas membawa Islam ke sana ke mari supaya berkembang luas.Oleh kerana mereka golongan yang patuh kepada arahan maka pemimpin Islam atau imam ummah hendaklah menghubungi mereka untuk memberi arahan yang nanti akan mereka laksanakan di mana sahaja mereka berada sepanjang waktu. Perintah-perintah agama ini apabila turun dari pemimpin kepada orang yang patuh seumpama ini ia akan berjalan dengan cepat, mereka akan berkata sami’na waato’na dan terus laksanakan perintah.(3) Setelah menempuh ujian dan pengalaman dalam perjuangan kita dapat menilai pula mana golongan yang diragui kejujuran dan ketaatannya. Mereka adalah golongan yang mahu Islam berdaulat, mahu syiar Islam berkembang tetapi mereka golongan hamba Allah yang tidak dapat menundukkan nafsu jahatnya walaupun mereka mujahadah bersungguh-sungguh, sesekali nafsu jahat itu memberontak juga, oleh sebab itu golongan ini sering tergelincir, kadang melanggar syariat.Dengan sebab perbuatan mereka maka sering terjadi jamaah-jamaah Islam dikecam. Apa yang mereka lakukan laksana nila setitik rosaklah susu sebelanga. Sebahagian daripada mereka terdiri daripada orang yang mementingkan diri mereka sendiri tetapi kepentingan itu dikaut dari Islam. Contohnya mereka berniaga atas nama Islam tetapi diurus dengan sistem riba’. Mereka mengurus urusan haji banyak orang tergendala dibuatnya. Mereka solat jenazah tetapi menuntut upah dari keluarga si mati. Mereka selewengkan wang zakat dan baitulmal. Mereka guna jenama Islam pada barang-barang yang syubahat.Golongan ini hendaklah diawasi gerak langkahnya, mata masyarakat hendaklah celik melihat gelagat mereka, telinga masyarakat hendaklah peka mendengar perkhabaran dari mereka, hati-hati terhadap mereka, jangan sampai umat Islam yang jujur tertipu oleh makar mereka. Pemimpin-pemimpin Islam yang siddiqin hendaklah berani bertindak ke atas golongan ini, jika diketahui dengan pasti mereka melakukan penyelewengan. Hendaklah tidak teragak-agak bertindak memberi ta’zir, tarbiyyah dan tazkirah keras. Mereka sebenarnya mahu Islam berdaulat. Mereka tidak mahu bendera kuffar berkibar megah. Tetapi sayangnya mereka kalah oleh hawa nafsu. Kita telah pun banyak pengalaman dan sering terperangkap dengan tipuan-tipuan. Oleh itu hendaklah berhati-hati supaya jangan jatuh lubang dua kali. Kerana berjaya mengawal golongan ini maka Khulafa Urrasyiddin berjaya menegakkan syiar Allah dan mendaulatkan ahkamullah dan berjaya menyatukan kekuatan ummah. Sekiranya kita berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa pemimpin Islam yang layak memimpin ummah telah wujud dan dapat memberi arahan-arahan yang dipatuhi oleh golongan yang taat dan dapat pula mengawasi golongan yang sering tunduk kepada hawa nafsu maka jemaah Islam akan semakin dihormati, disegani dan akhirnya akan diikuti orang. Ketika itu akan muncul wajah-wajah baru di dalam barisan Islam di mana mereka lebih berkemampuan daripada barisan lama. Inilah yang terjadi ketika orang seperti Amru Ibnu Al-As dan Khalid Ibnu Walid masuk Islam.Mereka memeluk Islam setelah melihat Islam berjaya. Rasul berjaya memimpin para sahabat. Perintahya dipatuhi, orang-orang yang degil diasuh sehingga menjadi benar-benar taat. Mereka memeluk agama Islam sedangkan pada diri mereka telah ada kemampuan dan keterampilan. Maka merekalah yang di tonjol menjadi pemimpin tentera dan masyarakat. Peristiwa ini akan terus berulang dalam sejarah. Inilah juga yang akan berlaku masa kini sekiranya umat Islam dapat mengemaskinikan barisan-barisan perjuangan yang didokongnya. Sekian, wassalam.12.48pm, Hari Ahad, 21 April 1991. Di Markas Lelaki Pantai Jerejak, Pulau Pinang.KESIMPULANApabila pemimpin terdiri daripada orang-orang yang bertaqwa dan pentadbir terdiri daripada orang-orang soleh maka rakyat akan dapat barokah. “Lauana ahlalquro amanu wattakau lafatahna alaihim barokatim minassamai
Ahad, 14 Disember 2008
Program Dakwah
Kelas agama dalam bahasa etnik mantapkan dakwah-Utusan Malaysia
KOTA KINABALU 11 Dis. – Kerajaan Negeri Sabah akan mengadakan kelas-kelas agama yang diajar dalam pelbagai bahasa etnik seperti bahasa Kadazandusun dan Murut di masjid-masjid negeri ini bagi merapatkan hubungan saudara baru dengan institusi masjid.Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata, beliau telah meminta sebuah jawatankuasa bertindak mengkaji keperluan dan membuat perancangan teliti mengenai perkara itu sebelum ia dapat dimulakan dalam masa terdekat.“Kita sedar bahawa masyarakat kita yang berbilang kaum di negara ini terutama sekali di negeri Sabah memang memerlukan penyampaian yang baik dalam ajaran Islam.“Mereka ingin belajar secara mendalam pengetahuan agama Islam ini, maka sudah tentu lebih mudah sekiranya ia akan dapat disampaikan melalui bahasa-bahasa yang ada di negeri kita iaitu bahasa-bahasa tempatan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyembelihan korban dan pengagihan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Bandaraya di sini kelmarin.Turut hadir, Mufti Sabah, Datuk Ahmad Alwi Adnan; Timbalan Pengerusi Masjid Bandaraya, Jamal Tun Sakaran dan Imam Masjid Bandaraya, Losman Alindal. Pada majlis itu, sebanyak 16 ekor lembu dan seekor kerbau yang disumbangkan pelbagai pihak dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk sekitar.Menurut Nasir, dengan penggunaan bahasa pelbagai kaum di negeri ini, ia akan memudahkan saudara baru daripada pelbagai etnik mempelajari dan memahami ajaran Islam.
ULASAN: SUARA MUALAF SABAH ( SMS ) semoga menjadi kenyataan.
Rabu, 10 Disember 2008
Oleh NOR ZAINAH NORDIN – Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 8 Dis. – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) akan mula mengadakan kelas-kelas agama yang diajar dalam pelbagai bahasa termasuk Mandarin dan Tamil di masjid-masjid pada tahun depan bagi merapatkan hubungan saudara baru dengan institusi masjid.
Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi berkata, kelas-kelas agama itu yang juga dikendalikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris akan mula diajar di masjid-masjid di sekitar Wilayah Persekutuan sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Beliau berkata, daripada pengamatan Perkim, saudara-saudara baru yang memeluk Islam didapati tidak rapat dengan institusi masjid dan ia berkemungkinan disebabkan mereka tidak biasa dengan masjid.
‘‘Oleh itu, bagi merapatkan hubungan dan meningkatkan minat mereka kepada institusi masjid, maka kelas-kelas agama yang kini dikendalikan dalam pelbagai bahasa di Perkim diperluaskan ke masjid-masjid,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis korban anjuran pejabat Penasihat Khas Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Masjid Amru Al ‘Asr, Bandar Baru Sentul di sini hari ini.
Ariffin berkata, dalam melaksanakan kelas itu, Perkim perlu menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam negeri-negeri berikutan institusi masjid berada di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, setakat ini, sambutan daripada institusi masjid amat menggalakkan, tetapi Perkim perlu memilih masjid yang sesuai dengan matlamat dan kumpulan sasar kelas agama tersebut.
‘‘Dengan adanya kelas-kelas agama ini, saudara baru yang lebih fasih dalam bahasa berkenaan misalnya Mandarin, bolehlah ke masjid untuk menghadiri kelas yang diajar dalam bahasa itu,” katanya.
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD - Utusan Malaysia
BANDAR JENGKA 5 Dis. - Saudara baru Orang Asli Sungai Bakong dekat sini memerlukan guru agama untuk memberi bimbingan kepada mereka mengenai Islam.
Sehubungan itu, mereka meminta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menghantar guru agama untuk mengadakan kelas bimbingan di penempatan mereka.
Seorang warga emas, Awang Kiting Awang Ubi, 64, berkata, lebih 20 keluarga di penempatan itu beragama Islam sejak 10 tahun lalu.
Menurutnya, sebuah surau telah dibina di penempatan itu tetapi aktivitinya terlalu kurang sedangkan saudara baru amat memerlukan bimbingan dan ajaran mengenai agama Islam.
''Walaupun masyarakat Orang Asli di sini menerima banyak kemudahan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) seperti rumah, elektrik dan air bersih namun bimbingan ajaran Islam masih kurang,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Rakannya, Noh Sumie, 66, turut kecewa kerana kehidupannya selaku saudara baru terabai sejak memeluk Islam 10 tahun lalu.
Selain bimbingan ajaran Islam, dia juga merayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan JHEOA menyalurkan bantuan bulanan kepada warga emas Orang Asli yang uzur di penempatan itu kerana mereka tidak mampu bekerja.
''Bantuan bulanan itu dapat meringankan sedikit beban warga emas di sini untuk meneruskan sisa hidup mereka," katanya.
Seorang lagi penduduk, Lata Mahmud, 30, berkata, JAIP dan jabatan kerajaan lain perlu sering membuat lawatan ke penempatan itu untuk mengetahui masalah yang dihadapi penduduk.
Katanya, majoriti penduduk di sini yang beragama Islam masih cetek pengetahuan agama dan mereka perlu diberi bimbingan yang lebih mendalam.
"Walaupun kampung ini berhampiran dengan tanah rancangan Felda tetapi terdapat perbezaan yang ketara dari segi pembangunan, persekitaran dan kemudahan yang disediakan kepada penduduk," katanya.
Lata bagaimanapun bersyukur kerana banyak kemudahan disediakan kerajaan bagi membantu masyarakat Orang Asli untuk bersaing dengan kaum lain.
Mendekati masyarakat Orang Asli perlu strategi
JANGAN tipu Orang Asli. Kami tidak mudah ditipu dan payah untuk diyakini oleh orang luar, terutama dari bandar.
“Kalau mahu kami percaya, yakin dan terima ‘orang luar’, jangan pandang rendah dan jijik dengan cara dan budaya hidup masyarakat kami.”
Demikian ingatan jujur Tok Batin Husin Ngah Yin, dari Perkampungan Orang Asli Hulu Gombak ketika menyuarakan kegelisahan masyarakatnya pada seminar Program Dakwah Orang Asli yang berlangsung di kompleks Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 16 November lalu.
Orang luar menurut Tok Batin Husin, hanya boleh menjadi ‘saudara’ Orang Asli jika mereka datang, duduk, makan, bergaul dan tinggal bersama dan sedia melalui amalan budaya hidup mereka.
Beliau menyuarakan sedemikian ekoran jarang berlaku pendakwah muslim tempatan negara ini berminat untuk menjelajah dan tinggal di perkampungan Orang Asli dalam menjalankan kerja dakwah.
Jika ada yang turun padang pun beritahunya, pendakwah sama ada dari agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan, sekadar datang bagi mengislamkan Orang Asli bukan memuslimkan mereka.
Pendakwah Islam menurutnya, tidak ada bezanya dengan orang politik. Mereka datang apabila menjelang pilihan raya, tetapi selepas itu lesap dan tidak pernah menjenguk atau bertanya khabar lagi sehingga tiba pilihan raya berikutnya pula.
“Sebenarnya apa yang dibuat oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan Islam sekarang tidak diperlukan oleh Orang Asli,” jelasnya.
Sebaliknya apa yang diperlukan oleh Orang Asli mengenai keagamaan ialah mengetahui di mana Tuhan dan untuk siapa serta di mana boleh dapat syurga, tegasnya.
Sebab itu beritahu Tok Batin Husin lagi, untuk berdakwah kepada masyarakat Orang Asli mereka perlu bijak dalam mengguna pendekatan perkara-perkara yang jelas lagi nyata.
“Inilah pendekatan pendakyah Kristian sehingga mereka berjaya mempengaruhi Orang Asli biarpun hakikatnya mereka tidak yakin dan sukar menerima konsep tiga tuhan dalam doktrin Kristian yang disogokkan kepada mereka,” jelasnya.
Seminar program dakwah untuk masyarakat Orang Asli itu diadakan atas usaha Persatuan Alumni Kolej Islam Klang dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Program setengah hari itu telah dihadiri oleh penggiat kerja-kerja dakwah di kalangan badan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan individu sekitar Lembah Klang.
Bagi Tok Batin Husin, Orang Asli dan Orang Melayu adalah serupa.
“Kita sama-sama rakyat pribumi. Jadi biarlah susah dan senang dikongsi bersama, bukan terus memencil dan meminggirkan Orang Asli sama ada dalam pembangunan mahupun keagamaan,” ujarnya.
Walaupun Orang Asli asalnya tidak ada apa-apa pegangan keagamaan dan masih terlalu banyak yang buta huruf, tetapi peredaran masa dan keadaan kata beliau, tetapi keinginan untuk mengenal dan mempercayai Tuhan telah wujud dan semakin tinggi.
Orang Asli menurut Tok Batin Husin, adalah masyarakat yang penuh budi bahasa dan lembut terhadap orang luar, sebagaimana orang Melayu.
Tetapi dalam komuniti Orang Asli sendiri tegas beliau, mereka sebenarnya garang, liar dan agak ganas.
“Sebenarnya ramai dari kalangan masyarakat kami sekarang sedang mencari dan ternanti-nanti orang yang boleh menunjukkan mereka jalan kepada Tuhan,” jelasnya.
Menurut Jasut Yusof pula, Orang Asli yang telah diislamkan mesti terus didampingi oleh para pendakwah bukan hanya untuk menyampaikan ceramah.
“Mereka perlu didakwah secara fizikal dan lahiriah, sama ada menyedia dan membekalkan pelbagai keperluan asas hidup atau terus berkampung bersama mereka,” beritahu pegawai kesihatan Hospital Orang Asli Gombak itu.
Sikap dan pendekatan itulah beritahu Jasut, diamalkan oleh mubaligh dan kalangan pendakyah Kristian.
Menurutnya, para mubaligh bukan Melayu gemar berhijrah dan bermastautin di kampung-kampung Orang Asli dan menjadi sebahagian daripada kelompok kami demi menjayakan misi Kristian mereka.
“Tetapi ini tidak dilakukan oleh pendakwah Islam dan orang Melayu terutamanya, sebab mereka tidak dapat menerima cara dan budaya hidup Orang Asli di pendalaman.”
Sedangkan kebanyakan masyarakat kami lebih meyakini Islam sebagai agama bukan Kristian atau yang lainya, tambahnya.
Kata Jasut, Orang Asli ada 18 sukuan etnik dan masing-masing mempunyai bahasa, budaya hidup, kepercayaan dan amalan yang berbeza.
“Jadi adalah lebih mudah bagi mana-mana pendakwah mengenali sukuan etnik berkenaan dan menjadikan Tok Batin atau yang berpengaruh dalam sesuatu sukuan sebagai sahabat serta saudara sendiri,” jelasnya.
Dalam hubungan ini, Datuk Dr. Abdul Razak Awang Kechik yang berpengalaman berpuluh tahun berbakti dan mendampingi masyarakat Orang Asli pedalaman di seluruh negara berpendapat, tidak ada sebab mengapa masyarakat Orang Asli tidak Islam.
“Kecuali jika kita umat Muslim tidak melaksanakan tanggungjawab untuk menyebar dan mengajak mereka kepada Islam,” katanya.
Yang menjadi masalah kata beliau, kalangan pendakwah sendiri tidak faham konsep dakwah dengan beranggapan dakwah ialah berceramah mengenai Islam dan mengislamkan saudara baru.
“Setiap dari kita perlu fahami dan hayati apa yang terkandung dalam surah al-Ikhlas, kerana tugas berdakwah ini bukan peranan orang-orang agama sahaja tetapi setiap muslim,” katanya.
Oleh itu, tegas beliau, setiap Muslim terutama para pendakwah sendiri perlu menghayati Rasulullah SAW berdakwah dan kembali kepada konsep dakwah yang disarankan oleh al-Quran.
Doktor perubatan bergerak persendirian yang memilih berbudi kepada Orang Asli, sekali gus menyebarkan Islam kepada mereka turut memberikan tujuh sebab mengapa masyarakat Orang Asli perlu memilih Islam.
Islam agama rasmi negara dan Orang Asli adalah rakyat pribumi sebagaimana Orang Melayu.
Yang Di Pertuan Agong dan semua pemimpin adalah Islam.
Orang Asli perlu bergabung dengan Orang Melayu untuk jadi bangsa kaum yang kuat.
Semua agensi dan jabatan kerajaan bertanggungjawab membantu.
Orang Asli terlalu banyak pecahan etnik akan hancur dan lenyap jika tidak pilih Islam.
Orang Asli Kristian memusuhi Orang Asli amanisme dan Islam tetapi muslim Melayu berjiran dengan Orang Asli dalam semua aspek dan boleh bersatu dalam Islam dan fitrah kemanusiaan.
Hanya Islam agama yang benar, baik dan diterima Allah SWT.
Sehubungan itu Dr. Razak yang menghabiskan sebahagian besar daripada profesion dan hidupnya bersama masyarakat Orang Asli menyarankan agar pendakwah Muslim membuat perubahan drastik bagi memastikan kehidupan Orang Asli lebih Islamik.
“Membawa Islam kepada Orang Asli adalah amanah dan tanggungjawab setiap Muslim,” tegasnya.
Lagipun tambah beliau, Orang Asli sudah lama kenal Islam malah mereka sudah tahu dan biasa dengan Islam kerana Orang Melayu adalah sebahagian daripada komuniti mereka.
Para daie katanya, perlu belajar daripada cara dakyah yang digerakan oleh Sidang Injel Borneo (SIB) yang banyak masuk dan tinggal di perkampungan Orang Asli untuk mengkristiankan mereka dan menanamkan permusuhan terhadap Islam.