Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Isnin, 31 Ogos 2009

Jangan Lupa 3




Jangan Lupa 3.


Malam ke-sepuluh Ramadhan: Allah Ta’ala mengurniakan kebaikan dunia dan akhirat kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh ikhlas serta mengikut tertibnya.



Dunia politik abad ini melakar sejarah apabila parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara ini hari ini, sekali gus menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso.

Inilah catatan terkini politik Jepun dalam tempoh lebih separuh abad. Lantas, pelbagai teori dan andaian dibuat oleh peminat pentas politik melalui media elektronik termasuk TV, akhbar ,majalah dan blog. Kesemuanya menceritakan tentang sebab musabab kekalahan sebuah kerajaan yang telah menerajui negara Jepun selama 54 tahun yang kemudiannya tersungkur di hujung jari rakyat. Ternyata kuasa rakyat adalah mustajab dan punya super power mengubah sesuatu yang difikirkan mustahil.

Mungkinkah perubahan ini bakal menjadi suatu ingatan kepada para politikus bahawa mereka harus bersedia dan berhadapan dengan fenomena ini yang kemungkinan akan menular ke seluruh dunia. Apapun keadaannya, teori bukan lagi dianggap sebagai pencatur terbaik pada sesuatu perkara di dunia ini, apa lagi wang ringgit, martabat, empayar politik dan juga kuasa.

Negara Jepun sebuah negara maju serta antara kuasa penentu ekonomi dunia memberi gambaran bahawa faktor2 bersifat keduniaan semata2 bukanlah pencatur handalan menawan hati2 manusia. Kita wajar jadikannya sebagai iktibar dan cermin agar para politikus menyarung pakaian jenama ‘ jiwa hamba’. Sifat berjiwa hamba bukanlah seperti yang difikirkan kebanyakan kita bahkan sebelum ini telah disinonimkan sebagai pak turut, mudah dicucuk hidung, angguk-angguk, main yes tuan, penakut, membuntut, tidak pandai dan yang lebih teruk lagi, berjiwa hamba dipandang sebagai pencacai tanpa maruah.

Berjiwa hamba menurut ahli tasauf adalah kelompok manusia yang kebergantungan jiwa dan raganya ( zahir dan batinnya ) hanya pada Tuhan-Nya. Cintanya juga hanya pada Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Pentas dunia baginya hanya sebagai pentas ujian menuju akhirat. Lebih dari itu, mereka merupakan abid ( ahli ibadah ) pada malamnya tetapi singa di siang hari. Singa dimaksudkan bukanlah singa liar, tapi mengambil sifat berani singa sebagai raja hutan. Penjiwa hamba, tidak takut dengan perkara-perkara bersifat dunia bahkan mereka turut disifatkan sebagai Ahlul-Haq atau orang-orang soleh yang jiwanya dekat dengan Tuhan.

Persoalannya, wujudkah lagi orang2 seperti ini ? Ke mana kita cari mereka ? Jawabnya, mereka ini pasti ada dan cara mencari adalah dengan melihat sifat-sifat seperti dikhabarkan. Namun, mencari mereka bukan semudah yang kita fikirkan kerana mereka ini tidak terkenal di dunia tapi terkenal di langit. Bacalah sejarah Uwais al-Qarni, seorang wali ALLAH dalam sejarah Islam. Kalau kita tidak menjadi wali ALLAH cukuplah kita menjadi pengikut mereka yang berjuang dan menurut langkah-langkah perjuangan mereka. Ingatlah, iman tidak dapat diwariskan daripada seorang ayah kepada anaknya. Untuk mencari iman, setiap individu kena usaha sendiri.

ALDUSUNI

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kisah Benar...

The Three Heroes. Semoga Allah merahmati kalian dan orang tua yang melahirkan dan membesarkan kalian...Amiiin...


Percaya atau tidak, inilah yang berlaku pada 3 budak comel ini yang sudah mula berpuasa sejak 3 tahun lalu. Bukan itu sahaja, mereka juga belajar IQRA dan pelajaran Pendidikan Agama Islam di sekolah rendah tempat mereka belajar. Bila SMS berjumpa dengan budak-budak ini rasanya mahu jatuh air mata melihat kesungguhan mereka belajar dan mengamalkan ajaran Islam walhal kedua ibu bapanya adalah penganut Kristian.

Tersentuh juga perasaan SMS dengan rasa kasih kedua ibu bapa mereka yang bukan sahaja tidak menghalang anak-anak mereka mempelajari Islam, bahkan turut menyediakan makanan untuk anak-anak mereka ketika bersahur dan bersungkai. Begitu jugalah dengan persiapan Hari Raya, baju Melayu, sampin dan songkok serba lengkap mereka belikan untuk anak-anak comel ini. Ketiga-tiga anak ini juga tidak ketinggalan bersama-sama jemaah di surau untuk turut sama menunaikan solat dengan tertib. Semoga ALLAH memberi rahmat ke atas anak-anak ini dan kedua ibu bapa mereka...

Benarlah kata-kata Nabi bahawa Jika orang Islam itu sendiri tidak lagi memperjuangkan Islam, maka ALLAH akan lahirkan orang lain untuk memperjuangkan agama-Nya. Wallahu a'lam.



Manusia dan kehidupan bagaikan roda yang berputar. Kekadang di atas, kekadang di bawah. Ketika di bawah, kita habis-habisan berdoa agar berada di zon selesa dan terkeluar dari penderitaan. Namun, ramai manusia lupa ketika sudah berada di atas, bahkan lupa mengenang asal-usulnya. Lebih malang lagi bila ada yang berani mendabik dada bahawa kesenangan yang diperolehi itu adalah atas usahanya tanpa melihat keterlibatan orang lain serta lupa bersyukur kepada ALLAH yang telah memberinya segala nikmat hidup.


Jangan mengharap TEKIDING sebesar dunia penuh dengan amal jika sekadar main niat-niatan mendapatkan ganjaran pahala di sisi ALLAH, tanpa beramal dan melaksanakan perintah-perintah ALLAH dan RASUL .


ARKIB : 27/08/2009-Utusan Malaysia

Kelebihan Ramadan dan orang yang berpuasa




RAMADAN datang lagi. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadan amat sinonim dengan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa.

Ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.

Dibincangkan di sini fadilat Ramadan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

Pertama: Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam."

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan keistimewaan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan yang dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.

Kedua: Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari : Sesungguhnya dikatakan pada syurga, tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya."

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.

Keempat: Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: "Puasa merupakan perisai." Dan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat."

Ini kerana, puasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dan pada ghalibnya (kebiasaannya), mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Kelima: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

Keenam: Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: "Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Ketujuh: Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak".

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

Kelapan: Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: "Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan".

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa, sekalipun mereka diam dan tidur.

Kesembilan: Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam."

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

Kesepuluh: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa."

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

Kesebelas: Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: "Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya".

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

Khamis, 27 Ogos 2009

Ke mana Perancang Dakwah ?


Remaja Kristian berhimpun di sini lebih kurang seminggu dalam usaha memperkasakan jiwa dan keyakinan mereka.


Mengikut temubual yang SMS jalankan, peserta-peserta yang datang ke sini datang dari daerah-daerah seluruh Sabah. Bilangan peserta yang menghadiri perhimpunan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang kelmarin 26 Ogos 2009 sahaja adalah seramai lebih dari 2000 orang.



Para pemikir Kristian terus-terusan menggembeling tenaga dan wang ringgit demi mencapai matlamat...Agar remaja mereka terbentuk dengan ajaran-ajaran Kristian.

REMAJA ISLAM bagaimana ? Kenapa pihak-pihak berwajib tidak belajar daripada apa yang mereka buat ? Cukupkah dengan hanya berforum dan bertindak atas kertas sahaja ? Atau dengan pelbagai alasan... "kami tidak punya peruntukan, tidak cukup tenaga pendakwah, tidak cukup kenderaan, tidak cukup itu dan ini..." atau cukupkah apa yang sudah ada ...?

Kalau kekurangan idea, kenapa tidak dipanggil orang perseorangan yang punya pemikiran serta pengalaman menjadikan remaja Islam benar-benar punya jadi diri TAUHID? Melihat gejala-gejala sosial masa kini, belia Islamlah yang paling banyak terjebak dengan berbagai kemungkaran..



SMS banyak kali melemparkan pandangan kepada pihak-pihak berwajib. Sama ada melalui blog atau media seperti surat khabar sedikit masa lalu. Ternyata pihak-pihak berkaitan telah melakukan kerja-kerja pendidikan para mualaf di Sabah, namun usaha ini belum cukup berbanding dengan keperluan mereka yang masih memerlukan perhatian khususnya para MUALAF nun jauh di pedalaman... Apapun, terima kasih kepada JAKIM, USIA, JAHEAINS dan YADIM. Pertingkatkan lagi usaha kalian kerana peruntukan berkaitan yang kerajaan salurkan pada badan-badan ini tidak pernah putus.

SMS mencadangkan agar pihak berkaitan dan kerajaan Malaysia mengambil perhatian tentang beberapa perkara, antaranya;

1. Lantik seorang senator dari kalangan mualaf agar permasalahan golongan mualaf sampai segera kepada pihak kerajaan.

2. Panggil penulis-penulis blog Islam di Sabah. Bekerjasama dengan mereka untuk merancang dan melaksanakan program dakwah.

3. Pihak-pihak berwajib perlu menjadikan kampung-kampung masyarakat Dusun yang penganut Islamnya mencapai 60% sebagai kampung angkat.


Isnin, 24 Ogos 2009

Merdeka , merdeka, merdeka!


Suara Mualaf Sabah - Rumah yang anda lihat, meskipun uzur dan usang , semangat merdeka penghuninya tidak luntur dan pudar . Semangat kemerdekaan tetap disemarakkan dengan kibaran jalur gemilang yang belum tentu dilakukan oleh orang-orang bandar yang mempunyai kehidupan yang jauh lebih sempurna. Semangat cinta dan menghargai hidup di tanah merdeka tetap bersemadi di jiwa penghuninya meski nasib belum menyebelahi mereka untuk merdeka dari kepompong kemiskinan. Salah seorang anak empunya rumah ini telah SMS Islamkan kira-kira 3 tahun yang lalu. Kini, anak mereka itu sedang berjuang mencari nafkah hidup di Kuala Lumpur.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Kenangan Ramadhan

Cuit putih ini dihadiahkan Pak Lah kepada SMS sewaktu Ramadhan tahun 2008 ketika berbuka puasa di Kepala Batas. Sehingga hari ini, SMS masih menyimpannya sebagai hadiah yang berharga dari seorang negarawan kepada seorang insan kampungan. Walau hanya sebiji cuit yang boleh dibeli di mana-mana kedai, namun, SMS amat menghargainya kerana kenangan dan pengalaman tidak mungkin dibeli di mana- mana kedai.

Ramadhan datang lagi pada kita umat Islam . Bulan ini merupakan bulan Allah dan penuh dengan ganjaran yang ditawarkanNya untuk hamba-hambanya yang beriman. Ganjaran dan anugerah adalah balasan kepada perbuatan baik dan begitulah nilainya. Namun sejauh mana kita menghargainya pemberinya ? Allah tidak meminta bayaran kepada umatnya atas setiap nikmat yang Allah beri pada umatnya. Cukuplah hamba-hambaNya taat kepadaNya dengan erti kata lain mengagungkan kebesan dan kemuliaan-Nya .

Jumaat, 21 Ogos 2009

Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, maka sebuah hadis yang amat popular tentang Fadzilat Solat Tarawih kembali tersebar dengan luasnya. Hadis tersebut ialah satu hadis yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagiannya adalah seperti berikut:


"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda (berkenaan dengan fadzilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan) antaranya:

Malam Pertama:


Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.


Malam Keempat:


Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Sehinggalah ke malam yang ke-30...


Ulama' hadis dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah memutuskan bahawa ianya bukanlah hadis. Atau disebut sebagai HADIS PALSU. Penyebaran hadis ini seharusnya telah lama dihentikan kerana saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur'an dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti Negeri Terengganu.


Antara disiplin ilmu di dalam memahami hadis ialah; ianya melalui jalan dirayah dan riwayah bagi memastikan kedudukan sesuatu hadis terhadap matan (ayat hadis) dan sanad (rangkaian periwayatan hadis). Kedua-dua perkara ini dipastikan ketulinannya dan tidak harus mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat).
Hadis-hadis telah dikumpulkan, disaring dan diriwayatkan dengan sempurna oleh ulama' hadis pada sekitar tahun 200H-300H. Antara muhaddithin (ulama' hadis) yang diiktiraf dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di dalam meriwayatkan hadis antaranya adalah Imam Bukhari (194H-256H), Imam Muslim (204H-261H), Imam Abu Dawud (202H-275H), Imam at-Termizi (209H-279H), Imam an-Nasa-i (215H-293H) dan Imam Ibnu-Majah (207H-273H).


Selain hadis-hadis sahih, terdapat juga hadis-hadis hasan, dhaif ataupun palsu di dalam kitab-kitab mereka. Namun, ini tidak merendahkan kedudukan ilmu mereka. Pengkelasan ini dibuat oleh ulama' yang kemudian dengan kaedah yang sangat detail. Antaranya ulama' hadis mengkritik kepada sanad iaitu perawi-perawi hadis. Mereka telah mengenal pasti siapakah yang dipercayai dan siapakah yang dusta. Nama-nama periwayat hadis dikumpulkan atau ianya di dalam cabang ilmu yang dinamakan dengan ilmu rijal atau ilmu jarh wa-al Ta'dil. Keseluruhan kaedah memahami hadis ini adalah terangkum di dalam ilmu Mustalah Hadis atau 'Ulum Hadis.

Antara ulama' kemudian yang bertanggungjawab untuk mengklasifikasi dan menafsirkan hadis adalah seperti al-Hakim al-Nisaburi, Ibn-Kaithir, Abd Rahim al-Iraqi, Ibn-Hajar al-Asqolani, adz-Zahabi, Taqiyyudin at-Taimiyyah, Ibn-Qayyim al-Jauziyyah, Ibnu-Jauzi, Nasaruddin al-Albani dan ramai lagi.


Hadis-hadis yang benar dan palsu diasingkan. Subhanallah, Allah telah menganugerahkan ilmu yang begitu hebat kepada mereka di dalam mengawal dan memastikan ketulinan rujukan umat dari al-Qur'an dan al-Hadith.


Berbalik kepada hadis fadzilat solat sunat Tarawih. Ianya tidak didapati di dalam mana2 kitab hadis yang benar dan juga di dalam kitab2 hadis yang palsu. Ini bermakna ianya baru sahaja direka oleh golongan yang melampau. Segala pertimbangan di dalam menilai kepalsuan sesuatu hadis telah cukup bagi membuktikan bahawa hadis ini adalah hadis palsu. Antaranya; pada sanad, tidak langsung mempunyai rangkaian periwayatan. Pada matan, ternyata mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat). Dipercayai hadis ini direka oleh golongan Syiah bagi mengangkat ketokohan Sayyidina Ali dan bagi melekakan umat Islam di dalam mengharapkan balasan yang tidak dijanjikan oleh Allah dan Nabi-Nya Muhammad saw. Kita tidak menafikan ketokohan Saiyidina Ali dan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu di dalam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Penyebaran hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama terdahulu.


Di dalam beramal di bulan Ramadan ini dan untuk mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, cukuplah bagi kita dengan hadis yang SAHIH dari Rasulullah saw berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud (terjemahan): “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari) Ada yang menganggap mengingatkat umat Islam tentang kepalsuan sesuatu hadis adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Sedangkan mereka lupa kepada janji Rasulullah saw akan balasan neraka terhadap pendusta hadis dan amaran ini didapati hampir di dalam semua kitab-kitab utama hadis.


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang maksudnya (terjemahan): “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Bukhari, Muslim) Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).


Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah : “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith)


Kita memohon kepada Allah agar kita bukanlah dari kalangan yang sengaja menyebarkan hadis-hadis palsu dan memohon keampunan di atas segala kesilapan yang kita sedari atau tidak selama ini. Semoga Ramadhan tahun ini tidak dibaluti dengan pendustaan di atas nama Rasulullah saw.
[Tambahan dari: Mashoorias-salafi]

Fatawa: Fadhilat Sembahyang Tarawih


Soalan: Unit Kajian Dan Penyelidikan, Bahagian Kajian Dan Penerbitan, Pusat Da'wah Islamiah sedang menjalankan kajian mengenai dengan hadis fadhilat sembahyang Tarawih, kitab Durrah AI-Nashihin (terbitan Mesir tahun 1949), diriwayatkan oleh Ali bin Abu Thalib.


Hadis tersebut sangat popular di kalangan masyarakat di negara ini kerana sejak 10 tahun yang lalu penerbitan-penerbitan buku (risalah) mengenai hadis tersebut telah dijalankan dan hadis-hadis berkenaan juga disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei dalam bentuk promo bagi maksud mentarghib masyarakat supaya mendirikan sembahyang Tarawih dengan teratur. Sepanjang tempoh tersebut, kita ini tidak pernah mempersoalkan tentang sanad atau sumber hadis tersebut. Bagaimanapun, Berita Harian (Malaysia) keluaran 31hb. Disember, 1998, Ihb. Januari, 1999 dan 16hb. Januari, 1999 telah mempersoalkan keshahihan hadis tersebut sehingga sampai kepada kesimpulan bahawa hadis tersebut adalah hadis maudhu'.


Sukacita abis kaola menghadapkan isu mengenai hadis ini kepada Pehin bagi mendapatkan fatwa dan ketentuan tentang kedudukan hadis-hadis berkenaan untuk dijadikan pegangan dan menghindari keraguan di kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.


Jawapan: Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al-Nashihin bermaksud: “Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi Wasllam telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan.


Baginda bersabda:

“Orang mukmin keluar daripada dosanya pada:


Malam pertama:


Seperti saat dia dilahirkan ibunya


Malam kedua:


Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.


Malam ketiga:


Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”


Malam keempat:

Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.


Malam kelima:


Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


Malam keenam:


Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas (lapisan tanah yang keras)


Malam ketujuh:


Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman.


Malam kelapan:


Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam


Malam kesembilan:


Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam


Malam kesepuluh:


Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam kesebelas:


Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.

Malam kedua belas:


Dia datang pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.

Malam ketiga belas:


Dia datang pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan Malam keempat belas:


Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.

Malam kelima belas:


Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi

Malam keenam belas:


Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga


Malam ketujuh belas:


Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.


Malam kelapan belas:


Malaikat menyeru: “Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.


”Malam kesembilan belas:

Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.


Malam kedua puluh:


Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.


Malam kedua puluh satu:


Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya


Malam kedua puluh dua:

Dia datang pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan.


Malam kedua puluh tiga:


Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga


Malam kedua puluh empat:


Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan


Malam kedua puluh lima:


Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur


Malam kedua puluh enam:


Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.


Malam kedua puluh tujuh:


Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.


Malam kedua puluh lapan:

Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga


Malam kedua puluh sembilan:

Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.


Malam ketiga puluh:


Allah berfirman: “Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” (Majlis) Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.


Apa yang telah ditemui setakat ini, hanyalah riwayat-riwayat yang hampir sama dengannya dan dihubungkan sanadnya kepada sayyidina Ali Bin Abu Talib iaitu tersebut dalamkitab Bihar Al-Majlisi, salah Ramadhan dan kirab Was’a’il Al- Syi’ah karangan Al-Shiekh Muhammad bin Al-Hasan Al-Har Al-‘Amili dalam bab Istihab Al-Shalah Al-Mukhshushah Kulla Lailah min Syahr Ramadhan wa Awwal Yaum Minh.


Maka sehubungan itu, oleh kerana hadis yang ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh dii’timad, maka ia mestilah dihentikan daripada dipromokan melalui radio ataupun televisyen. Sekiranya Pusat Da’wah Islamiah ingin menggalakkan orang ramai supaya rajin dan bersungguh-sungguh mengerjakan sembahyang Tarawih, adalah lebih baik hadis-hadis yang dipromokan itu diambil daripada kitab-kitab yang muktabar. Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu.


Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:


Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan (pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”Hadis seumpama ini turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…




Jangan Lupa







Perkara paling jelas setelah sekian waktu berada di antara SAM dan UTARA fm adalah pertambahan ilmu dan sahabat. Maka, saya katakan pada sahabat-sahabat UTARA bahawa, kita di UTARA bakal membentuk satu keluarga yang sifatnya makin membiak dan akan terus membiak sehingga membentuk satu keluarga besar. Lalu, jangan kita lupa asal usul kita. Ingat bahawa, UTARA dilahirkan oleh ibu dan bapa UTARA yang bermohorkan kemiskinan. Semua kita tahu tentang ini. Kekayaan UTARA hanyalah komitmen dan setiakawan setiap nafas dan nadi yang berdenyut di dalamnya.

Pengalaman dan jerih payah yang pernah dilalui individu-individu yang memulai, menengahi dan melonjaki UTARA seperti adanya kini, wajar dilihat sebagai suatu hadiah dan dijadikan sebagai batu asas. Kerana itu adalah antara pengalaman yang menjadikan UTARA matang saban hari.

Sesekali marilah kita lihat ke belakang, bukan untuk berundur, tapi untuk kita ukur nikmat yang tidak pernah putus Dia berikan kepada kita. Rasakah kita, sedarkah kita, dan bersyukurkah kita, akan nikmat yang diberikan olehNYa?

Kemudian, datang pujian dan penghargaan... Ingat, setiap kita wajar menerima pujian dan penghargaan mengikut kedudukan, hatta mereka yang berada di luar sana. Sekalipun mereka tidak pernah muncul dan tidak pernah kita kenal raut wajahnya, namun mereka ada hak menerima penghargaan dan pujian.

Justeru, saya ingatkan diri saya dan sesiapa yang pelupa dan selalu lupa agar, bahagi-bahagilah, kongsi-kongsilah pujian dan penghargaan itu kepada semua agar setiap kita di UTARA berasa dihargai dan disayangi. Ingatlah juga yang kasih sayang itu kunci persaudaraan.

Ingatan tulus dari seorang yang disaluti sejarah kemiskinan,

Aldusuni


Khamis, 20 Ogos 2009

Jangan Lupa 2


Dalam dunia perubatan ada kata-kata ini ' mencegah lebih baik dari mengubat ' . Dalam diri manusia , terdapat berjuta-juta malah berbilion sel hidup yang bertugas mengikut fungsi yang telah ditetapkan ALLAH agar manusia hidup sempurna di alam fana ini. Namun, ketika sel-sel ini rosak dan tidak berfungsi lagi, maka waktu itu kematian adalah jalan terbaik. Kematian… Di zaman ini, tiada manusia yang tersenyum apalagi gembira berhadapan dengannya. Yang tergambar hanyalah sebuah ketakutan, kesedihan, penderitaan, dan sebuah kekosongan yang panjang . Justeru, saya mengajak diri saya dan rakan-rakan agar sentiasa mengingat mati. Mati itu pasti, tiada terkecuali. Di mana bakal menjadi temapat kita? Hanya Allahlah yang Maha mengetahui dan Dialah yang Maha Adil.

Ramadhan datang untuk kita menyucikan zahir dan batin kita. Syukurlah kerana kita masih diberi waktu berada di bulan yang penuh berkat tahun ini , kerana tahun seterusnya belum tentu ada kesempatan. Kita berharap agar Allah memanjangkan umur setiap kita. Semoga ibadah puasa tahun ini adalah yang terbaik kita lakukan. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

Aldusuni.

Rabu, 19 Ogos 2009

SMS Bersama YB


SMS sedang mewawancara YB. Puan Anita Baranting Wakil Rakyat N.5 Tandek ketika Utara fm sebuah radio online Sabahan No. 1 di Malaysia mencipta rekod bersiaran 48 jam. rekod bersiaran 48 jam dikendalikan bersama DJ2 Utara fm antaranya; Dj. Rumput, Dj.PP, Dj. Aldusuni, DJ Kupang, Dj.Siput, Dj. Mka, Dj. Tom dan Dj. Nong ( sekadar menyebut nama ) bertempat di hotel Marudu Inn, Sabah.

Antara isu dibincangkan adalah berkaitan kewujudan blog-blog di Kota Marudu, kerjasama badan-badan NGO, isu kemiskinan tegar dan politik semasa.


SMS berbincang dengan YB. Anita ketika minum sejurus selepas ON AIR. Antara topik perbincangan termasuklah jadual berbuka puasa anjuran ADUN dan perkembangan terkini Utara Fm yang semakin mendapat tempat di hati pendengar.


SMS bergurau dengan YB Anita. Antara sikap pemimpin yang baik adalah mesra rakyat tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa dan fahaman politik.


Dj. Rumput di sebelah kiri YB. Anita, Sdr. Androd Sadian berjaket hitam, Setiausaha Bahagian PBS dan Dj.Tom bertukar-tukar fikiran selepas sesi wawancara.


Suara Mualaf Sabah - Individu Islam di semua peringkat perluh merapatkan diri dengan pemimpin-pemimpin politik. Tujuan utamanya agar suara-suara akar umbi dapat didengar oleh mereka. Perlu diingat, bukan semua isu-isu kampung mereka tahu bahkan mungkin tidak disampaikan oleh orang-orang kanan YB yang dipertanggungjawabkan kerana orang-orang ini kadangkala lebih menjaga kepentingan peribadi. Hasilnya, indah khabar dari rupa .


Zakat fitrah Sabah RM6.60 - utusan malaysia

KOTA KINABALU 18 Ogos - Bayaran zakat fitrah di Sabah pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM6.60 berbanding RM7.70 pada tahun lalu.

Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Syed Abas Syed Ali berkata, kadar yang ditetapkan oleh MUIS itu adalah berasaskan kepada satu gantang atau 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk Sabah.

"Kadar zakat fitrah bagi tahun 1430 Hijrah bersamaan tahun 2009 adalah berharga RM6.60 atas setiap orang Islam yang bermastautin di negeri Sabah.

"Jumlah kutipan yang disasarkan untuk zakat fitrah pada tahun ini adalah sebanyak RM6.6 juta daripada kira-kira sejuta orang manakala, sasaran bagi zakat harta adalah RM20 juta," katanya pada sidang akhbar sempena majlis taklimat amil negeri Sabah 2009 di Wisma MUIS dekat sini hari ini.

Turut hadir Penolong Setiausaha Pusat Zakat Sabah, Zaratkhan Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Public Bank Kota Kinabalu yang diwakili oleh Penolong Pengurusnya, Muhammad Tolling, turut menyerahkan wang zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2008 sebanyak RM20,000 kepada Syed Abas.

Menurut Syed Abas, seramai 35 amil dan 2,000 pembantu amil telah dilantik oleh MUIS untuk memungut zakat fitrah di seluruh negeri Sabah sepanjang Ramadan ini.

Dalam pada itu, katanya, MUIS berjaya merekodkan kutipan zakat tertinggi pada tahun lalu iaitu sebanyak RM23.8 juta, berbanding RM17.5 yang direkodkan pada 2007.

"Jumlah ini merupakan yang tertinggi pernah direkodkan oleh MUIS sejak ia ditubuhkan pada 1972 di mana kutipan zakat fitrah pada tahun lepas adalah sebanyak RM7.3 juta manakala kutipan zakat harta pula adalah sebanyak RM16.4 juta," katanya.

Sementara itu beliau berkata, pada bulan Ramadan ini, MUIS memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta untuk diagihkan kepada golongan yang layak.

"Peruntukan itu akan diagihkan kepada asnaf fakir, golongan miskin dan mualaf bagi menggembirakan hati para penerima dan sebagai persediaan mereka menyambut 1 Syawal," katanya.

Khamis, 13 Ogos 2009

Program Pengislaman di Pitas.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kepada muslimin dan muslimat yang ingin bersama-sama SMS dalam program pengislaman pada 15 Ogos 2009 ( Sabtu ) bertempat di Kampung Mandamai, Daerah Pitas, Sabah, anda semua adalah dialu-alukan. Sesiapa yang ingin menyumbang pakaian, pinggan mangkuk dan apa sahaja bentuk sumbangan yang difikirkan sesuai, SMS bersedia menjadi perantara sekiranya tuan-puan tidak dapat bersama-sama rombongan. Berikut mereka yang akan diislamkan pada waktu itu; Gelibi bin Aguk, Ito bin Masungkit, Okong bin Gelibi, Juana binti Ito, Reno bin Ito, Arif bin Ito, Azmi bin Ito, Jeivivianah binti Ito, Diana binti Ito, Siti binti Ito. Semoga program ini berjalan lancar, insya Allah.

Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia




Allahyarham Asri (tengah) bersama kumpulan Rabbani.

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.( Berita Harian )


USTAZ Asri Ibrahim, ketua kumpulan nasyid Rabani yang rebah sewaktu sidang akhbar Rancangan Syuhada di Angkasapuri RTM dibawa ke Pantai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11pagi tadi. - Foto ikhsan RTM

Pergi Tak Kembali


AL - Fatihah

Kira-kira jam 11.00 pagi tadi, saya mendapat panggilan dari Saudara Azman di KL. Beliau mengkhabarkan tentang kematian Ust. Asri Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Asri RABBANI . Innalillahi wainna ilaihi raajiuun..Allahyarham merupakan sahabat saya ketika sama-sama belajar di Sungai Penchala tahun 80-an. Inilah ajal, tiada siapa yang tahu, bila ia datang...Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.