Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Isnin, 29 Disember 2014

Rabu, 19 November 2014

Khamis, 13 November 2014

Surau Kg. Gana, Kota Marudu




Alhamdulillah. Kini, ramai orang mengambil peduli perihal surau Kg . Samparita. Kita mengharapkan surau Kg. Gana pula diambil perhatian selepas ini. Semalam saya ke penempatan berkelompok di perbukitan Gana untuk menghebahkan kepada penduduk-penduduk di sana tentang pengambilan pelajar ke RTMS. Saya sempat ke surau yang kubahnya sudah tumbang dihempap kayu hingga berlaku kebocoran. Surau ini sangat dhaif, hanya berpintukan zink. Cermin sudah banyak pecah. Demikian tandas, hanya berdindingkan zink.

Khamis, 23 Oktober 2014

Doni Bin Apau


Doni bin Apau berumur 21 tahun telah bersyahadah pada 3 Ramadhan tahun ini bersama ibu dan 5 adik-beradiknya.  Sejak 3. 9.2014 sehingga kini, dia tinggal dan belajar di RTMS. Ayah kandungnya Apau, telah lama meninggal dunia sementara ayah tirinya pula sedang bekerja di Semenanjung dan masih belum bersyahadah. Doni kelihatan matang daripada usia sebenar kerana persekitaran hidupnya sejak kecil. Siapa sangka di usia 21 tahun, Doni sangat berkemahiran memburu di hutan tebal seperti di tempat asalnya, Nabawan. Justeru belum lancar menulis dan membaca,  Doni agak kekok menjalani pembelajaran yang kita sediakan. Pun, dia punya kesungguhan. Di awal kedatangan Doni ke RTMS, dia bukan saja gugup ketika sesi suaikenal, tetapi nampak pemalu dan kurang berkeyakinan.

Kerana kekurangan yang ada padanya. Ahamdulillah, kini Doni sudah menampakkan sedikit keyakinan diri  selain sudah tahu mengikat kain sarung di pinggang dan berdiri solat dengan sempurna. Doni kini masih dalam proses menghafaz bacaan-bacaan solat serta belajar mengetahui dan memahami beberapa perkara berkaitan Fardu Ain. Kita jangkakan dalam tempoh  2 bulan pertama ini, in syaa Allah, Doni sudah dapat menghafal bacaan solat sepenuhnya. Sama-sama kita doakan Doni supaya menjadi muslim yang baik.


Khamis, 18 September 2014

Ahad, 18 Mei 2014

Masuk Kampung


Alhamdulillah. Pembelian makanan kering untuk 43 orang penerima terdiri para mualaf dan fakir miskin selesai. Barangan keperluan ini akan diagihkan pada 24 Mei 2014 sempena kunjungan mahabbah grup FB Titian Kasih diketuai saudara Nazir daripada Kedah. Selain itu, 2 buah motor dakwah akan turut disampaikan kepada PPIS.

http://dengaralquran.com/
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 560269002818Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 

Selasa, 13 Mei 2014

SURAU RTMS


Alhamdulillah. Pembinaan surau kita telah siap sepenuhnya 4 hari lalu. Kepada semua yang terlibat langsung atau tidak, PPIS merakamkan terima kasih. Sesungguhnya, inilah surau kita. Kejayaan bersama ini sudah pasti punya harga di sisi Allah dan rasul-Nya.

Kepada yang terlibat, sudilah kiranya meluangkan masa melihat surau ini. Bila-bila waktu, kami selalu menanti dengan rasa gembira dan penuh mahabbah.

http://dengaralquran.com/

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 1001602096785-6




Isnin, 21 April 2014

Utamakan Islam


Pihak kerajaan Sabah dan jabatan-jabatan agama yang memegang kuasa. Kita sangat berharap agar badan-badan NGO Islam yang aktif, tidak kira yang lama atau baru ditubuhkan, dipanggil bersama untuk perbincangan dakwah. Kita percaya, bukan semua badan NGO terbabit tidak punya idea yang baik dan berkesan. Secara peribadi, saya amat menanti dan merindui perjumpaan sebegini.
Buanglah rasa kekhuatiran tentang apa saja perkara bersangkutan NGO terbabit. Bukankah dalam hal ini, Islam yang kita utamakan?

Sumbangan Anda


Alhamdulillah. Sumbangan muslimin dan muslimat menerusi akaun PPIS untuk saudara Magaloi telahpun kita serahkan kepada beliau ketika beliau berkunjung ke RTMS. Kita juga telah menghantar tangki air untuk surau bambu di Kg. Malinsau Darat.

http://dengaralquran.com/
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 560269002818Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 1001602096785-6

Jumaat, 11 April 2014

Rumah Saudara Magaloi






Lebih kurang 13 jam lalu, kita telah paparkan berita kebakaran  rumah saudara Magaloi iaitu anak kepada bobolian yang telah bersyahadah pada awal tahun ini. Kebakaran berlaku kira-kira jam 3.30 pagi mengakibatkan mereka tinggal sehelai sepinggang. Kini mereka tinggal di balai raya tanpa dinding yang dibina saudara Magaloi sebelum ini sebagai tempat saudara mara mereka berkumpul. Perjalanan ke kampung beliau memakan masa lebih kurang 5 jam pergi balik. In syaa Allah, kita akan ke kampung beliau selewat-lewatnya hari Ahad ini untuk menghantar pakaian, peralatan dapur dan barangan berkaitan yang sedang kita kumpul ketika ini sekitar Kota Kinabalu.

Begitu, kita lancarkan tabung rumah Magaloi untuk pembelian atap zink sebanyak 30 keping, paku zink, papan lapis 30 keping serta bahan berkaitan untuk membina semula rumah beliau secara bergotong-royong. Sumbangan dimasukkan  ke akaun PPIS, dan sebaik berbuat demikian, smskan kepada kami butiran beserta jumlah sumbangan sebagai rujukan dan kemaskinian semasa.

Terima kasih.
0198827449


Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 1001602096785-6



Rabu, 9 April 2014

Sujud Syukur







Jutaan terima kasih diucapkan kepada penyumbang kerana telah membantu pembangunan RTMS sejak awal hingga kini. Sesungguhnya hanya Allah dapat membalas segala bantuan dan sokongan yang dihulurkan selama ini. Memandangkan surau yang kita bangunkan kini berada di fasa terakhir penyiapan,  bagi pihak PPIS, kami dengan rendah diri mengalu-alukan kedatangan para penyumbang ke RTMS.  Silalah berkunjung bila-bila waktu.Sama-sama kita zahirkan rasa kesyukuran kepada Allah atas apa yang telah sama-sama kita lakukan di RTMS, sekali gus bersujud syukur di rumah Allah ini.

http://dengaralquran.com/

Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 1001602096785-6

Jumaat, 4 April 2014

Persatuan Pendakwah Islam Sabah


Assalamualaikum. Kepada para pembaca Suara Mualaf Sabah, saya mohon maaf atas ketidakaktifan pos di laman ini. Walau bagaimanapun, para pembaca laman ini bolehlah terus bersama mengikuti pelbagai aktiviti kami di laman Persatuan Pendakwah Islam Sabah.

Khamis, 3 April 2014

Pembangunan Asrama RTMS



Proses pembangunan infrastruktur RTMS seterusnya ialah pembinaan asrama lelaki dan wanita. Surau pula dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan April ini manakala mini dewan merangkap ruang pembelajaran dijangka siap pada pertengahan bulan Mei.

http://dengaralquran.com/
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 560269002818Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah > 1001602096785-6

Jumaat, 24 Januari 2014