Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Khamis, 31 Disember 2009

Noktah Terakhir


Dalam sekejap waktu lagi tahun 2009 bakal kita tinggalkan. Pelbagai peristiwa pahit manis yang pernah kita lakar, tangisan dan senyuman, kebencian dan kerinduan akan tinggal jadi kenangan peristiwa dan pasti di sebaliknya ada hikmah-hikmah tersembunyi. Kepastian dan kebenaran yang harus kita sentiasa ingat adalah usia kita. Usia yang dipinjamkan semakin memendek setiap saat dan detik. Uban-uban pada rambut kita kini semakin menumbuh banyak dan liar dan dalam senyap tanpa suara menyatakan bahawa tuanku sudah hampir pada noktah akhir iaitu KEMATIAN.

Saat menanti pertukaran tahun, sambutan sana sini biasanya akan diadakan . Biasanya ramai yang menyambut pertukaran tahun dengan mengadakan perhimpunan di kelab-kelab malam , di pantai-pantai, di perkarangan rumah dan di mana sahaja tempat pilihan sambil minum-minum, mengadakan BBQ , mandi-manda, berkaraoke, dan sebagainya disertai dengan semangat dan azam baru tahun 2010. Ikhtibar lalu memperlihatkan kesibukan mengadakan pelbagai acara seperti ini adakalanya mengundang peristiwa tragis akibat kecuaian dan kelalaian kita dalam sambutan seperti ini.

Kepada umat Islam, SMS ingatkan agar menjauhi sambutan tahun baru yang mencampuradukkan fahaman-fahaman KHURAFAT seperti mandi buang sial di sungai dan menghayutkan segala seluar dan baju yang kononnya mengharapkan peristiwa-peristiwa 2009 yang sial-sial hanyut bersama tahun 2009. Perbuatan ini bertentangan dengan ajaran Islam sama sekali bahkan mengundang dosa. Sebaiknya, marilah kita imbas semula diari 2009 kita sambil kita lihat sudut mana yang wajar ditambah dan dikurangkan pada tahun 2010 nanti.

Kita sedar sebagai insan, manusia sanggup berbuat apa sahaja jika tidak mengawal hawa nafsu. Sanggup membunuh, sanggup memfitnah, sanggup berbuat di luar batasan dan sanggup segala-galanya kerana kepentingan peribadi. Inilah yang akan terjadi jika tidak ingat Allah. Ayuh, pada dosa-dosa yang pernah kita lakukan, kita mohonlah keampunan dari Allah. Kita taubatlah dengan taubat nasuhah usah berhenti memohon rahmah Allah. Pun kesalahan yang telah kita lakukan kepada sesama manusia berupa fitnah dan seumpamanya, kita wajib meminta kemaafan daripada manusia-manusia terlibat.

Akhir sekali, SMS mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat melangkah ke tahun 2010. Semoga tahun ini amal kita pada ALLAH lebih baik dari tahun 2009.

Rabu, 30 Disember 2009

Penghinaan Terhadap Kalimah Allah


ULASAN; Anonymous said

ahhh..itu satu kebetulan ja ba...apa la kamu ni....klu bgitu ja mana2 pun bole carii..hahahaha

December 30, 2009 12:57 AM ( di petik di suara anak marudu )


Ulasan Anon 30 Disember 2009 dalam SAM menyentuh sensitiviti umat Islam. Kepada Anon berkaitan, saya minta supaya Anon berkaitan tampil memohon maaf kepada dunia Islam dalam tempoh 24jam .Jika tidak, maka saya minta dunia islam mengutuk habis-habisan Anon ini dan melakukan solat hajat agar anon ini diberi pembalasan setimpalnya.

Jumaat, 18 Disember 2009

Selamat Tahun Baru


KEPADA SEMUA PEMBACA :

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1 MUHARAM 1431

“Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang hijrahnya karena untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang hijrahi”

. (HR. Al-Bukhari )




Rabu, 16 Disember 2009

Ikhtibar

Kepada umat Islam yang menjadikan kelab malam dan arak sebagai rumah dan juadah selama ini insaf-insaflah sebelum MATI.




Gambar ini telah di kirim oleh Kartini tini melalui email SMS

Gambar di atas adalah gambar yang diambil selepas operasi memadamkan kebakaran yang berlaku secara tiba-tiba di sebuah kelab malam di Thailand ...Mengerikan!!! Inilah azab dan peringatan dari Allah yang harus dijadikan ikhtibar oleh orang-orang Islam yang rajin mengunjungi kelab-kelab malam dan melakukan maksiat,

Selasa, 15 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru


SMS Mengucapkan Selamat Pengantin Baru
buat Rejim dan Rinawati


Rejim bin Majinau
Dengan satu kali lafaz menerima lafaz ijab daripada jurunikah JHEAINS Kota Marudu pada 12 Dis 2009 bertempat di rumah pengantin perempuan di Kampung Salimandut, Tandek, Kota Marudu.


Danil bin Masidul melafazkan wakalah kepada jurunikah untuk menikahkan anak sulungnya Rinawati Danil di rumah kediamannya.

Akhirnya, Mahkamah Syariah Kota Kinabalu menolak keraguan yang ditimbulkan oleh pihak JHEAINS Kota Marudu sekali gus juga menolak permohonan agar pernikahan pasangan ini bernikah berwalikan hakim. Peristiwa ini harus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak jabatan-jabatan agama agar ia tidak berulang dan tidak lagi berlaku kecuaian dalam bab-bab wali pada masa-masa akan datang. SMS melihat perkara ini sebagai sesuatu yang merumitkan bahkan menyusahkan mana-mana pasangan dan keluarga terbabit. Tidak apalah kalau pasangan dan keluarga terbabit berkemampuan untuk berulang alik menyelesaikan masalah yang timbul akibat kecuaian kakitangan jabatan terbabit. Tapi, bagaimana jika pasangan dan keluarga bakal pengantin hanya cukup-cukup bajet atau tinggal nun jauh di pendalaman? sudah tentu mereka dibebani dengan pelbagai tanggungan . Oleh itu, SMS menyarankan agar pihak berwajib meneliti semula perkara-perkara ini demi memudahkan bakal-bakal pasangan yang akan berkahwin, antaranya;

1. Mana-mana pasangan yang kurang berkemampuan dikecualikan daripada bayaran kursus perkahwinan yang terpaksa mereka tanggung di samping bayaran pemeriksaan kesihatan di mana-mana hospital kerajaan.

2. Pihak Pusat Zakat Sabah membiayai mana-mana pasangan yang tidak berkemampuan dengan cara menaja segala pembiayaan perkahwinan mereka terutamanya para mualaf.

3. Setiap masjid daerah di Sabah menyediakan tabung khas untuk perkahwinan. Dengan wang tersebut, AJK masjid boleh membantu pasangan yang daif ini melangsungkan perkahwinan atau meringankan sedikit tanggungan mereka. selain itu, wujudkan juga tabung-tabung lain yang difikirkan wajar untuk kemaslahatan masyarakat setempat.

Selasa, 8 Disember 2009

Siapa Bersalah ?


Rinawati binti Danil
Anak sulung En. Danil Masidul


Danil bin Masidul
Encik Danil telah berkahwin pada 20 Nov 1975 dengan pasangannya Pn. Melly Binti Majalin dan telah memeluk Islam pada 26 Okt 2006. Hasil perkahwinan, beliau dengan pasangan telah dikurniakan 5 orang anak; 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Anak-anaknya lebih awal memeluk Islam hasil usaha dakwah keluarga. Semalam SMS mendapat pesanan ringkas dari pihak bakal pengantin perempuan iaitu Pn. Jamatiah Majalin, ibu saudara kepada pengantin perempuan memberitahu bahawa permohonan pernikahan Rinawati binti Danil dengan Rujim Bin Majinou telah ditolak pihak JHEAINS Kota Marudu dengan alasan pihak JHEAINS Kota Marudu tidak dapat menjalankan upacara pernikahan bakal pengantin kerana kedudukan wali yang meragukan. Sebagai NGO mualaf dan keluarga pada Rinawati, SMS agak terkilan dengan alasan-alasan tidak munasabah yang diberikan pihak jabatan agama berkaitan kes mereka. Akhirnya, kes mereka dihantar ke mahkamah Syariah Kota Kinabalu untuk mendapatkan kelulusan. SMS bergegas ke Mahkamah Syariah Kota Kinabalu untuk mendapatkan penjelasan kes pasangan ini. SMS kemudiannya mendapat penjelasan seperti berikut;

1. Perkahwinan Encik Danil bin Maidul dengan Melly binti Majalin akan diteliti oleh pihak makhamah untuk menentukan kedudukan samada beliau ( Encik Danil) boleh menjadi wali atau sebaliknya, sementara keputusan muktamadnya akan diketahui pada 10 Disember 2009.

SMS sendiri telah berjumpa dengan salah seorang kakitangan mahkamah sekali gus mengemukakan pelbagai pertanyaan dan kemungkinan-kemungkinan dalam kes ini. Antaranya mengapa bapanya dilihat oleh JHEAINS Kota Marudu sebagai tidak layak menjadi wali atau di ragui statusnya ? Seharusnya pihak JHEAINS Kota Marudu menjelaskan sejelas-jelasnya kenapa status Encik Danil sebagai wali diragui sehingga pihak-pihak berkaitan termasuk SMS jelas dengan perkara ini. Menurut JHEAINS Kota Marudu,kes ini telah dirujuk kepada mufti dan Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, justeru, segala urusan kelulusan pernikahan ditentukan oleh pihak mahkamah di Kota Kinabalu. SMS memohon dan meminta agar semua jabatan agama di Malaysia meneliti kes. Perkara yang tidak jelas seperti ini, lebih-lebih lagi melibatkan hukum amatlah mengelirukan dan sedikit sebanyak mengguris perasaan masyarakat Dusun Islam .

SMS menyeru para alim ulamak, guru-guru agama, ilmuan Islam seluruh dunia agar dapat memberi maklumbalas berkaitan kes ini. Keterangan lanjut cerita ini bolehlah berhubung dengan SMS di talian ini 019539476


Rujim bin Majinou
Bakal pengantin lelaki yang juga seorang mualaf bersuku Dusun Kimaragang.

Rabu, 2 Disember 2009

SMS Dan Utara FM


Bermula tahun 2010, insyaAllah segmen ' JANGAN LUPA BAH & IRAMA NASYID ANDA ' akan memuatkan ruangan Jejak Kasih Utarafm dan Soal Jawab Agama. Fokus segmen ini adalah untuk menjadi tali penghubung kepada sanak saudara, sahabat handai yang terputus hubungan dan seumpamanya. Manakala Soal Jawab Agama adalah untuk perkongsian ilmu di samping menjawab kemusykilan2 agama yang timbul.Segala kemusykilan bakal dirujuk kepada pihak2 berkaitan, insyaAllah. Kedua-dua ruangan ini dicadang akan dibuat sekali dalam seminggu. Jika ada cadangan dari pendengar untuk segmen ini, sila emailkan ke pihak pentadbir utarafm atau ke alfateh_one@yahoo.com

terima kasih.