Oleh ZULHISHAM ISHAK ( Utusan Malaysia )
KOTA KINABALU 5 Sept. – Seramai 465 saudara baru dari pedalaman daerah Tandek di Kota Marudu, melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan Pusat Zakat Sabah yang tidak menunaikan janji untuk memberi RM200 sebulan kepada mereka.
Jurucakap golongan mualaf itu, Mohd. Nazri Abdullah berkata, perkara tersebut amat dikesali kerana bantuan itu digunakan untuk menghadiri kelas agama di Masjid Takwa, Kota Marudu, pada setiap Sabtu.
“Rata-rata mereka adalah petani yang miskin dan tinggal jauh dari pekan Kota Marudu. Golongan mualaf ini tinggal di kawasan pedalaman seperti di lereng-lereng bukit dan berdekatan sungai.
“Bagi menghadiri kelas agama di masjid tersebut yang mengajarkan asas agama Islam, mereka terpaksa menyewa teksi sapu dan bermalam di gerai-gerai di pekan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Nazri yang sudah memeluk Islam sejak 23 tahun lalu, berkata, pusat zakat sebelum ini bersetuju untuk memberi bantuan kewangan pada setiap bulan.
Bagaimanapun, kata beliau, golongan tersebut hanya menerima sekali sahaja iaitu pada Januari lalu dan selepas itu tidak lagi memperoleh bantuan berkenaan.
Jelasnya, keadaan itu membuatkan bilangan mualaf yang belajar agama di masjid berkenaan berkurangan dan kini hanya kira-kira 200 orang yang terus mendalami asas Islam di situ.
Selebihnya, kata Mohd. Nazri, tidak lagi meneruskan pelajaran kerana tidak mampu berikutan kos untuk ke masjid tersebut tinggi.
“Kami di kalangan sukarelawan dan aktivis Islam di Tandek bimbang dengan perkembangan ini kerana perkara itu membabitkan masa depan mereka sebagai saudara baru.
“Mereka perlukan bimbingan sebagai saudara baru, jika bantuan ini tidak diterima, kami bimbang ada pihak lain yang akan ambil kesempatan dan mempengaruhi mereka,” ujarnya.
Menurutnya, perkembangan itu dikhuatiri menjejaskan usaha dakwah mereka dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini kerana ramai pihak yang menunjukkan minat terhadap Islam.
Tambahnya, beliau tidak mahu mereka yang berminat dengan agama itu merasakan Islam tidak mengambil berat kebajikan penganut barunya berbeza dengan agama lain.
Jelasnya, bagi sesiapa yang mahu menyumbang wang atau memberi sebarang bentuk bantuan seperti sejadah, telekung, kitab al-Quran dan sebagainya boleh berhubung di talian 019-8827449.
Tahniah sdr. Nazri. Teruskan usaha membela nasib mualaf khususnya di Kota Marudu ini. Tanggungjawab pihak berkewajipan dalam memberi bantuan wang zakat kepada para mualaf perlu dilaksanakan bagi membantu meningkatkan lagi kefahaman dalam Islam.
BalasPadamNak kongsi pasal zakat ni. Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah:
-ASNAF FAKIR - Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
-ASNAF MISKIN - Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
-ASNAF AMIL - Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
-ASNAF MUALLAF - Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
-ASNAF RIQAB - Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
-ASNAF GHARIMIN - Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan :
-Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
-Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
-Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
-ASNAF FISABILILLAH - Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untukmenegakkan syiar Islam.
-ASNAF IBNI SABIL - Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
-Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
-Pengembaraan diharuskan oleh syarak.
Rujukan: E-Zakat..
saya percaya mereka2 yang berhak ini suda dapat daripada pihak yg berwajib. kerana itu mereka tdk bersuara. tapi kalau ada dlm pengatahuan kita maka kewajiban kita semua untuk memberi tahu pd yg berkaitan ....
BalasPadam