" Perang saraf telah sekian lama digunakan untuk menjatuhkan imej orang baik-baik, termasuk para nabi. "
PERANG SARAF ATAU PERANG PISIKOLOGI. Adalah peperangan yang paling panjang sejarahnya dalam sejarah-sejarah perang di dunia ini. Perang saraflah yang menentukan imej bagi sebuah jemaah atau organisasi, untuk mencapai satu dinasti dan seterusnya. Ada hartawan-hartawan yang sanggup memberi bayaran yang mahal kepada para perancang ini untuk menaikkan imej mereka di mata DUNIA. Demikian juga dengan ahali-ahali politik. Kesan dari perang senjata dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kesan perang saraf hanya dapat dilihat dengan hati. Nabi-nabi digembarkan sebagai orang-orang salah atau disalaertikan, seperti Nabi Isa telah dikata disalib padahal tidak. Firman Allah: Mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya tetapi hanya diserupakan dengannya. ( An-Nisa' : 107 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi