Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Sabtu, 29 November 2008

Cop Keramat vs Yang Maha Adil

( NGO )


( Antara pemimpin Sabah )


( Payau indada harga )

Dalam masyarakat Bajau Ubian yang tinggal di pesisir pantai negeri Sabah terutama di Teluk Pulau Bumbum Semporna Sabah, adat menjadi sumber hukum dan pegangan yang masih kuat diamalkan masyarakat setempat. Perkara ini telah disaksikan sendiri oleh pendakwah bebas, Puan Rosnani Untol ketika program dakwah di pulau tersebut baru-baru ini. Menurut beliau, antara contoh amalan dan pegangan yang masih mereka amalkan adalah adat ketika berlaku kematian iaitu:

1. Jika berlaku kematian, kubur si Mati akan dijaga siang malam selama 20 hari atau 40 hari dalam tempoh 100 hari dari tarikh si Mati meninggal dunia.



2. Menyediakan tempat khas kononnya tempat untuk roh si mati bersemadi . Katil dan tilam disediakan dan dipasangkan kelambu serta dihias seperti kamar pengantin.


3. Imam akan ke kubur si Mati sebelum Maghrib untuk menjalankan acara membawa roh pulang ke rumah. Ketika waktu ishraq, roh akan dihantar semula oleh imam ke kubur.


4. Acara tari-menari serta bermain daun terup@ pakau untuk menghilangkan rasa mengantuk sepanjang berjaga merupakan amalan biasa dalam masyarakat ini.


Persoalannya, kenapa ini berlaku ? Jawabnya, kerana mereka ini jahil tentang Islam serta para pendakwah tidak serius mendampingi masyarakat. Penduduk di sebahagian tempat di pedalaman Sabah yang pernah kami kunjungi dalam misi program dakwah menyatakan bahawa kunjungan pihak Jabatan Agama ke tempat mereka amat jarang dan jika adapun ianya bermusim. Teruknya senario dakwah di kawasan pedalaman ini dapat digambarkan apabila ditanya kepada penduduk di salah sebuah kampung yang kami kunjungi, bilakah kali terakhir tempat itu didatangi jabatan agama, dijawab “ 11 tahun yang lalu” . Suasana Ini telah dan sedang berlaku di kampung-kampung pedalaman, Sabah. Mungkin saudara-saudara pembaca agak terkejut dengan berita seperti ini tapi inilah hakikatnya keadaan yang berlaku di Sabah dengan gelaran harmoninya Negeri di Bawah Bayu.


Kepada pihak kerajaan dan menteri yang berkaitan, sepatutnya ketika membuat lawatan ke Sabah, anda wajar memanggil orang yang benar-benar terlibat langsung dengan kerja dakwah khasnya badan NGO . Janganlah ditelan bulat-bulat sahaja laporan pegawai-pegawai yang dibayar gaji kerana memikul tanggungjawab. Kasihanilah masyarakat Islam yang masih tercari-cari apa itu Islam? Salah merekakah jika syiar itu tidak sampai pada mereka? Mudah sangatkah kita bebankan mereka tentang tanggungjawab menuntut ilmu sedang mereka di waktu yang sama bergelanggang di perkebunan dan lautan mencari rezeki dan tidak tahupun tentang kewajipan menuntut ilmu. Di mana silapnya? Orang alimkah atau orang jahil yang silap?

Bagi kami yang selama ini hanya membaca akhbar dan mendengar kenyataan di TV tentang bantuan ini dan itu untuk masyarakat mualaf, nampaknya masih musykil tentang hal-hal bantuan seperti itu kerana, orang-orang yang duduk di akar dan umbi rata-rata tidak mendapat bantuan yang diwar-warkan itu, sedangkan itu keperluan dan hak mereka. kemanakah perginya?

Lihat saja contoh termudah. Di daerah Kota Marudu, ada pegawai agama yang lebih mahir mengenal mata payau ( rusa ) daripada mengenal kebutuhan orang-orang mualaf dan masyarakat Islam. Hampir lupa kerjanya sebagai pegawai agama. Mungkin kerana terlalu bergelap di dalam hutan maka dia dan rakan-rakannya tidak nampak lantai dan atap orang-orang yang patut mereka bantu. Hanya fikir bagaimana cara membesarkan periuk sendiri, periuk orang lain tidak ada pun tidak apa. Apa tidaknya, harga payau mencecah rm20 sekilo. Hampir kena tangkap perhilitan pun tidak jara-jara lagi.


Biasanya, laporan itu atas kertas saja. Biar tiada dibuat yang penting dokumentasi. Itulah barangkali nilai gaji hujung bulan pegawai-pegawai ni…Dokumentasi atas kertas. Kesimpulannya, kalau mahu tahu hal sebenar, apa yang berlaku di akar umbi, panggillah rakan-rakan NGO dan individu-individu yang terlibat langsung dengan dakwah untuk berdialog dan berbincang kemudian sama-sama merancang dan bertindak . Sebabnya mudah saja…Kerja Agama Islam ini bukan kerja orang kerajaan sahaja tapi kerja setiap individu muslim lelaki dan perempuan. Kepada mereka yang bergelar pegawai dakwah di daerah-daerah seluruh Sabah, anda semua, buat kerjalah sungguh-sungguh dan jangan nafikan sumbangan orang lain sehingga menyalahgunakan cop keramat mengharamkan yang halal. Kalau tidak percaya dan masih ragu, kami boleh bawa Pak Menteri dan YB ke tempat yang dimaksudkan kerana kami tahu dan kenal benar kampung mereka serta bahasa badan dan mulut mereka. Alasan kampung jauh sangat, jalan berbatu, berlumpur dan macam-macam sudah tidak relevan lagi tuan…. Kalau tidak, kenapa si Kancil dan Mavy boleh sampai ke sana ( biar patah mematah bidainya ) tapi, kereta 4 x 4 Ford Ranger masih sentiasa kilat dan harum angin aircondnya …Ada pepatah yang boleh dipakai, “ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ” ertinya, kalau mahu, jalan kaki pun boleh, kalau tidak mahu, Ninja King pun tidak boleh… Jadi…Lu fikirlah sendiri. Insyallah, bermula awal tahun 2009 saya akan terus-menerus buat laporan jadi CNN. Biarlah orang kata menyibuk… Permasalahan umat Islam di Sabah khususnya para mualaf perlu dibongkar dengan fakta yang betul dan tepat. Ia tidak mungkin dapat di tolak di hadapan hakim Yang Maha Adil tika tiba waktu Kebangkitan.

Selasa, 25 November 2008

AL-FATIHAH

Al-Fatihah kepada seluruh roh muslimin & muslimat



Merujuk keratan akhbar Utusan Malaysia di bawah, sudah tentu terdetik di hati kita “ takut kerana salah, berani kerana benar ”. Kalau sayalah yang ditanya sama ada wajar atau tidak Tun mendedahkan nama pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang, maka saya akan jawab, “wajar didedahkan”. Alasannya ialah supaya makhluk perosak@pemain-pemain wang ini tidak membunuh UMNO dalam kerangka perjuangan asalnya. Mereka ini ibarat membubuh racun kepada agama, bangsa dan negara yang akhirnya menumbangkan sendiri parti UMNO. Jika dilihat, maksudnya samalah seperti mereka ini pembunuh. Amatlah penting nama mereka diumum terus tanpa berselindung lagi. Pembunuh senyap itu kan amat merbahaya. Saya rasa, ini amaran terakhir Tun kepada ahli UMNO kerana telah sekian lama isu politik wang ini diperkatakan tapi tidak ada penghujungnya. Saya bukan anti UMNO tapi, kerana sayangkan UMNO lah saya mengutarakan hal ini sekali gus menyokong hasrat Tun.


Tun Mahathir dirayu jangan dedah nama




JOHOR BAHRU 23 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dirayu agar memikirkan semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tindakan tersebut bakal memberi implikasi negatif yang besar kepada parti.
Calon Naib Presiden UMNO itu berkata, Dr. Mahathir kemungkinan menerima aduan daripada pihak-pihak lain tetapi penganiayaan boleh berlaku tanpa melakukan siasatan rapi.
Katanya, semua prinsip undang-undang meletakkan soal keadilan sebagai asas dan sebagai parti politik kewujudan unsur sabotaj tidak boleh dinafikan.
"Dalam hal ini, saya merayu dan berharap Tun memahami situasi implikasi yang beliau akan lakukan. Namun memang tiada siapa yang boleh menahan Tun untuk melakukannya.
"Seperti yang dikatakan, oleh kerana hanya terdapat maklumat dan siasatan sedang dibuat, maka dalam banyak hal kita tidak mahu berlakunya unsur penganiayaan," kata Menteri Pengajian Tinggi itu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Pelajar di Luar Universiti Johor anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kementeriannya di Pasir Gudang di sini hari ini.
Hadir sama, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang.
Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang mendakwa mempunyai senarai pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang dan berhasrat mendedahkannya jika Lembaga Disiplin UMNO tidak mengambil tindakan tegas ke atas ahli tersebut.
Khaled berkata, darip segi prinsip parti, UMNO telah menyerahkan aduan politik wang kepada Lembaga Disiplin untuk mengumpul maklumat dan menjalankan siasatan.
Namun jelasnya, kadangkala terdapat aduan yang sama dibuat tetapi lembaga itu tidak dapat mendedahkan nama-nama ahli selagi mereka belum didapati bersalah.
Menurutnya, mungkin persepsi orang terhadap mereka yang didedahkan nama itu akan disyaki bersalah tetapi akhirnya tidak bersalah selepas siasatan selesai.
"Persepsi beginilah yang telah menimbulkan masalah apabila kita mendedahkan nama mereka yang disiasat.
"Namun pada masa sama, saya bersetuju gejala politik wang perlu dihapuskan dan saya juga berharap jangan terlalu tinggi keghairahan hendak menangkap orang, kita hanya akan menutup pintu keadilan," katanya.

Ahad, 23 November 2008

Duit-duit di mana kau duit ...


Malam hari Khamis ( malam Jumaat ), banyak kelebihannya. Kalau kita banyakkan amal ibadah seperti zikir, selawat dan sebagainya Allah s.w.t akan berikan ganjaran pahala yang amat besar…Ini kisah hari Khamis, 20 Nov baru-baru ni. Waktu itu, saya balik kampung dengan anak dan isteri. Malamnya, saya sempat bersembang dengan sepupu saya, Mohd. Shukri bin Mazlan tentang perjuangan dan UMNO. Saya tertarik dengan kisahnya sebelum menawarkan diri bertanding AJK bahagian UMNO Kota Marudu. Menurutnya, dia melakukan solat hajat sebanyak 3 kali memohon pada Allah agar dapat menawan kerusi AJK sekiranya kemenangannya itu nanti membawa kebaikan untuk agama, bangsa dan negara. Ternyata dalam pertandingan itu dia menang, walaupun dia tidak pernah bertanding mana-mana jawatan sebelum ini. Dia sendiri merumuskan keadaan sebelum kemenangannya dalam pertandingan merebut jawatan AJK sebagai agak sukar kerana prosesnya melibatkan pelbagai karenah calon yang masing-masing mahu meraih undi. Bagi mereka yang sudah biasa dengan keadaan seperti itu, masa inilah yang sesuai untuk menambah poket agar muatannya lebih sedikit dari poket orang lain. Harga tangan tika ini, tinggi. Lebih-lebih lagi kalau ada calon yang melobi peraih kerana mahu namanya dipangkah terus. Nampaknya, walaupun perlembagaan demi perlembagaan digubal untuk menangani isu politik wang, keadaan ini masih terus aktif berlaku. Lihat dan dengarlah khabar-khabar di mana-mana kawasan atau bahagian, isu ini tidak pernah berhenti dibual-bualkan. Hanya pembawaan suasana itu sahaja yang membezakan isu ini. Biasanya, mereka yang terlibat cuma buat selamba kerana masing-masing pakai prinsip ‘TST’ ( tahu sama tahu). Selepas itu, mereka diam dan main tengok begitu-gitu saja macam tiada apa-apa, kata orang Sabah. Kecualilah, bila timbul rasa tidak puas hati maka mulalah mereka keluarkan kenyataan Si Anu dan Si Anu bagi RM… Kalau tidak, perbuatan membagi-bagi tu sanggup dipendam hatta pecah di perut pun... Berbalik pada sembang-sembang kampung dan malam Khamis lalu, mungkin juga kemenangan sdr. Shukri dalam penawarannya menjadi AJK UMNO Kota Marudu merupakan anugerah Allah kerana kesucian hatinya untuk agama. Mudah-mudahan, begitulah. Saya berharap agar beliau mampu mewarnakan UMNO Kota Marudu dengan warna baru nan segar agar arus perdana Kota Marudu akan sentiasa berpaksikan aspirasi rakyat. Kepada mereka yang terus-terusan membengkokkan niat selama ini, segeralah luruskan niat sebelum Allah hantar orang baik untuk membongkar segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sekali gus menjatuhkan mereka dengan tong-tong busuk mereka. Ini tidak mustahil, cuma tunggu masa sahaja. Tika itu, menangis air mata darah pun, sudah tidak berguna. Rakyat pun nanti akan meludah muka mereka dan berkata “konon kau menang kerana akar umbi, padahal main duit”...Alangkah malunya kalau ini berlaku. Para pembaca budiman, kita bersabar dan tunggu sahajalah saat dan waktunya berlaku. Sebelum mengakhiri tinta kali ini, saya sarankan , UMNO Kota Marudu agar membaca sejarah Sharif Osman di Teluk Marudu. Fikir dan kajilah bagaimana perjuangannya membela agama, bangsa dan negara sehingga harga dirinya melambung naik dan terus menjadi sebutan kerana kejujuran perjuangannya, meski di akhir hayat beliau kalah di tangan Orang Putih…Para pemimpin UMNO berubahlah…

Jumaat, 21 November 2008


Sudah 4 hari tuan rumah ini menumpang di rumah bapanya setelah atap rumah mereka tercabut ditiup angin kencang yang melanda Kampung Salimandut dan sekitarnya 2 hari lalu. Mantan Pengerusi JKKK Kg.Salimandut ,Encik M. Salaman Ondu menghubungi saya dengan nada suara ‘terkapus-kapus’, “ Ipag, kampung kita dilanda musibah ” katanya, sejurus itu, taliannya putus. Jantung saya berdebar kencang .Terbayang saat itu, ibu saya yang sakit, namun cepat-cepat saya serahkan apa juga kemungkinan kepada Allah. Saya terus hubungi semula Ipag Salaman untuk minta kepastian tentang musibah yang dimaksudkannya. “Sori ipag, kredit saya habis, bukan apa, jiran kita punya atap diterbangkan angin tadi dan kami sedang tolong Siwon angkat segala barang-barang rumah”, katanya. Ipag Salaman ini cukup prihatin terhadap masyarakat kampong. Meski beliau kini telah bersara dari tugasnya sebagai Pengerusi JKKK pada Oktober lebih awal daripada Pak Lah namun, beliau masih meneruskan kebiasaannya memberi khidmat kepada Kampung Salimandut. Begitulah sikap pemimpin sejati yang jarang-jarang ada pada kebanyakan pemimpin. Rasa terkejut saya sedikit hilang bila ipag Salaman menjelaskan perkara sebenar. Kasihan Siwon. Mujurlah saya nampak saluran terbaik untuk masalah ini. Saya faham, bila saja orang di kampung menelefon , biasanya tujuan mereka mahu meminta pandangan atau pertolongan untuk selesai masalah. Tidak kiralah masalah peribadi atau kampung, kerana mereka tahu tugas saya sebagai NGO. Selepas perbualan sebentar dengan ipag Salaman, saya langsung menghubungi YB. Anita Baranting tapi, saya sedikit hampa kerana 2, 3 kali menekan digit-digit ‘hp’nya, saya dapati, ia tidak berfungsi. Usaha kedua saya ialah menghubungi Tuan DO di pejabatnya, tapi tiada sesiapa yang mengangkat telefon. Saya mematikan talian ke pejabat DO bila melihat jam belum menunjukkan 2. 00 pm. Waktu rehat rupanya. Namun, saya tidak boleh duduk tenang selagi masalah ini tidak disalurkan ke pihak berwajib. Saya kemudiannya teringat seorang sahabat saya ( Cikgu Androd ) yang juga seorang pemblog . Beliau yang menggelarkan dirinya SANGURU. COM merupakan orang kuat PBS di bahagian Kota Marudu. Saya utarakan keadaan mangsa ribut di kampung kepadanya untuk dimajukan kepada pihak-pihak berkaitan. Apa juga usaha beliau, Alhamdulillah, petang itu juga, beliau dan Tuan DO bergegas ke kampung Salimandut untuk melihat sendiri keadaan mangsa ribut, Siwon dan keluarga. Terima kasih atas keprihatinan tuan DO juga Sanguru yang turut sama membantu. Esoknya, saya dan isteri balik ke kampung untuk melihat sendiri keadaan mangsa. Memang, kata orang Sabah ‘bikin kasian’. Lihat dalam gambar, ayam peliharaannya pun sedih dengan tuan rumah yang entah bila, barulah 12 keping zink yang tersandar itu ‘mengampai’ ke bumbung. Entahkan cukup atau tidak untuk menutup semula atap rumah mangsa … Sampai saat ini, saya belum dapat menghubungi YB Anita namun, menurut orang kampung, orang kanan YB, sudah beberapa kali datang untuk ambil gambar rumah mangsa. Kalau setakat ambil gambar macam saya tangkap kemudian padam dalam memori kad apalah ertinya. Mudah-mudahan itu tidak terjadi. Apapun, saya akan tunggu gambar yang mereka ambil itu, apa kejadiannya nanti? Juga, sehingga YB. Anita pulang daripada luar negara ( menurut sumber yang saya dapat ). Begitu juga, berita dan tindakan daripada Datuk Dr. Max sebagai MP di kawasaan Kota Marudu setelah dia diberitahu tentang keadaan rakyat di kawasannya. Anda bayangkan rumah ini layak dipanggil apa … ? Sepanjang pengetahuan saya, mangsa sejak dulu hingga kini, belum dapat-dapat lagi bantuan rumah PPRT. Dengan keadaan rumah sebegini, apa mereka tidak layakkah terima PPRT? Di mana silapnya … ? Anak lelaki Siwon telah kami Islamkan 2 tahun lalu, dan kini bekerja di semenanjung untuk kelangsungan hidup. Pak Lah yang dikasihi, saya sedang menunaikan amanahmu pada saya pada pertemuan malam 31 Mei 2007 , lepas Maghrib . Katamu ketika itu, “kau jangan buat kerja apa-apa, yang penting kau jaga orang-orang kau ( mualaf ) dan saya akan tolong kamu”. Ternyata Pak Lah mengotakan kata-kata . Pak Lah banyak tolong kami dan Allah saja dapat membalas segala yang Pak Lah buat untuk kami. Saya harap suatu masa nanti, Pak Lah baca blog ini.

Rabu, 19 November 2008

Lihat, fikir dan jawab ... ? di mana kita ... ?

UMNO

kerajaan ...

Rakyat ...

Firman Allah s.w.t " Masa-masa kemenangan akan selalu digilirkan Allah di antara umat manusia. " ( Ali Imran: 140 )

" Fikirkan "

Dalam satu tempoh mulia, dalam satu tempoh lain hina; dalam satu tempoh kaya, ditempoh lain miskin; dalam tempoh suka di tempoh lain bermuram durja dan seterusnya.


















Selasa, 18 November 2008

Imam Mutalib Abdullah sedang ditemuramah oleh wartawan Utusan Malaysia. Beliau mengucapkan syukur kepada Allah dan merakamkan ucapan terima kasih atas pertolongan pihak kerajaan pimpinan YAB Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi kerana prihatin terhadap golongan miskin seperti beliau. Ucapan yang sama juga ditujukan kepada Utusan Malaysia dan saudara Nazri ( Penyelaras Program Mualaf NGO) kerana turut sama bertungkus lumus mendedahkan nasibnya dan orang-orang lain yang memerlukan bantuan kepada umum .
Tapak baru rumah imam dijangka siap dalam masa terdekat. Gambar ini saya ambil dua minggu yang lalu bersama wartawan Utusan Malaysia. Esok petang, insyaAllah saya akan berjumpa imam Mutalib Abdullah lagi untuk melihat sejauh mana perkembangan pembinaan rumah barunya.

Rumah Imam Kg. Parong Kota Marudu Sabah, tinggal kenangan setelah diroboh untuk dibina rumah baru (PPRT ).


" Mereka mendapat hidayah ( Masuk Islam ) pada bulan Ramadhan tahun 2008, dan pihak berwajib sepetutnya mengambil perhatian cepat terhadap mereka, namun sehingga hari ini saya belum terima berita daripada mereka adanya pihak atasan yang datang membantu mereka "
Dana khas bantu saudara baru, gerak dakwah di Sabah
( Utusan Malaysia )
KOTA KINABALU 17 Nov. - Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi satu dana khas bagi membantu saudara-saudara baru serta menggerakkan aktiviti dakwah Islam di negeri ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menyedari keperluan peruntukan yang diperlukan negeri ini untuk melaksanakan aktiviti dakwahnya.
"Saya telah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Cina Muslim dan juga dengan Persatuan Saudara Baru Cina di Sabah dalam beberapa pertemuan yang lalu. Saya akan mengusahakan dana khas untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam ini selain peruntukan daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Karnival Dakwah Sempena Sambutan 30 tahun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) cawangan Sabah di sini hari ini.

Isnin, 17 November 2008







Sudah 3 malam saya tidak dapat online di internet kerana sistem celcom di Sabah dan Sarawak sedang di upgrade. Itu jawaban pegawai pengendali ketika saya tanya mereka tentang masalah ini. Saya terpaksa bersabar. Bercakap tentang sabar, Allah meletakkan nilai yang tinggi untuk orang-orang yang sabar tetapi, manusia pula sebaliknya. orang yang mengambil sikap bersabar kadang-kadang dikatakan penakut dan pengecut. Segelintir masyarakat mengecop orang lelaki bukan lelaki sejati jika bersabar dan tidak melawan ketika dicabar. Bercakap soal cabar pula, Sejak akhir-akhir ini kia lihat, cabar-mencabar sudah mula menjadi amalan pilihan orang-orang politik. Bila sudah dicabar kemudian menang, nah, tersenyum lebarlah pemenang ini. manakala sebaliknya pula bagi mereka yang menerima kekalahan. Inilah ragam dunia. Ini pula pengalaman kami di sebuah kampung di daerah Ranau. Kesabaran kami sedikit teruji bila orang-orang kampung tidak mahu datang ke surau mendengar ceramah sedangkan guru @penceramah bersusah payah datang anak beranak untuk membantu mereka mendalami agama. Alasan mereka mudah sahaja, sibuk dan penat bersawah padi. 2, 3 orang kanak-kanak dan sebilangan kecil orang dewasa yang boleh dihitung dengan jari tangan dan kaki saja yang datang ke surau, itupun ketika Maghrib dan Isyak sahaja. Agaknya, kenapa ini berlaku ? Adakah kerana kerana kurang usaha dakwah di kampung itu dan kalau ada pun berjadual. Ketika hendak berangkat pulang, saya sempat bertanya pengerusi surau tentang jumlah orang Islam di kampung ini. Jawabnya 100% penduduk di sini beragama Islam tapi yang datang ke surau ini hanya beliau dan 2,3 orang sahaja. Beliau sempat merakamkan rasa sedih beliau terhadap keadaan masyarakat di kampung itu. Melihat keadaan surau yang luas dengan kemudahan lengkap yang diberi kerajaan, saya meninggalkan pengerusi itu dengan cadangan bagaimana kiranya diadakan program sekali dengan memotong lembu dan panggil orang kampung datang makan sekali gus mendengar ceramah. Jawabnya pada saya “ kalau macam itu, tidak payah kita jemput pasti mereka datang ”. Jadi, cubalah anda bayangkan, apa akan jadi pada agama Allah ini kalau inilah hakikat dan kenyataan yang kita lihat dalam masyarakat kita sekarang ? atau mungkin di tempat anda tidak berlaku hal seperti ini ?
Ketika mula akhbar nasional dan tempatan menerbitkan artikel tentang mualaf Kota Marudu Sabah sejak tahun lalu hingga kini, boleh tahan juga sambutan beritanya hingga ramai dari kalangan pembaca-pembaca akhbar ini menghubungi saya dengan telefon dan sms. Kalau dikumpul-kumpul, adalah lebih kurang 10 orang yang memberi respon positif disertai pujian dan doa. Syukur alhamdulillah. 4 orang dari mereka telah membuat sumbangan peribadi kepada 8 keluarga mualaf yang mengucap dua kalimah Syahadah pada Ramadhan tahun ini. YB Datuk Taufik Abu Bakar Titingan pembantu menteri kewangan negeri Sabah, salah seorang penyumbang datang sendiri ke kampung Salimandut, Tandek Kota Marudu, salah sebuah kampung mualaf di kawasan Tandek, Kota Marudu, Sabah. Beliau merupakan antara manusia yang berjawatan di peringkat cabinet negeri tetapi turun padanng tanpa protokol yang kadang-kadang merimaskan orang kampong. Terima kasih datuk. Agak bebaloi juga mendapat liputan akhbar apabila sumbangan-sumbangan dari pelbagai pihak dating kepada orang-orang mualaf di pedalaman Kota Marudu yang lama terpinggir sebab tidak dikhabarkan kepada umum. Sumbangan seperti buku panduan solat, kain sarung, telekung, sejadah dan al-Quran yang dating dari orang-orang prihatin di Semenanjung Malaysia amat berharga bagi orang-orang mualaf yang baru bertatih mahu mengenal ilmu Fardhu Ain. Kepada semua penyumbang, saya bagi pihak penerima-penerima sumbangan mengucapkan terima kasih atas sumbangan kalian, sesungguhnya hanya Allah sajalah yang akan membalas kebaikan atas sumbangan kalian kepada saudara-saudara baru Islam. Dalam keprihatinan sebahagian masyarakat, ada juga sekelompok manusia yang dating dan memberi cadangan kepada saya untuk buat kertas kerja khusus untuk program mualaf. Cadangan mereka memang baik dan berasas namun, memandangkan orang yang member cadangan ini, lebih arif tentang kertas kerja, bukankah lebih baik kalau mereka sendiri yang membuatnya? Lagipun, ini memang kepakaran mereka di jabatan mereka. Apa sangatlah yang saya tahu tentang skop kertas kerja yang mereka perlukan? Misal katalah saya yang tidak berjabatan yang membuatnya, tentu banyak benda yang tidak kena dalam kertas kerja itu nanti. Bukankah, setiap kertas kerja itu ada standardnya tersendiri. Lama juga saya termenung dan mengambil keputusan, buat atau tidak. Akhirnya saya mengambil jalan untuk tidak membuatnya. Hairan dan sedikit terkilan kerana orang-orang yang selayaknya membuat kerja itu meminta orang yang jauh tidak layak berbanding mereka. Saya pun membuat kesimpulan bahawa , mereka ini sekadar melepaskan batuk di tangga . Tanggungjawab dan tugas mereka mungkin dianggap sudah selesai setakat member saranan sebab, ada atau tiada kertas kerja itu, hujung bulan mereka tetap dapat cucuk kad ke mesin ATM dan dapat duit. Saya bukan tidak mahu buat kertas kerja walaupun saya boleh membuatnya tapi saya ada jawapan saya sendiri kalaulah mereka bertanya kenapa saya tidak mahu buat. Di akhirat nanti. Jika ditanya Allah kenapa saya tidak buat kertas kerja untuk mualaf, saya ada jawaban untuk itu. Ya Allah, engkau maha tahu apa yang terselindung di hati hamba-Mu.

Jumaat, 14 November 2008


Saat-saat akhir seorang pejuang yang bakal digantung agaknya apa yang akan mereka perkemaskan ? Kalau dia seorang Islam sudah tentu dia beramal sehabis baik memohon keampunan ke atas dosanya. Tapi kalau dia bukan seorang Islam sudah tentu dia bakal meninggalkan tulisan tangannya di dinding-dinding kurungannya atau dia akan tinggalkan wasiatnya kepada keluarganya tentang kenapa dia berjuang sampai nyawanya digadai. Namun sudah adat bagi seorang perjuangan, kalah dan menang pasti ditempuh. Orang yang tidak berjuang pula hanya menanti sebuah kemenangan. Demikianlah Pak Lah yang tinggal membilang waktu untuk melepaskan jawatan sebagai ketua negara. Pasti Pak Lah telah mempersiapkan dirinya untuk menjadi orang awam dan selepas ini sudah tentu kritikan demi kritikan yang pernah dilemparkan padanya akan berkurangan. Sebagai orang kampung yang pernah bertentang mata, makan dan berbincang bersama bahkan pernah selif dengan beliau ketika lawatan di Sandakan, sudah pasti babak hidup sebegini menjadi sebuah kenangan manis untuk saya. Betapa Pak Lah itu, seorang yang hebat dan bijak menawan hati saat seorang rakyat biasa kecewa dan rasa tidak dipeduli. Inilah yang saya rasa ketika saya bertemunya untuk kali ke-2. Ketika itu saya dan lima orang rakan datang untuk menyampaikan suara masyarakat kampung ( akar umbi ). Pertemuan tanpa perantaraan ini membuat saya tercari-cari apa sebenarnya yang dimahukan sebahagian besar wakil-wakil rakyat yang sering mengutus perantara kanan dan kiri untuk mendengar keluhan-keluhan rakyat. Apa bahasa dan suara orang kampung terlalu kecil dan ketinggalan untuk mereka dengari dengan telinga mereka sendiri. Selepas itu sewenang-wenangnya mencanang suara mereka adalah suara akar umbi walhal semuanya ciptaan belaka. Ciptaan yang direka demi kepentingan mereka . Saya masih ingat selepas pembentukan jemaah menteri pusat, Pak Lah datang lagi ke Sabah diiringi beberapa pemimpin semenanjung. Di dewan tertutup, Pak Lah buka ruang untuk Ketua-ketua Bahagian Umno, Wanita, Puteri dan Pemuda serta Wakil-wakil Rakyat komponen BN. Seluas-luas ruang dibuka untuk mengemukakan pandangan dan cadangan. Semua yang datang dengan lantang membuat pelbagai pandangan, teguran dan cadangan. Dengan nada marah dan geram, mereka lontarkan semua yang terbuku di jiwa sehingga terpancar rasa marah dan tidak puas hati dari nada suara dan wajah mereka. Begitulah gambaran gawatnya suasana ketika itu. Pak Lah macam keropok mereka kerjakan habis-habisan. Pak Lah tidak cepat naik angin, selepas insiden ini, Pak lah nampaknya lebih memilih untuk memenangkan saja wakil-wakil yang kononnya mewakili rakyat…Akhirnya kesimpulan diambil berdasarkan peratusan dan terjadilah beberapa pemansuhan jabatan dalam negeri yang pada saya tidak memberi kesan pun kepada rakyat. Setelah bertungkus lumus berbahas, mencadang itu dan ini, akhirnya berjaya juga wakil-wakil yang mengaku wakil rakyat ini menambah pendapatan sendiri hasil jajaan orang kampung peringkat akar umbi, yang pasti akar umbi sentiasa laku di bibir mereka tapi hakikatnya akar umbi tinggal akar umbi, tidak pernah tumbuh berdahan pun jauh sekali berbuah, kalau berbuah sekalipun buahnya sudah ditebuk tupai dan dimakan giuk, oklah tu… Sejak mula buang undi hingga hari ini, saya belum pernah kenal dan jumpa mana-mana wakil rakyat atau pemimpin yang bersikap tulus dan jujur serta terbuka seperti Pak Lah . Sanggup bedepan dengan orang bawahan untuk dikritik. Jika benarlah wakil-wakil rakyat kita mengambil tahu keperluan rakyat di peringkat akar umbi, mereka sepatutnya belajar daripada cara Pak Lah. Mereka tidak akan teragak-agak memanggil semua orang-orang bawahan untuk mendengar segala masalah dan yang dihadapi rakyat kerana merekalah sesesuai-sesuai makhluk yang harus menyelesaikan masalah-masalah rakyat, barulah ngam title wakil rakyat itu disandang. Panggil dan kumpullah ketua-ketua cawangan, wanita, pemuda, puteri, ketua kampung, pengerusi Jkkk, imam-imam, ketua-ketua agama, budayawan, karyawan, pendidik, pegawai, guru, petani, penternak dan wakil setiap lapisan masyarakat , jana idea-idea mampan dari mereka yang kemudian rumuskan dan murnikan idea-idea mereka ini menjadi satu pelan untuk disampaikan kepada pihak atasan. Jika ini dilakukan, maka barulah benar segala apa yang di sampaikan itu adalah daripada akar umbi. Jangan hanya tahu mengkritik tapi tidak bersedia dikritik .








9 Nov lalu, saya berkesempatan melihat sendiri persidangan UMNO bahagian Kepala Batas yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang disifatkan sebagai ' orang berperwatakan lembut '. Kalau anda baca akhbar pro kerajaan mahupun sebaliknya, tentu anda semua akan melihat pelbagai jenis pujian dan kutukan kepada Perdana Menteri kita yang ke-5 ini. Antara 5 orang PM, beliau merupakan PM yang paling banyak mendapat kritikan dari pelbagai lapisan masyarakat bermula rakyat hingga menteri hatta MTnya sendiri. Apapun pandangan mereka, bagi saya, perwatakan beliau didominasi didikannya sebagai seorang anak ulama dan beliau sendiri sebagai ahli agama. Jika tidak kerana didikan itu, beliau tidak mungkin bersifat tolak ansur, pemaaf, sabar dan segala sifat mahmudah yang dimilikinya. Kerana kenal dosa, pahala , syurga dan nerakalah beliau tidak mengendahkan pelbagai kutukan yang datang mengkritik hebat kepimpinan beliau. Kalaulah Pak Lah bersifat sebaliknya, Pak Lah boleh buat apa sahaja untuk menentang musuh-musuh politiknya hatta membongkar keburukan orang-orang UMNO munafik yang pura-pura setia kepada agama, bangsa dan negara walhal sebaliknya. Atas dasar ISLAM, Pak Lah tidak mungkin bertindak sebegitu. Persoalannya, selepas ini, apakah kita akan mendapat seorang PM yang berjiwa agama dan khatam al-Quran di kalangan ahli UMNO ? Pak Lah boleh baca Yassin tanpa buku, boleh juga jadi imam solat dan saya pernah menjadi makmumnya. PM seterusnya pula, bagaimana? Sangat singkat waktu Pak Lah menjadi PM. Biarlah...biarlah Pak Lah bersama Allah. Jika tiada manusia mampu menolongmu ketika turunmu, Allah pasti membantumu. Biar dia saja yang menelanjangi keburukan orang-orang yang berniat jahat padamu. Lepaskanlah tali harapmu pada manusia dan tambatkan keyakinanmu kepada Allah...

Jumaat, 7 November 2008



Lihat dan jawab ... ?

Rakyat N.5 Tandik, Sabah.

Khamis, 6 November 2008



Rumah ketua kampung Kg. Popok, Kota Marudu ' seperti reban kambing '. Kalau mereka berkata BN tidak baik apa jawanan kita ..? Mana jutawan-jutawan islam yang pemurah ...?



Kampung Popok laut hampir 100% penduduk beragama islam ( Bajau ) yang terpinggir dari pembangunan.
Abdullah, seorang mualaf yang mengisahkan perjalanannya memeluk Islam.
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...


Baca dan Renungkanlah. ...Kisah Farhan b.
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat.

Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!! Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya mata pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu).... "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan- kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat iaitu:-
1. Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
2. Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
3. konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz ituke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau.... " Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan, "Cikgu Islamkan saya........ ." Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.

Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu! Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu. 6 tahun saya di PERKIM, Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun.

Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja! Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam! Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa Agungnya kekuasaanMu. ...Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.Kini saya pendakwah bebas.

Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!! Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..pura-pura ....dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!! Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah!!!
Kulat: Anda nilaikanlah sendiri, keimanan yang dimiliki oleh seorang Mualaf, lebih teguhnya dari seorang Islam yang sejak ianya dilahirkan Islam dan mengaku Islam . Wallahualam.

Ahad, 2 November 2008


Rumah En. Botong@ Abdullah Kampung Salimandut, tandik. Antara rumah yang di jadikan ' Hotel ' ketika dakwah di Kota Marudu, Pitas dan Kudat sejak 2004 - 2008. Terima kasih kepada keluarga ini.





ARKIB : 08/11/2007

Kisah tiga bersaudara memeluk Islam

Oleh: SHARILFUDDIN SAARI

“Sebelum Islam, saya adalah seorang yang amat menggemari montaku (sejenis arak buatan tempatan), pernah satu ketika selama seminggu berterusan saya mabuk.

“Namun selepas mendapat hidayah Islam, semua itu telah saya tinggalkan apatah lagi menyedari ia tidak baik untuk kesihatan,” kata Sabli Ambang, 40.

Sabli adalah penduduk Kampung Mosolog, Tandek dalam daerah Kota Marudu, Sabah yang terkenal dengan penduduk berketurunan Dusun.

Cerita Sabli, beliau bukan sahaja kuat minum arak tetapi juga merupakan pengedar minuman tersebut di kampungnya.

“Kalau sesiapa yang hendak mencari minuman keras, mereka akan mendapatkannya daripada saya,” katanya tersenyum.

Sikapnya suka kepada hiburan itu amat berlainan berbanding 10 adik-beradik yang terlebih dahulu memeluk Islam termasuk ibu bapanya.

Malah suatu ketika beliau pernah bertengkar dengan adik-beradiknya apabila mereka cuba membawanya memasuki agama Islam.

Baginya soal agama adalah hak peribadinya dan tiada sesiapa yang berhak masuk campur dan menentukan hal tersebut.

Namun, setelah berkahwin pada usia 25 tahun, beliau mula mencari-cari agama yang sesuai dengan naluri dirinya.

“Cakaplah apa sahaja agama dalam Kristian yang saya tidak pernah masuk, SDA, RC, True Jesus, SIB dan sebagainya termasuklah Buddha.

“Selama dua tahun itu saya mencari-cari agama yang sesuai tetapi tidak berjumpa,” ujarnya.

Sehinggalah suatu ketika ketika pulang ke rumah, semasa menaiki tangga beliau dipatuk oleh seekor ular.

Selepas dua minit seluruh bahagian badannya menjadi kebas dan terasa sakit sehingga terpaksa merangkak ke dalam rumah.

Isterinya yang menyedari perkara itu kemudian memanggil bomoh kampung bagi tujuan mengubatinya tetapi semuanya gagal.

“Sehinggalah abang saya yang bertugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) datang dan memberi minum segelas air yang dibaca surah al-Fatihah dan ayat Kursi.

“Ajaibnya, dalam tempoh lima minit sahaja badan saya kembali pulih dan tanda dipatuk ular juga hilang,” ceritanya yang kemudian mengambil keputusan memeluk Islam.

Bagi sepupunya pula, Mahathir Sulaiman, 50, beliau mendapat hidayah setelah mengalami mimpi pada suatu pagi di dalam bulan puasa.

Pada masa itu, beliau masih tercari-cari agama yang sesuai dengan dirinya ekoran penceraian ibu bapanya.

Berikutan itu, bapanya kembali kepada agama asalnya iaitu Kristian sementara ibunya kekal dengan Islam.

Mahathir kemudian berkahwin dengan seorang yang beragama Kristian dan memiliki lima cahaya mata.

Ceritanya, dalam mimpi itu, beliau didatangi oleh satu lembaga berbaju dan berserban putih dari arah sebuah bukit di satu kawasan lapang.

Semasa menghampiri dirinya, tiba-tiba kawasan itu bercahaya lantas beliau terdengar bunyi azan dari arah bukit.

“Saya terbangun dari tidur dan terus memikirkan perkara itu. Hati saya semakin kuat menerima Islam dan mengambil keputusan memeluknya,” katanya.

Namun keputusannya mendapat tentangan daripada isterinya yang enggan menurut jejak langkahnya sehinggalah setahun selepas itu, barulah isterinya mendapat hidayah.

Abd. Shukor Abdullah, 32, yang merupakan anak saudara kepada Sabli dan Mahathir pula mempunyai cerita tersendiri.

Beliau melalui pengalaman anak bongsunya yang baru lahir tetapi sentiasa menangis dan sakit-sakit sehinggalah dia mendapatkan bantuan kedua-dua pakciknya itu.

“Setelah mereka berdoa dan membaca surah-surah tertentu di rumah, anehnya anak saya tidak lagi menangis.

“Saya dan isteri kemudian perlahan-lahan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam,” katanya yang baru sebulan menganut agama suci it
ARKIB : 27/09/2008 ( Utusan Malaysia )
Salur maklumat kemiskinan

Oleh ZULHISHAM ISHAK

KOTA MARUDU 26 Sept. - Pegawai Kemajuan Rakyat (PKR) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini diminta memainkan peranan proaktif dan berkesan dalam menyalur maklumat kepada kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Anita Baranting berkata, mereka sepatutnya menyediakan laporan yang tepat mengenai semua masalah yang timbul supaya dapat diambil tindakan.

"Mereka perlu turun padang melihat dan mencatat masalah sebenar penduduk, laporan mesti lengkap dengan gambar supaya kerajaan dapat ketahui keadaan yang sebenar.

"Kita tidak mahu mereka yang sepatutnya dibantu tetapi tercicir daripada menerima bantuan kerajaan. PKR, JKKK dan ketua kampung perlu memainkan peranan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas penderitaan hidup orang kurang upaya, Jaibal Enjab, 68, di Kampung Salimandut, di sini yang hidup di sebuah pondok usang dalam keadaan serba daif selama 17 tahun.

Jaibal tinggal di situ hampir dua dekad dan nasibnya tidak pernah dihiraukan oleh PKR atau JKKK kawasan itu sehingga Utusan Malaysia membuat pendedahan nasib warga emas itu, Rabu lalu.

Berikutan pendedahan itu, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, kelmarin berjanji akan membina sebuah rumah untuk Jaibal dan anaknya, George, 17, di Kampung Rasak atau di kampung berdekatan di sini.

Anita berkata, jumlah kemiskinan di daerah ini masih tinggi dan jika PKR atau JKKK tidak memainkan peranan dengan berkesan, nasib mereka yang miskin tidak akan terbela.

"Mengikut perangkaan dari Januari hingga Jun lalu, jumlah mereka yang miskin tegar di Kota Marudu adalah seramai 740 orang dan di Tandek pula 596 orang tidak termasuk mereka yang miskin biasa," katanya.

Katanya, pembasmian kemiskinan perlu dilakukan segera bagi mencapai tahap kemiskinan tegar 2010 seperti mana hala tuju yang telah ditetapkan kerajaan negeri dan Pusat.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kota Marudu, Lovita Koison berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan semua PKR atau JKKK di sini bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Melalui mesyuarat itu juga katanya, pihaknya akan mengenal pasti penduduk yang layak menerima bantuan supaya tidak ada lagi mereka yang terlepas pandang.

Sabtu, 1 November 2008



JALAN-JALAN DAKWAH



















" Daerah semporna kaya dengan alam semula jadi. Bagi pencinta alam segala terumbu karang yang ada dalam lautan membiru mereka terokai untuk mendapatkan kepuasan. Namun bagi yang datang ke tempat ini sebagai peniaga, di sini bukan tempatnya mereka menjadi kaya-raya. Orang-orang berjiwa sufi mungkin sesuai berada di sini kerana, hati mereka akan terhibur dengan bicara alam yang senantiasa berbisik ke cuping telinga berbicara tentang kebesaran Allah. Tempat ini adalah antara kawasan yang sering kami kunjungi untuk program dakwah"


ARKIB : 30/10/2008 ( Utusan Malaysia )

Memahami kejadian alam

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS

ILMU daripada Allah terkandung berjuta hikmah. Penerokaan ilmu yang tidak terbatas melalui akal yang terbatas menuntut keyakinan besar kepada kebesaran Allah. Contohnya, sesuatu yang tidak diketahui atau terfikir oleh akal tidak semestinya bermakna ia juga tidak ada.

Sehubungan itu, keyakinan manusia bahawa Allah itu Maha Perkasa telah mampu memberikan asas iman yang kukuh dalam diri manusia.

Segala usaha manusia untuk mengetahui kebesaran Allah melalui alat tidaklah salah kerana al-Quran telah memberikan asas yang boleh menjadi pedoman untuk manusia. Manakala, penerokaan mengenai langit alam seperti langit dan bumi hanya boleh dilakukan melalui alat atau teknologi.

Surah al-Alaq memberikan asas ilmu, sains dan teknologi yang amat nyata kepada umat Islam. Ayat ke 3-5 memberikan pedoman mengenai pentingnya ‘kalam’ iaitu alat atau teknologi yang merintis penerokaan ilmu. Ia merupakan alat dan teknologi bagi mengetahui sedikit mengenai rahsia kebesaran Allah. Kebesaran Allah terlihat pada daya cipta-Nya terhadap alam ini.

Memahami Keterbatasan Manusia

Al-Quran telah menjelaskan bahwa alam ini telah ditundukkan Allah untuk keperluan manusia, agar manusia beribadat kepada Allah secara lebih sempurna: Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai. (Surah Ibrahim:32)

Penerokaan terhadap alam bumi dan alam angkasa lepas memberikan manusia ilmu dan maklumat. Daripada ilmu dan maklumat menjadikan manusia lebih rasional memahami makna alam dan kejadian. Inilah asas 'ulul albab' yang terdapat di dalam al-Quran dan pendekatan tadabbur yang mendorong manusia mengkaji, berfikir, menyelidik dan akhirnya mendidik mereka menjadi orang-orang yang bertakwa. Surah Ali Imran ayat 190 misalnya menyebutkan bahawa hikmah kejadian penciptaan langit dan bumi serta putaran siang dan malam terhadap orang-orang yang berakal dan berfikir.

Allah juga memberikan asas pedoman kepada manusia supaya sentiasa mengkaji dan berfikir tentang kejadian alam. Namun begitu, seringkali al-Quran mengingatkan manusia bahawa manusia adalah bahagian kecil dari alam yang sangat luas ini dan manusia perlu selalu melihat dan mengamati alam tersebut untuk mengetahui rahsia-rahsia yang tersimpan di dalamnya.

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Al Mukmin : 57)

Alam ini terlalu luas untuk dikaji dan keupayaan manusia mengkaji alam amatlah terbatas. Keterbatasan itu memadai untuk manusia memahami makna hidup dan kehidupan.

Kehidupan akan lebih bermakna sekiranya pedoman agama dijadikan landasan. Sekiranya manusia memberi fokus kepada aspek fizik semata-mata maka manusia akan hanya terdorong untuk mengkaji fenomena dan bukan hikmah fenomena tersebut.

Justeru penerokaan sains dan penghasilan teknologi tidak saja memberi manfaat kepada manusia tetapi melahirkan kebimbangan terhadap nasib manusia.

Hubungan antara manusia dengan alam sentiasa berubah, seiring perkembangan teknologi, informasi, dan industrialisasi. Perang Dunia Pertama dan Kedua memperlihatkan bagaimana bumi dan manusia dirosakkan oleh keserakahan kuasa-kuasa yang menguasai teknologi terhadap kuasa yang belum menguasai teknologi.

Manusia kadangkala telah kehilangan kearifan pada alam dan lingkungannya. Dengan makin berkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi, perlu kita akui secara jujur bahwa atas nama "penalaran dan logik", secara sedar atau tidak, kita telah mengikis budaya warisan luhur dalam memahami alam dan lingkungannya. Teknologi digunakan untuk menakluk dan merosakkan alam. Manusia tidak lagi bergantung pada alam, namun malahan menguasai alam dengan dilandasi keserakahan.

Sekarang ini kuasa besar menggunakan justifikasi yang menolak peradaban manusia lalu menggunakan teknologi persenjataan yang canggih untuk menghancurkan sesebuah negara atau sekelompok manusia yang dibenci supaya melutut kepadanya. Keadaan ini membuktikan bagaimana nilai-nilai kemanusiaan dan etika sudah tidak lagi jadi pertimbangan.

Oleh itu, amat penting bagi seorang remaja untuk memahami bahawa tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini mempunyai had dan batasnya tersendiri. Kejadian alam yang sempurna yang telah diciptakan untuk manusia dan isinya ini adalah untuk dinikmati secara adil dan saksama agar manusia sentiasa menjadi orang-orang yang bersyukur.

Dalam surah Ibrahim ayat 34, Allah menjelaskan tentang golongan yang telah diberikan nikmat dan kemudiannya tidak bersyukur atas pemberian Tuhan: Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).

Justeru, sebagai remaja Islam, kita seharusnya berusaha untuk meningkatkan ilmu dan membangunkan potensi diri seiring dengan syariat Islam.

Membangunkan keupayaan fizikal semata-mata tanpa diiringi dengan kesedaran tentang tanggungjawab terhadap diri sendiri dan umat menjadikan manusia bersikap individualistik dan boleh diibaratkan sebagai pohon yang rendang tetapi beracun dan berbahaya untuk dimakan.

Kesimpulan

Kesempurnaan kejadian alam ini seharusnya menjadi titik tolak kepada kebenaran. Ilmu di dunia pada pandangannya hanya ilmu pada tahap awal. Sesuatu yang hanya sedikit, yang didapati dalam upaya pengembaraan yang terbatas menyebabkan jawapan terhadap alam dan hakikat kejadian juga terbatas.

Di sinilah perlunya keimanan kepada yang Maha Pencipta kerana darinya yang Maha Mengetahui dan mengaturkan alam yang tidak terbatas ini. Keyakinan tentang adanya Pencipta dan Pengatur alam ini menjadikan manusia terpedoman dalam memahami hidup dan kehidupan.