Rasulullah Saw, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )
Pengikut
"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)
Khamis, 30 Oktober 2008
Jam 3.25 ptg tadi ibu mertua saya bergegas ke hospital Ranau apabila menerima pangilan telefon dari pihak hospital memberitahu adiknya sedang nazak. Selang beberapa minit, dia menelefon isteriku dan memberitahu adiknya itu telah pergi selamanya. Saya diam seketika melayani fikiran lalu mengetuk diri dengan kata-kata ‘ kalau kau yang mati selepas ini apakah amal kau cukup untuk berhadapan dengan Tuhan-Mu ? Ya Allah, pastinya Nerakalah tempatku, dalam usia petang yang hanya menanti berlabuhnya tirai mentari. Inilah umpamanya aku. Bila-bila akan mati seperti paman isteriku pangkat bapa mertuaku. Tubuhnya terkujur di selimuti kain putih tika ini. Bak kata Sanguru tentang mati dalam tulisan blognya. Beliau mengambil petikan senikata lagu bertajuk ‘Selimut Putih’. Benarlah setiap muslim lelaki atau perempuan pasti diselimuti kain putih ketika mati. Selepas solat Asar saya dan isteri bergegas ke rumah Allahyaraham Jupilep@Zulkifli di kampung Paka tidak jauh dari kampung Matan. Sesampainya kami di rumah Allahyaraham, ahli keluarga sudah mula sampai seorang demi seorang dengan muka suram dan muram, Inilah tabiat manusia apabila berlaku kematian, masing-masing yang datang dengan muka yang sedih simpati. Namun, selepas sehari dua, muka kesedihan pasti akan bertukar cerah seperti tidak berlakuapa-apa… Sudah lupa diri. Sepanjang berada di sisi jenazah, hati bagai dipukul bertubi-tubi. Ditarbiah dengan pertanyaan dan jawaban tentang mati. Kau juga akan mati, kau juga akan masuk lubang lahad, kau juga akan ditanya oleh Allah tentang amalan sepanjang usia … Air mata hati benar-benar mengalir penuh pengharapan agar rahmat keampunan-Nya darinya untukku diberi ketika giliranku pulak. Petang ini, hati ku benar-benar teruji . yang Sepatutnya, aku bergegas pulang ke Kota Marudu untuk melihat ibu ku yang sudah tua, juga terlantar di hospital Lotong . Bulan ini sahaja ibu ku suda 3 kali masuk wad, ditambah air, dicucuk jarum sana sini. Mujurlah adikku yang belum berkahwin masih sabar menjaganya .. Ya Allah, aku pasrah dengan ujian ini. Sejak 5 bulan kebelakangan ini saya sudah kerap kali tidak bersama-sama dengan ustaz Hj. Abdul Halim mengelilingi Sabah untuk program dakwah. Sebelum ini, kami bertigalah ke hulu ke hilir mengadakan program dakwah. Aku hanya mampu berhubung dengan rakan-rakan seperjuangan agar terus berada di barisan perjuangan.
Aku beri tahu isteriku dan anakku nanti petang esok saja balik ke kampung Salimandut.
Malam ini kami baca Yasin untuk arwah ikut adat yang tidak wajib tapi bagi mereka yang jahil Yasin dan kemenyan berasap di sisi Si mati seperti wajib. Kata guruku ketika kami berdakwah di kampung Indarason laut kudat ‘ al-quran bukan untuk Si mati tapi al-Quran untuk yang masih hidup , dibaca dan diamal .. Apalah ertinya Yasin pada Si mati sedangkan dia sudah putus amalnya, yang ada perhitungan di sisi Allah meskipun baik dan tidak berdosa. Kita yang hidup inilah sepatutnya berbuat banyak amal soleh untuk di bawa pulang ke sisi Allah. Sebelum saya noktahkan catatan ini marilah kita sama-sama bertanya pada diri masing-masing. Sudahkah kita lakukan solat dengan sempurna ? puasa kita ? zakat kita? haji kita? dan segala langkah kita, adakah ke arah kebaikan … ? ESOK UNTUK SIAPA …. Aku, kau, pasti menemui mati…
4 ulasan:
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
BalasPadamMudah-mudahan kita mati dalam keadaan beriman, bertaubat dan membawa amalan yang baik-baik. Amin..
Salam. Semoga emak kita cepat sembuh saya doakan. Takziah kepada keluarga, redha kepada ketentuan tuhan.
BalasPadamKita sebagai hamba redha dengan ketentuan Allah. Nyawa dan segalanya hanya dipinjamkan kepada kita, tiba saat yang ditentukan pasti Dia akan mengambilnya semula.Terima kasih atas ingatan dan doa kalian.
BalasPadamSaya sekeluarga mengucapkan takziah kepada saudara sekelurga. Salam
BalasPadam