Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Ahad, 12 Oktober 2008

KETABAHAN SEORANG MUALAF



KOTA MARUDU 29 Sept. – Ketabahan seorang mualaf, Abd. Mutalib Abdullah, 51, dari Kampung Parung dekat sini, memimpin keluarga, saudara dan jiran-jirannya berpuasa meskipun hidup serba daif, wajar dicontohi umat Islam lain.
Beliau yang merupakan imam dan pengerusi surau kampung tersebut, berbuka puasa secara ala kadar dan pada hari tertentu hanya memetik sayur di hutan bagi me- ngalas perut.
Abd. Mutalib atau nama asalnya Jualis Sakaban yang berketurunan Dusun, bagaimanapun tidak pernah mengeluh dengan keadaan itu kerana nikmat yang lebih penting baginya adalah hikmah bergelar muslim.
“Bagi kami sekeluarga dan penduduk kampung ini, makan apa pun semasa berbuka tidak penting kerana kami adalah masyarakat petani yang biasa hidup susah.
“Nikmat menjalani ibadah puasa adalah segala-galanya, biarpun kami hidup dalam keadaan miskin serba serbi, tetapi kami yakin Allah tidak melihat itu semua,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau memberitahu, mereka sekeluarga menumpang di tanah adat kampung itu dan rumah tersebut dibuat sendiri olehnya dengan berlantai dan berdindingkan buloh serta beratapkan rumbia.
Katanya, setiap kali hujan mereka akan berteduh di satu sudut rumah tersebut dan pada musim banjir pula, beliau yang tinggal bersama isteri dan ibunya akan naik ke tingkas atas.
“Rumah ini tidak mempunyai bekalan air atau elektrik, sumber air diperoleh melalui Sungai Kinarum yang tidak jauh dari rumah kami,’’ katanya yang mendapat hidayah pada tahun 2004.
Menurut Abd. Mutalib yang asalnya tidak mempunyai pegangan agama serta hanya mengamal kepercayaan pagan dan kemudiannya menganuti pelbagai agama sebelum memeluk Islam.
“Saya tidak pernah menemui kebenaran atau keyakinan dalam semua agama yang pernah diikuti, namakan apa sahaja agama di negara ini semuanya sudah saya anuti.
“Tetapi apabila mengkaji Islam, saya seolah-olah menemui apa yang dicari-cari selama ini iaitu kebenaran hakiki,’’ katanya yang sudah mengislamkan lebih 160 orang di daerah ini.
Beliau yang juga bergelar ustaz dan menerima gaji sebanyak RM320 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah, kini mengajar asas agama selain turut berdakwah di pedalaman daerah ini.
“Setiap Sabtu saya juga akan mengajar kira-kira 300 saudara baru secara sukarela di Masjid At Taqwa di Kota Marudu bagi memantapkan iman dan kefahaman mereka tentang Islam,’’ katanya.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi