Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumaat, 6 Disember 2013

Longgokan Pemikiran


Saya bukan pakar dalam banyak hal. Tapi, saya punya pemikiran yang boleh membantu. Saya percaya, di luar sana terlalu ramai lagi manusia seperti saya. Hanyasaja pemikiran mereka tidak dapat dimanfaatkan kerana tidak punya ruang dan peluang untuk mereka menghujah seterusnya menghidang pemikiran yang ada. Kalau sesebuah daerah, negeri atau negara mahu menjadi no. 1, kita perlu berani mewujudkan 1 jabatan yang menjadi pusat longgokan pemikiran pelbagai bidang. Pusat ini dibuka seluasnya tanpa syarat, pun masih terikat dengan peraturan tertentu.

Khamis, 7 November 2013

Isnin, 9 September 2013

Rumah Transit Mualaf Sabah


Bismillaah hirrohmaanir rohiim. PPIS dengan ini melancarkan pembinaan sebuah surau di RTMS berukuran 30 x 40 kaki. 100% binaan daripada batu sungai. Muslimin muslimat bolehlah menempah bermula sekarang, LOT SAHAM AKHIRAT bernilai RM10 setiap lot, menerusi akaun Bank Islam (PPIS).

AKAUN BANK ( BANK ISLAM ) | PERSATUAN PENDAKWAH ISLAM SABAH 10-016-02-096785-6

Persatuan Pendakwah Islam Sabah ( J-2-4 ) Lot J4-2 2/F Blok J Lorong Sierra 2/3A Bandar Sierra, Apartment PH 3A1, 88450, Kota Kinabalu. Tel; 019-8827449

Jumaat, 16 Ogos 2013

SOLAT HAJAT

Mohon kepada seluruh umat Islam agar mengadakan solat hajat khas untuk umat Islam di Mesir yang kini mengalami tekanan daripada pihak pengganas dan pembunuh laknatullah. Sesungguhnya mangsa2 itu adalah saudara kita.












Sumber Gambar; Mesir Kini

Sabtu, 1 Jun 2013

GAMBAR HAJI ZAMAN DULU




 Bercukur Setelah Melempar th 1960
 Airport Jeddah th 1960
 Pemandangan Wukuf di Padang Arafah tg 1960
Sholat Jamaah di Halaman Luar Ka’bah th 1960
 Melempar Batu (Jumrah Aqobah) th 1960
 Wukuf di Padang Arafah th 1960
 Perbatasan Kota Makkah th 1960
 Sholat berjamaah di Muka Haram th 1960
 Pemandangan Ka’bah th 1960
 Toaf th 1960
http://suaramualaf.com/

Selasa, 23 April 2013

Selasa, 2 April 2013

Video peperangan mujahidin merebut gudang senjata terbesar di Aleppo


ALEPPO (Arrahmah.com) – Yayasan Media Syam al-Malahim, sayap media milik kelompok Majlis Syura Mujahidin Suriah, akhirnya merilis video operasi peperangan “bergembiralah wahai Aleppo” pada (24/3/2013). Video tersebut mendokumentasikan pengepungan selama lebih dari tiga bulan terhadap Brigade Khan Tauman dan gudang senjata terbesar di propinsi Aleppo.
Pengepungan ketat selama lebih dari tiga bulan itu diwarnai oleh peperangan-peperangan sengit dan operasi militer skala besar oleh aliansi mujahidin Islam Suriah, sehingga berakhir dengan penguasaan sepenuhnya terhadap Brigade Khan Tauman dan gudang senjata terbesar di Aleppo pada Jum’at (15/3/2013).
Mujahidin meraih kendaraan militer, persenjataan dan amunisi beragam jenis dalam jumlah yang sangat besar dari Brigade Khan Tauman dan gudang senjata terbesar yang mereka rebut. Pasukan Nushairiyah rezim Suriah mengalami kekalahan telak dalam pertempuran tersebut. Banyak tentara Nushairiyah yang tewas dan luka-luka, sisanya melarikan diri dengan meninggalkan kendaraan militer, persenjataan dan amunisi dalam gudang senjata.
Mujahidin Jabhah Nushrah sebagai salah satu kelompok mujahidin yang memiliki andil besar dalam operasi jihad yang sukses tersebut telah mengeluarkan penjelasan no. 274 pada hari Senin (18/3/2013) terkait kronologi pengepungan dan pertempuran tersebut. Adapun video pertama yang mendokumentasikan kronologi pengepungan dan pertempuran tersebut dirilis oleh Majlis Syura Mujahidin Suriah, melalui video ini, sebagai salah satu kelompok mujahidin Islam yang juga terlibat aktif dalam operasi jihad yang sukses ini.

Ahad, 31 Mac 2013

Program Syahadah Satu Keluarga



Alhamdulillah, satu lagi keluarga telah bersyahadah di Kampung Boribi, Kanibongan, Pitas pada pagi Jumaat 29 Mac 2013. Terkini, di kampung ini sudah 13 orang saudara kita yang kembali kepada agama fitrah. 5 orang remaja dari kampung ini juga telah kita hantar ke kelas pengajian pondok di bawah pengurusan Puan Rosnani Untol. Sebuah surau juga akan dibangunkan di satu kawasan kampung ini dan telahpun dikenalpasti tempatnya. Pembinaan akan dimulakan awal April 2013 secara gotong-royong. Biaya pembinaan adalah adalah hasil sumbangan seorang hamba Allah dari Shah Alam, Kuala Lumpur. Pemantauan kerja binaan akan dibuat oleh Persatuan Pendakwah Islam Sabah dan Persatuan Prihatin Sahabat Sabah agar pembinaan berjalan lancar mengikut amanah yang diberikan oleh penyumbang pemurah itu.

Khamis, 28 Mac 2013

Program Syahadah



Kepada muslimin dan muslimat yang ingin melabur saham akhirat bolehlah bersama-sama dengan PPIS pada Jumaat ini , 29 Mac 2013 ke Kampung Beribi, Kanibongan, Pitas dalam program syahadah satu keluarga ( 5 orang ) serta ziarah saudara-saudara baru. Apa saja bentuk sumbangan yang difikirkan sesuai, bolehlah anda sampaikan sendiri waktu itu. Sejak 13 Februari sehingga kini, sudah 10 orang yang bersyahadah di kampung ini sementara 5 orang remaja dalam kalangan mereka telah kita hantar ke semenanjung untuk mendalami Islam.

http://www.facebook.com/pendakwahsabah