Rasulullah Saw, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )
Pengikut
"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)
Khamis, 28 April 2011
Perlantikan
Selasa, 26 April 2011
CAHAYAFM CIPTA SEJARAH RADIO ONLINE BERTAPAK DI JERMAN ( Akhbar New Sabah Times 26 April 2011 )
Tahun 2011 bukan hanya bakal menyaksikan ulang tahun pertama kelahiran Cahayafm berada di atas talian pendengar seluruh dunia bahkan, tahun ini juga menjadikan detik sejarahnya disifatkan sebagai kejayaan besar dunia maya Islam negeri Sabah apabila muncul deejay2 bertenaga dari serata Sabah dan luar negara berganding bahu mengaktifkan siaran Cahayafm. Terkini, Deejay Najeebah dari Berlin, German menyertai Cahayafm.
Menurut penerbitnya Nazri Abdullah atau lebih dikenali Aldusuni, kekangan yang dihadapi dalam mengemudi Cahayafm, siaran berunsur dakwah maya menerusi talian ini bukanlah pematah semangat juang. Beliau yang ditemui baru-baru ini dalam program rakaman bersama KKFM di 91.1khz, Bukan Sekadar Muzikjuga merupakan Timbalan Pengerusi Konsortium Radio Online Sabah ( KROS ) dan Penulis Blog Suara Mualaf Sabah. Dalam kenyataannya, beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memberi peluang kepada radio-radio online di Malaysia khususnya Sabah untuk membuat liputan program-program anjuran kerajaan, swasta dan badan2 NGO sesuai dengan konsep radio online masing-masing. Kata beliau lagi, walaupun hanya berbekalkan laptop, talian dan mic ketika bersiaran, peranannya tidak harus dilihat kecil . Malah, kelebihan radio online terserlah kerana siarannya merentasi sempadan dunia dan jika diberi tempat serta sokongan sewajarnya, sudah pasti segala informasi dalam dan luar negara dapat didengar oleh sesiapa sahaja yang melayari internet sekali gus bakal memberi keuntungan kepada negara.
Tambah beliau, Cahayafm yang turut dikenali sebagai radio online islamik pertama di Sabah, baru-baru ini telah mengambil langkah derastik dalam siarannya dengan menyahaktifkan lagu-lagu dan iklan-iklan dalam sistem auto serta digantikan dengan bacaan al-Quraan. Pendengar kini boleh mengikuti bacaan Quraan dengan tafsir Bahasa Melayu sepanjang ketiadaan deejay. Perubahan dalam siaran auto ini dibuat selepas mengambil kira keperluan umat Islam terhadap tafsir Quraan yang masih ramai kurang memahami bacaan Quran dalam Bahasa Arab itu sendiri. Diharapkan dengan adanya siaran ini, bacaan Quraan sedikit sebanyak mampu difahami dan dihayati oleh para pendengar. Bagaimanapun, segmen hiburan mendidik jiwa masih terus kekal bersama deejay2 setiap kali mereka ke udara. Begitu juga segmen permintaan lagu pilihan pendengar. Justeru mengambil kira kepelbagaian latar pendengar, Cahayafm turut mengadakan satu segmen iaitu Zon Bebas Fikir yang dikendalikan sendiri penerbitnya , Nazri. Segmen ini memutarkan pelbagai genre lagu berunsur ketuhanan, nasihat, lagu-lagu rakyat malah lagu-lagu pop yang sesuai serta tidak keterlaluan untuk pendengar yang inginkan genre muzik seperti itu. Segmen ini disisipi info-info berita semasa bersumberkan petikan akhbar beserta ulasan.
Antara deejay-deejay Cahayafm terkini; Nurhayati Musa, Jalifah Azlizah Azlan, Pilie PSG, Mohd Khamis, Fredolley Azizi Lining, Mohd Izhar Saibin, Wufey PSG, Pak Ngah Junoh, Alhaqiem, Norlela Abdul, Din, Miftah, Farah, Ibadur Rahman dan Najeebah. Masing-masing mereka berada di Keningau, Ranau, Kota Kinabalu, Pahang, Rawang, Kuala Lumpur, Singapura dan Berlin German.
Ahad, 24 April 2011
Takziah Kepada Keluarga Sanguru
Sabtu, 16 April 2011
Al - Quran
Kepada pendengar Cahayafm yang tidak jemu2 memberi sokongan, sukacita kami maklumkan seperkara berkaitan Cahayafm. Ia penting serta berkaitan keputusan pihak Cahayafm setelah mengambil kira beberapa perkara demi dakwah maya serta harapan asal Cahayafm agar Islam terus berada di persada kemuliaan melebihi kemuliaan duniawi. Hasrat Cahayafm, agar apa juga segmen yang dikeudarakan adalah kerana dakwah. Walaupun banyak rintangan diterima namun, Cahayafm bangga kerana dalam waktu yang sama, kelompok pendengar dan ahli Cahayafm terus memberi sokongan padu.
Bermula 12.00 pagi 17 April 2011 ini, pihak Cahayafm tidak lagi memutarkan lagu2 nasyid, iklan dan sebagainya dalam sistem Auto Dj melainkan hanya bacaan Quran berserta tafsir dalam Bahasa Melayu. Keputusan ini merupakan keputusan pihak Cahayafm di samping sokongan pelbagai pihak yang telah memberi maklumbalas di 10 page berkaitan. Hasilnya, lebih banyak yang menyokong cadangan pihak Cahayafm untuk mengaktifkan bacaan Quran bertafsir tanpa mencampurkannya dengan lagu2 nasyid.
Diharapkan agar perubahan ini akan dapat membina jiwa dan minda kita agar terus dekat dengan peringatan2 Allah menerusi al-Quran. Konsep hiburan mendidik jiwa akan terus kita keudarakan menerusi deejay2 yang ke udara bersama pendengar dan segmen mereka . Auto Quran telah diset 30 juz.
Akhir sekali, mari kita aktifkan jiwa dan minda kita dengan kalamullah.
Jumaat, 15 April 2011
Suara Hati Bersama Cahayafm
1. Cahayafm.net | Murabbi. net | Ikhwan Muslimin
2. Cahaya.FM | Demi Masa
3. Komuniti Pendengar Cahayafm
SUARA HATI BERSAMA CAHAYAFM (SHBC) yang sedang menjalankan kempen kepada pendengar dan pembaca untuk menghasilkan karya puisi, madah dan gurindam serta bakal dibukukan kesemuanya sempena sambutan ulang tahun pertama Cahayafm ke 1 thn pada 25 Sept 2011 sedang mengintai pos2 menarik dan mendapat perhatian di 3 laman di atas. Pos2 ini bakal dijadikan sisipan dalam kumpulan karya tersebut sebagai penghargaan atas sokongan anda kepada Cahayafm. Walau bagaimanapun, hanya karya atau artikel asli yang akan dipilih untuk projek ini.
Bermula sekarang, anda semua dialu-alukan membuat pos menarik yang dapat menggamit pembaca mengulas, memberi maklumbalas atau seumpamanya agar tulisan anda menjadi sisipan dalam program SHBC. Kepada penulis2 muda yang berminat, teruskan menghantar karya anda. InsyaAllah, kami akan mengedit tulisan2 anda mengikut keperluan namun masih tetap menjadi milik anda. Semoga cara ini sedikit sebanyak membantu anda untuk terus berkarya.
Hantar karya anda di laman SUARA HATI BERSAMA CAHAYAFM.
http://www.facebook.com/pages/Suara-Hati-Bersama-C
Khamis, 14 April 2011
Suara Hati Bersama Cahayafm
Kami perlukan tulisan2 anda dalam bentuk yang telah ditentukan. Antara ciri buku Suara Hati Bersama Cahayafm; gambar setia penulis akan dijadikan latar karya2 anda di samping alamat web, blog dan facebook anda turut disertakan.
Jadikan realiti pengalaman anda di Cahayafm sebagai sejarah Cahayafm. Mungkin hari ini, ia tidak bermakna tetapi, siapa tahu esok ia amat berharga buat anda. Karya hendaklah asli dan belum diterbitkan di mana2 majalah, akhbar dan sebagainya.
Sama2 kita jadikan hasil2 karya dalam buku SHBC sebagai kenangan terindah dalam hidup kita di samping hadiah hari lahir ke 1 tahun Cahayafm pada 25hb Sept 2011. Semua muslimin dan muslimat dialu-alukan menyertai program ini.