Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Isnin, 13 Oktober 2008

SAUDARA BARU

Encik Masawat, mendapat hidayah dan memeluk Islam semasa Ramadhan baru-baru ini. Sebelum memeluk Islam beliau seorang Pagan (Animisme). Suku Dusun Pagan mempercayai Bobolian (dukun) mampu menyembuhkan segala jenis penyakit. Mereka juga menganggap Gunung Kinabalu sebagai tempat berhimpun semua roh yang telah berpisah dari jasad ( mati ) sementara menunggu masa dihantar ke Syurga.
Posted by Picasa

2 ulasan:

  1. assalammu a'laikum!!! alhamdulillah bagi yg dah menyambut seruan allah dan bagi yg belum insyaallah masa itu akan tiba yg penting usaha org islam utk mengembangkan sayap islam agar nur pancarannya menyelinap ke setiap pelusuk jiwa dan hati manusia yg belum mengenali allah..

    BalasPadam
  2. assalammu a'laikum..saya nak kongsi amalan bagi semua pihak terutama mereka yg bergelar mualaf.berusaha lah utk mendirikan solat fardu' dan belajar dan hafal surah lazim dan amal lah solat sunat setiap waktu dan solat sunat pagi jam 2.00 pagi kerana disana tersembunyi keberkatan dari allah insyaallah.apa yg mampu saya katakan tentang keberkatan itu hanyalah IA TERLALU INDAH!!!!cari lah insyaallah akan ditemui.harus di ingat jgn lupa lupa kena jaga makan maksud saya benda dan makan yg halal utk menyucikan diri kita dan ada baiknya berpuasa dan ibadah itu di iringi dgn keikhlasan seikhlas hati kerana allah untuk kita berterima kasih padanya(allah s.w.t)

    BalasPadam

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi