
Ada kes rakan-rakan bersuku Dusun yang pernah meluahkan rasa hati pada SMS bahawa sememangnya mereka tertarik dengan ajaran Islam namun keluarga menjadi penghalang mereka. Ada juga di kalangan mereka menyatakan hasil dari kajian mereka Islamlah agama yang benar tapi niat untuk menganunya terhalang kerana larangan-larangan memakan sesetengah makanan dan minuman yang sudah menjadi makanan mereka sejak dahulu. Selain dua alasan ini, masih ada seribu satu macam lagi halangan yang mereka jadikannya sebagai perbandingan Islam dengan anutan asal mereka yang akhirnya membantutkan niat mereka untuk menganut Islam.

Masih ingatkah kita bagaimana berlakunya pengislaman beramai-ramai di negeri Sabah? Individu-individu yang terlibat dengan proses awal pengislaman penduduk-penduduk di Sabah pasti terpahat kenangan-kenangan manis dan pahit di hati dan sanubari mereka. Menjadi suatu yang manis untuk mereka yang benar-benar terbuka hati menganut Islam sebagai pegangan mereka manakala bagi yang terpaksa atas dasar kepentingan politik, jawatan, pekerjaan dan tawaran projek sudah tentu merasainya sebagai suatu kenangan yang pahit . Dari sudut perjuangan politik tanahair, ternyata pengislaman besar-besaran ini amat berjaya di atas kertas kerja. Namun, adari satu sudut lain, ternyata ia sedikit sebanyak ia telah mengaibkan kemurnian Islam itu sendiri. SMS sering menyatakan pandangan ini kepada jabatan2 agama di Malaysia khususnya di Sabah dengan tujuan sejarah ini tidak terulang lagi. Tidak hairanlah jika didapati ramai penduduk Sabah khasnya orang Dusun yang namanya seakan akan orang Islam tapi sebaliknya mereka bukanlah penganut Islam. Inilah antara kesan program pengislaman besar-besaran yang dilakukan dahulu.

Di Kota Marudu, Kudat dan Matunggung beberapa mantan tokoh politik yang memeluk Islam di zaman Tun Mustafa dan Datuk Haris Salleh kini telah kembali kepada pegangan lama mereka.
Kehidupan berubah selepas peluk Islam
KOTA KINABALU 30 Dis. - "Kehidupan kami yang terumbang-ambing tanpa pedoman dan arah tuju membuatkan kami sekeluarga mengambil keputusan mengamalkan ajaran Islam 34 tahun lalu.
"Sejak itu, kehidupan kami berubah dan dapat membuang semua cara hidup lama yang bercanggah dengan ajaran Islam," kata penerima Anugerah Tokoh Pendakwah peringkat negeri Sabah, Dr. Yusuf @ Joseph Gimbad (gambar).
Yusuf, 46, yang berketurunan Dusun berkata, ibunya adalah ahli keluarga pertama mengajak mereka menghayati ajaran Islam setelah menyedari hanya Islam mengamalkan cara hidup paling sempurna.
Anak kelahiran Kampung Libang Laut, Tambunan itu berkata, sebelum ini, mereka telah pun memeluk Islam pada 1973 melalui proses pengislaman beramai-ramai tetapi tidak mengamalkan ajarannya.
Bagaimanapun Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Nambayan di Tambunan itu berkata, mereka sekali lagi mengucap dua kalimah syahadah setahun berikutnya dan kali ini memberi kesan yang mendalam.
"Ini kerana kami mengamalkan segala ajarannya tidak seperti sebelum ini," katanya kepada ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri 1430H/2008M di Dewan Saadah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah di sini semalam.
Menurut Yusuf yang mempunyai 15 adik-beradik, kegiatan dakwah mula dilakukan pada 1981 ketika menuntut di Universiti Malaya dan sehingga kini masih lagi menjalankan aktiviti itu.
Beliau berkata, antara cabaran utama yang dilalui untuk menyebarkan Islam ialah apabila terdapat pihak memberitahu dan menyebar maklumat yang salah mengenai agama itu.
Tujuannya, kata Yusuf, adalah bagi menghalang orang bukan Islam daripada memeluk agama tersebut dan pada masa yang sama supaya Islam sentiasa dipandang serong serta disifatkan hanya dianuti orang Melayu.
"Bagi memperbetulkan keadaan ini, saya menjelaskan melalui siri ceramah menggunakan bahasa Dusun untuk menerangkan bahawa Islam adalah agama universal untuk semua umat manusia," katanya.
Beliau bersyukur kerana melalui cara itu, persepsi terhadap Islam dapat diubah selain tidak melupakan peranan Radio Televisyen (RTM) Sabah yang turut berdakwah melalui siaran radio dengan menggunakan bahasa etniknya.
Semoga lebih banyak lagi umat manusia yang mendapat hidayah dari ALLAH SWT. Amin
BalasPadam