Rasulullah Saw, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )
Pengikut
"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)
Khamis, 23 Oktober 2008
BANTUAN BAIKI RUMAH PANJANG DIKAJI ( Utusan Malaysia 23. Okt 2008 )
KOTA MARUDU 22 Okt. - Pejabat Pembangunan Negeri Sabah akan membuat kajian terhadap keadaan sebenar rumah panjang di Kampung Salimandut, dekat sini, sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.
Timbalan Pengarahnya, Mohd. Yunus Charlie Charington berkata, kajian tersebut akan menentukan sama ada rumah itu perlu diroboh atau diberi rumah baru di kawasan lain.
"Pegawai daerah di sini akan membuat kajian mana yang paling sesuai untuk mereka sama ada membina rumah baru di tapak sedia ada atau berpindah ke kawasan lain yang lebih selesa.
"Selepas dikenal pasti mana yang lebih sesuai, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah akan salurkan peruntukan secara terus kepada pejabat daerah di sini," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.
Beliau diminta mengulas langkah kerajaan bagi mengatasi rumah panjang tersebut yang sudah rosak teruk dan penghuninya pula meminta supaya kerajaan berbuat sesuatu terhadap rumah itu.
Mohd. Yunus berkata demikian selepas melawat rumah itu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Tandek, Anita Baranting; Pegawai Daerah Kota Marudu, Lovita Koisun dan Penyelaras Program-Program Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah.
Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk mendirikan rumah baru di tapak lama itu dan setiap rumah akan dibina secara berasingan dengan kos setiap satu berjumlah RM44,000.
Katanya, langkah itu dilihat lebih sesuai tetapi pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan kerana perlukan pandangan beberapa pihak termasuk hasil kajian pejabat daerah.
"Rumah baru itu lebih besar dan selesa dengan disediakan tiga buah bilik, berbeza dengan rumah lama yang hanya satu bilik, tambahan pula sempit dan tidak selesa," katanya.
Pada masa sama, katanya, bagi mengeluarkan penghuni keluarga di rumah daripada belenggu kemiskinan, mereka akan disenarai sebagai ketua isi rumah termiskin (KIRT).
"Kemudian KIRT ini akan dimasukkan di bawah Program Pembangunan Pendapatan (PPP) dan melaluinya mereka akan dibantu memperoleh pendapatan yang lebih," katanya.
Sementara itu, Anita berharap, semua pihak akan memainkan peranan supaya proses pembinaan rumah baru akan cepat siap dan mereka tidak perlu lagi tinggal di situ dalam keadaan tidak selesa.
Katanya, beliau akan usahakan permintaan mereka yang lain seperti kemudahan asas melibatkan bekalan elektrik dan air bersih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi