Baba Yazid pendakwah bebas nusantara sedang berbincang dengan Cikgu Wahid berkaitan pembinaan pusat pengajian mualaf di tapak ini. Beliau sempat berziarah ke tempat ini pada awal Ramadhan 2008.
Sehingga kini, 3 buah pondok bambu telahpun siap. Gambar sebelah kanan di atas di cadangkan agar dibina sebuah surau untuk para pelajar dan orang-orang kampung yang tinggal berhampiran . Di kawasan bawah tapak cadangan pembinaan surau, pertemuan dua batang sungai dan lanskap semulajadi dapat dilihat. Keadaan sekitar sungai belum tercemar, menjelang malam, udara sejuk dan bunyi-bunyian unggas masih boleh dirasai dan didengar di sini. Bagaimanapun, kerja-kerja penanaman pokok-pokok bunga dan buah-buahan sedang giat diusahakan untuk mengukuhkan tebing sungai sebagai persiapan menghadapi banjir kelak.
PERJUANGAN ISLAM kini memerlukan teamwork bagi membangunkan taraf pendidikan di kalangan umat Islam di kawasan pedalaman, khususnya para mualaf di Sabah. Sebahagian mereka benar-benar ketinggalan malah tidak keterlaluan jika dikatakan buta Fardhu Ain. Kepada muslimin dan muslimat, kami mohon penglibatan anda untuk sama-sama membangunkan pusat pengajian dengan memberi sumbangan apa jua bentuk pemberian termasuklah alat-alat seperti tiang, papan, paku, simen hatta tenaga kerja mahupun wang ringgit. Untuk tujuan ini, anda bolehlah menghubungi kami di talian : 019-8028707 / 019-8827449 .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi