Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Khamis, 27 Ogos 2015

Pelaburan Dunia Akhirat



Assalamualaikum warahmatulloohi wabarokaatuh.

Kami di PPIS, selain menjalankan aktiviti kecil dakwah seperti yang kami paparkan, fokus utama kita kini adalah pendidikan, kerana dengan pendidikan sajalah kita boleh membantu dan mengubah persepsi kefahaman umum terhadap Islam. Justeru itu, kita cuba menghantar pelajar sebanyak mungkin ke pondok-pondok di Semenanjung dan kita sudah mula berbuat ke arah itu.
Begitu, mencapai matlamat tindakan-tindakan ini bukan semudah berangan-angan. Ia perlukan sokongan dan bantuan semua lapisan masyarakat Islam. Oleh itu, kami rayu sokongan dan bantuan agar program pendidikan yang kita sedang laksanakan bagi melahirkan pendakwah yang nanti boleh kita tempatkan di segenap pelusuk desa dan kampung-kampung di hutan belantara pedalaman Sabah, berjalan lancar sekali gus mencapai matlamat.

Ayuh kita tambah pelaburan akhirat kita kerana saham ini nilainya tidak akan pernah merudum sekalipun ringgit kita terus merudum.

Tel RTMS; 088 - 875431
Tel/WhatsApp; 019-8827449
Persatuan Pendakwah Islam Sabah
Peti surat 1283, 89309 Ranau, Sabah.
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 1001602096785-6