Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 28 Oktober 2008





Dakwah di Kg. Kabimbangan, Semporna Sabah. Untuk sampai ke kampung ini perahu menjadi pengangkutan dari Tanah Besar. Majoriti penduduknya bersuku Bajau. Pulau-pulau di sekitar semporna adalah antara pulau-pulau yang tercantik di Malaysia

ARKIB : 24/09/2008 - Utusan Malaysia

Kesusahan Jaibal mula dapat perhatian

Oleh ZULHISHAM ISHAK

KOTA MARUDU 23 Sept. - Penderitaan hidup orang kurang upaya (OKU), Jaibal Enjab, 68, yang hidup di sebuah pondok usang dalam keadaan serba daif selama 17 tahun di Kampung Salimandut di sini mendapat perhatian kerajaan negeri.
Berikutan laporan Utusan Malaysia pada 17 September lalu, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah akan membina sebuah rumah khas untuk Jaibal dan anaknya, George, 17, di Kampung Rasak atau di kampung berdekatan di sini.
Timbalan Pengarahnya, Mohd. Yunus Charlie Charington berkata, pejabat daerah di sini akan mengenal pasti kawasan sesuai dan rumah baru itu dijangka siap selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini.
"Proses mengenal pasti kawasan akan dilakukan secepat mungkin dan pembinaan rumah pula dijangka mengambil masa dua bulan sahaja. Bergantung kepada cepat atau lambat mendapat kawasan yang sesuai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan makanan dan sumbangan wang daripada Pejabat Pembangunan Negeri Sabah di pondok Jaibal, dekat sini hari ini.
Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri Tandek, Anita Baranting; Pegawai Daerah Kota Marudu, Lovita Koisun dan Penyelaras Program-program Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah.
Rabu lalu, Utusan Malaysia mendedahkan kesengsaraan dan penderitaan warga emas itu yang terpaksa tinggal di pondok berkenaan tanpa bekalan air, elektrik dan peralatan rumah serta dinding dan atap yang bocor.
Dua beranak itu hanya menerima bantuan sebanyak RM125 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bagi meneruskan hidup, George akan menangkap ikan dan memetik sayur di hutan untuk dijadikan lauk.
Mohd. Yunus berkata, selain bantuan rumah baru, pihaknya juga akan memberi sumbangan wang secara bulanan sebelum menyerapkan nama Jaibal dalam Program Pembangunan Pendapatan (PPP).
''Melalui PPP, kemahiran Jaibal akan dikenal pasti dan selepas itu kita bimbing dia melalui kursus supaya dapat berdikari dan beroleh pendapatan sendiri. Ini adalah program kerajaan untuk membantu mereka," katanya.
Sementara itu, Anita berkata, Jaibal akan dimasukkan dalam senarai ketua isi rumah termiskin (KIRT) bagi membolehkan dua beranak malang itu mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya.
"Saya kesal dengan keadaan ini, sebelum ini nama mereka tidak tersenarai dalam KIRT, ini adalah salah satu sebab mereka tidak menerima bantuan yang sepatutnya," katanya.
Jaibal yang mengalami kecacatan kaki sejak lahir pula berharap, pihak kerajaan akan mempercepat pembinaan rumah untuknya dan berterima kasih dengan segala bantuan.
Katanya, dia dan anaknya sudah terlalu lama menumpang di kawasan itu yang merupakan tanah milik kerajaan dan tidak sabar menantikan rumah baru itu yang dilihat akan menjadi detik perubahan hidupnya.
"Saya juga berharap sebuah bengkel membuat parang dapat dibina berdekatan rumah tersebut kerana saya mempunyai kemahiran membuat parang. Dengan kemahiran ini akan menjadi sumber pendapatan kami.
"Terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan dan media yang mendedahkan perkara ini kepada umum,'' katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi