Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Ahad, 13 Februari 2011

Khamis, 10 Februari 2011

Wali Hakim



Ikhwan Abdullah
minta pandangan kpda semua kwn2 ni,td dipjbt ada kelurga muallaf nak kahwin..satu klurga dah islam..yg jd muskil aku ni,kenapa lagi perlu dia wali hakim,sedangkan bapanya pun dah masuk islam juga..alasan pegawai perkahwinan ialah,kerana perkahwinan ibu bapanya dulu secara pagan.
 
Sumber; http://www.facebook.com/home.php?sk=group_189780361038717&ap=1

Isu ini bukan pertama kali berlaku di Sabah malah sudah berkali-kali . Isu seperti ini kebanyakannya terjadi di kalangan keluarga mualaf dan tidak berlaku dalam keluarga Islam asal. Persoalannya , manakah hukum/fatwa yang dijadikan sandaran kes seperti ini dan jika ada, mengapa ia tidak dihebahkan melalui saluran2 yang ada; melalui tv, radio atau mana2 media masa secara besar-besaran agar perkara ini jelas dan tidak membingungkan sesiapa. Mungkin ada pihak tidak setuju jika perkara ini dihebahkan secara umum atas alasan mengaibkan Islam. Jadi, mana satu yang mengaibkan Islam? Hukum dibelakangi atau diperjelaskan ? Pada saya, isu ini hanya ada dua hukum; HALAL DAN HARAM@ berdosa dan berpahala@ syurga dan neraka. 

Sepanjang pengetahuan kami ketika masuk Islam dulu , selepas mengucap kalimah penyaksian “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu utusanNya” segala dosa yang pernah kami lakukan akan diampunkan, bahkan kebaikan yang kami lakukan akan digandakan pahalanya kerana status ‘muallaf’. Jika dikaitkan dengan isu di atas, sudah pasti tidak sama dengan apa yg kami faham sebelumnya tentang Islam. Benar, akan berwali hakim jikalau, ibu bapa perempuan itu belum memeluk Islam, pun benar juga jika, datuknya juga masih kafir, atau adik-beradik lelakinya belum cukup umur ketika si perempuan memeluk Islam dan mahu bernikah.

Kami sebagai kelompok muslim yang baru menerima Islam sangat tertanya-tanya tentang isu ini sehingga bila kami tanyakan pada pihak jabatan agama setempat, mereka juga tidak dapat memberi penjelasan yang menyakinkan malainkan bertindak menghantar pasangan2 ini ke Mahkamah Syariah di Kota Kinabalu.

Isu ini turut berlaku pada keluarga saya dan saya turut terlibat mengendalikan isu ini. Akhirnya, pihak mahkamah keluarkan perintah bahawa bapa pasangan tersebut adalah wali atas perkahwinan mereka. Peliknya, pegawai agama di peringkat daerah, habis2an dengan keputusan mereka berwali hakim dan bertegas mereka tidak boleh meluluskan permohonan pasangan tersebut di peringkat ini. Bila sampai ke peringkat negeri, lain pula keputusan yang kami terima. Amat keliru dan agak menyukarkan pihak pengantin dan keluarga yang mahu membina masjid. Kenapa ketidakselarasan ini berlaku? Apakah ilmu jabatan agama di peringkat daerah berlainan dengan peringkat negeri ? Atau ilmu berkaitan keperluan masyarakat seperti ini mereka abai ? Duduknya mereka di kerusi jabatan agama diukur berdasarkan kelayakan dan kelulusan . Bukankah begitu? Isu seperti ini menjadikan pemikiran kebanyakan kami keliru dan ragu. Pelbagai perkara menerawang di fikiran memikirkan perkara ini , antaranya: Kenapa perlu memilih pegawai yang mengelirukan atau kurang cekap mengendalikan kes seperti ini, lebih2 lagi ia berkaitan dengan orang2 mualaf. Sepatutnya golongan mualaf tidak disukari .

Kami minta kenyataan sejelas-jelasnya berkaitan isu ini; Kenapa bapa pasangan ini hilang hak mewalikan perkahwinan mereka dan hanya hakim yang boleh menghalalkan perkahwinan mereka? Kepada para ilmuan Islam, tolong perjelaskan kepada kami isu dan kes ini. Yang mana satukah kebenaran dan mana silapnya? Ibu bapa dan anak2 sudah masuk Islam. Kemudian, anak perempuan mereka mahu berkahwin. Sepatutnya, bapa perempuan itulah yang jadi walinya. Namun, pihak jabatan agama daerah menolak dan menggugurkan hak perwalian bapa perempuan atas alasan perkahwinan mereka terdahulu berjalan secara Pagan/ bukan Islam.