Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Khamis, 16 Oktober 2008

PERANCANGAN DI SABAH



Di rumah Datuk Bung 2006 dalam program ' Road show dakwah ' bersama Nazrey Johani

SABAH adalah negeri yang bercelaru. Fikiran yang bercelaru, kehidupan pun bercelaru . Bercelaru kerana kejahilan yang merata; daripada pemimpin hinggalah kepada rakyatnya. Rakyat dibiar dalam kejahilan supaya mudah diperbodohkan dan dikuasai. Pemimpin-pemimpin bertukar-ganti kerana sering diguling oleh musuh yang bermacam-macam warna.Setiap golongan boleh diperalat oleh golongan lain. Maka setiap golongan mudah diperkotak-katikan. Agama hanya sebagai pegangan adat semata-mata, bukan perkara yang diperjuangkan. Perjuangan mereka adalah perjuangan untuk hidup. Mereka mahu hidup. Hidup semata-mata untuk hidup tanpa memikirkan apa yang akan berlaku selepas mati. Hidup mereka tidak sampai ke mana, perjuangan tidak sampai ke mana. Yang tokoh bukan sebenar-benar tokoh. Perancangan yang perlu dilaksanakan di Sabah:
1. Memberi ilmu dan tarbiah supaya lahir hamba-hamba Allah yang bertaqwa.
2. Mengadakan hubungan dengan segala lapisan masyarakat untuk mengubah fikiran mereka ke arah tauhid.
3. Menunjukkan kepada mereka suri teladan yang baik.
SIKAP PARA PENDAKWAH:
1. Bersabar menghadapi kelelahan mereka.
2. Sentiasa mencari akal agar cita-cita perjuangan tidak terkandas.

2 ulasan:

  1. lawanya blog ! Tahniah! Pencapaian yang sangat menarik !

    BalasPadam
  2. T.kasih ini semua hasil ilmu yang saudara beri pada saya.

    BalasPadam

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi