Kami sentiasa menanti para pendakwah datang ke kampung-kampung masyarakat Dusun. SMS bila-bila masa, bersedia 24 jam menjadi perantara masuk ke kampung-kampung Dusun di Sabah.

Masyarakat di sini tidak cerewet sangat soal makanan
Bagi mereka, yang penting halal. Kalau mau cuba, datanglah ke kampung ini.

Jamuan ringan turut dihidangkan.
Inilah air tangan Dusun Islam.

Jawatankuasa surau Kg. Salimandut. Dulu, kampung ini hanya ada 4 orang penganut Islam.
Sejarah pengislaman dimulai dengan allahyarham Sanusi bin Ondu ( Al-Fatihah ), semoga rahmat Allah mencucuri rohnya, Sdr. Mohd Shukri Majalin, puan Rostiah Tuyundo dan sdr. Mohd Nazri Abdullah. Kini, bilangan penganut Islam melebihi 200 orang, hasil dakwah dan perkahwinan.

Forum Ehwal Islam anjuran AJK surau Kampung Salimandut pada 5 Mac 2009. dari
kiri, ust. Baharudin ( Jheains Kota Marudu) , ust. Numan Abdullah, Ust. Mahadi Abdullah (satu-satunya penganut Islam dalam keluarganya), Ust. Zainal Aliuddin ( Pejabat Pendidikan Kota Marudu)

Kehadiran para jamaah dicatat dalam buku


Kaum ibu

Para pendakwah dialu-alukan datang ke kampung ini
untuk mencurah ilmu kepada mereka.

Meskipun sebutan dan bacaan mereka belum lurus,
bacaan Yasin tetap diadakan setiap malam khamis di samping belajar solat,Iqra dan Fardu Ain.
SMS merayu kepada seluruh umat Islam agar bersama-sama dalam Program Wakaf Buku-Buku Terpakai . Buku-buku ini diperlukan sebagai rujukan para mualaf di samping mewujudkan mini perpustakaan di surau-surau masyarakat Dusun Islam yang aktif dengan program. Kepada saudara-saudara yang ingin menyumbang buku-buku berkenaan, sila hantarkan ke alamat SMS seperti yang tercatat di ruangan sebelah kiri, atas. Surau Kampung Salimandut yang telah dinaiktaraf baru-baru ini hasil usaha SMS mendapatkan peruntukan langsung daripada Pak Lah merupakan perintis kepada pewujudan Mini Perpustakaan di surau Dusun Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi