Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Ahad, 26 September 2010

Terima Kasih



Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang datang bersama-sama memeriahkan rumah terbuka dan pelancaran Cahayafm tajaan Tuan Haji Saprin bin Karim dan keluarga. Dalam kesibukan mengurus persiapan sejak awal hingga akhir sudah pasti terdapat kekurangan dalam pelbagai hal terutama tidak dapat melayan sepenuhnya tetamu2  yang hadir , apa lagi beramah mesra, bertanya khabar dan sebagainya. Oleh itu, saya mewakili warga Cahayafm dan keluarga Tuan Haji Saprin bin Karim memohon berbanyak-banyak kemaafan  kepada semua  tetamu yang datang. Kepada rakan2 penyampai yang turut hadir, pihak media  massa dan jurufoto2 yang turut sama dalam program ini ucapan terima kasih yang tak terhingga saya tujukan  khusus untuk anda semua. Semoga anda diberikan balasan setimpal dari Allah SWT atas sokongan, kerjasama dan bantuan yang kalian hulurkan.


Rabu, 22 September 2010

Kami Tanya Anda Jawab

Semua pihak khususnya para pemimpin Islam tidak kira parti, badan2 NGO, orang2 perseorangan dalam semua peringkat jawatan atau di kalangan yang tidak berjawatan wajar memberi jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan. Apa jua jenis jawaban dari anda, bakal kami terima dengan hati terbuka. Namun, sebagai mualaf, selagi persoalan ini tidak dijawab mengikut fakta dan alasan2 yang manasabah, selagi itulah pihak kami tetap dalam keadaan tertanya-tanya dengan pelbagai andaian dan tidak mustahil jika sebilangan besar di kalangan kami terguris hati bilamana ada segelintir umat yang manganggap kami sebagai kelompok yang selalu mendatangkan masalah dalam dunia Islam.


Persoalannya, mengapa permintaan kami terhadap seorang senator tidak penting pada pandangan anda? Bukankah jelas ia kelihatan tidak penting pada umum kerana sejak merdeka hingga kini, belum pernah dalam pengetahuan kami seorang senator khas untuk kelompok mualaf dilantik sebagaimana kelompok OKU, artis, orang asli dan lantikan untuk bahagian2 lain yang secara khusus lantikan2 ini sebagai mewakili sebahagian dari kelompok2 yang berkeperluan walaupun ia juga berkepentingan bagi pihak kerajaan. Jika ini jawabnya, barangkali kelompok kami sememangnya dilupakan walhal kami juga punya potensi lebih besar dan menguntungkan agenda kalian, jika untung yang jadi ukuran mereka yang berkaitan. Namun, kalau melihat secara tulin wajah Islam itu sendiri, amat jelas kewujudan seorang senator di kalangan kami bakal memberi impak dan kekuatan Islam, sebenarnya. Atau mungkin kalian tidak melihat perkara ini ? Jika demikian, apa kata kalau kami dipanggil duduk dalam meja bulat kalian dan biar kami bentangkan keuntungan2nya. 

Rasanya, cukup dahulu persoalan pertama ini kami ajukan. Kepada anda yang sedang membaca tulisan ini, sila berikan respon mengikut perhitungan anda dengan jujur dan ikhlas beserta fakta dan alasan yang membolehkan pertanyaan kami ini terjawab sama ada tidak layak bersenator atau sebagainya. Namun, jika di sudut hati anda menyatakan permintaan ini ada kebenaran dan kelayakannya, maka, tinggalkanlah komen tanda setuju, atau seumpamanya. Selain itu, kami juga sangat2 mengharapkan agar tulisan bisu ini anda salin, war2kan, simpan dalam blog anda atau kongsikan di facebook anda agar seganap lapisan masyakaat Islam dapat mengambil bahagian untuk memikirkannya. Terima kasih.
Suara Mualaf Sabah.

Selasa, 21 September 2010

Terima Kasih


Alhamdulillah. Saya panjatkan segala pujian dan syukur kepada Allah kerana dengan izin dan kebesaran nikmatNya , insya Allah, Majlis Pelancaran Cahayafm akan dilangsungkan pada 25hb September 2010 bersamaan hari Sabtu bermula pagi hingga malam, manakala tentatif rasminya bermula jam 1.00 petang hingga jam 5.00 petang. Kepada Tuan Haji Safrin bin Karim & seisi keluarga , saya secara peribadi menzahirkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kerana kesudian menaja langsung pelancaran Cahayafm ( makan/minum dan sebagainya ). Hanya Allah yang mampu membalas kebajikan yang Tuan Haji lakukan ini. Kepada sahabat2 penyampai Cahayafm dan pendengar, rakan2 Deejay radio2 online yang lain khasnya Utarafm, rakan2 FB, para pembaca blog dan semua rakan, saya berharap sangat2 agar dapat bersama2 kalian di hari raya serentak majlis pelancaran Cahayafm nanti. Saya mohon maaf kiranya selama ini saya berbuat kesilapan pada kalian semua. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.

Selasa, 7 September 2010

Mualaf Di Perniagakan


Surau Kg. Pamansukan ( Baru ) ketika SMS sampai ada 6 atau 7 orang budak bertungkus lumus membersihkan lantai surau ini. SMS bertanyakan kenapa kamu siram air ? mereka menjawab kami kasi lari tahi ayam.Benar, apa mereka lihat . Ketika SMS menghampiri bangunan ini, pintu pagar depan dan belakang surau tidak dibuat oleh pemaju.

Inikah bentuk dan nilai ( RM 180.000.00 ) yang PAK LAH amanahkan pada SMS untuk dimajukan kepada pemaju yang bertanggungjawab? Pihak berkaitan wajar menilai semula bangunan ini agar tidak berlaku kebocoran.





Gambar sisi kiri; Inilah rupa naiktarafnya. Bangunan asal yang hanya ditampal dengan cat baru dan ditambah berandanya dengan keluasan tidak sampai dua meter dari dinding.Nilai peruntukan naiktaraf sebanyak RM 200,000.00


Hujung Ramadhan ini, pasti ramai antara kita tersenyum kerana berasa puas atas pencapaian amal ibadah yang kian hari kian menampakkan peningkatan. Alhamdulillah, saat ini kita berada di hujung2 Ramadhan dan insyaAllah esok pihak berkaitan akan melihat anak bulan Syawal. Selepas pengumuman, pasti sana sini akan bergema dan berkumandang takbir tanda kemenangan mereka yang berjaya menempuh ujian Ramadhan. Namun, tidak kurang juga tangisan pelbagai pengertian di pagi Syawal. Semuanya bakal kita lihat pelbagai genangan air di mata dan alirannya di pipi-pipi manusia. Tafsirannya, hanya yang merasa dan Allah yang tahu.

Masjid dan surau di pagi Syawal pasti akan meriah dengan kedatangan para jemaah dari pelbagai lapisan masyarakat. Suasana ini akan kelihatan di mana-mana tempat tidak kira di bandar atau di kota besar hatta di desa dan kampung-kampung kecil. Semuanya itu memperlihatkan suasana sambutan Aidilfitri. 

Meskipun begitu, SMS tidak dapat menahan kesedihan melihat perkara2 yang SMS perjuangkan tidak berpenghujung baik seperti yang diharapkan. Harapan SMS untuk melihat kawasan2 berkaitan mendapat pembelaan pihak kerajaan dan jabatan2 agama, akhirnya dijadikan kesempatan oleh pihak2 berkaitan mengaut untung semata-mata tanpa melihat perkara2 yang wajar diambilkira sekali gus memecah amanah dari Allah.


Lihatlah, dua buah kampung yang masing2 mendapat peruntukan kerajaan melalui PAK LAH dijambatani SMS dijadikan mereka (pemaju) sekadar melepas batuk di tangga semata-mata mengaut keuntungan puluhan malah mungkin ratusan ribu. Butiran lanjut, lihat gambar dan penjelasan yang telah SMS buat 

KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN LEBIH BANYAK GAMBAR 

Rabu, 1 September 2010