Destinasi kembara selama 3 hari di kaki bukit Haji Omar, Merbuk. Daerah ini kaya dengan sejarah. Masih kelihatan tapak-tapak sejarah yang sebahagiannya kini menjadi tapak sawah padi. Sepanjang waktu kami dihidang pelbagai kisah dan sejarah Islam yang sebahagiannya insyaAllah, boleh diterjemahkan ke Sabah.
Semalam di rumah Ustaz Tarmizi, saya lontarkan beberapa harapan dan cadangan agar guru-guru pondok yang ramai di semenanjung ini agar berhijrah ke Sabah dan Sarawak untuk kembangkan rangkaian pondok mereka ke 2 buah negeri ini, ringkasnya bercawangan. Bagi orang-orang soleh idola mereka adalah para pencinta dan pemburu cinta Allah. Walau di manapun mereka berada, kita sepatutnya mencari mereka agar pemikiran dan jiwa kita terisi dengan petunjuk dan ilmu.
Pacuan kereta Vios selaju 120 kilometer sejam, menjadikan perjalanan kami agak pantas, sementara Ustaz Abdul Halim Abas terus ligat melontarkan pembacaannya terhadap dakwah di Sabah. Sejak dulu, inilah Ustaz Abdul Halim Abas yang saya kenali. Pada akhir nota beliau di serambi petang Teluk Air Jernih ketika ini, ada saranan supaya Datuk Masidi Manjun, Datuk Tawfiq Titingan dan Datuk Sairin Karno datang menziarahi Pak Su Mid. Saya turut disaran beliau agar menghubungi mereka. Kenapa perlu mereka berjumpa Pak Su Mid ? InsyaAllah, ia akan terjawab ketika mereka mengambil ruang dan kesempatan menemui sendiri Pak Su Mid. Sayugia mereka berusaha mendapatkan ruang dan waktu tersebut sebelum PRU ke-13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi