Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumaat, 29 Mei 2009

Lagi- lagi KM...

Dalam menyampaikan ajaran Islam pada masyarakat, ada ketikanya pendekatan yang kurang sesuai menyebabkan agama benar ini ditolak. Ini menunjukkan gaya persembahan itu sangat penting dalam memastikan lulus atau gagalnya dakwah di tengah-tengah masyarakat. Untuk mewujudkan kepelbagaian gaya persembahan dalam misi dakwah, himpunan fikiran harus digabungjalin dan disatukan sekali gus mengenai sasaran yang tepat mengikut jangkamasa. Justeru, saf-saf pemikir seperti ini tidak harus dipinggirkan oleh jawatan atau pangkat. Tidak mengapa jika pangkat dijadikan landasan perjuangan, tapi usahlah berlebihan sehingga jawatan dijadikan alat untuk menyakiti orang lain. Ingatlah,Islam ini bukan dimiliki oleh jabatan, kumpulan atau individu, tapi Islam ini milik Allah SWT.

Kecuaian pada masa/jam yang terpapar. Program bertaraf daerah tidak sepatutnya berlaku kecuaian seperti ini. Seoalah-oleh JHEAINS, badan dakwah daerah dan AJK induk tidak cukup kakitangan sehingga perkara penting seperti ini didedahkan salah di khalayak umum. Sudahlah paparan waktu itu tidak betul, waktu pemberitahuan juga terlalu singkat. Petang 28 Mei kain rentang ini direntangkan; 4 jam sebelum program bermula. Mengharapkan sambutan ratusan malah ribuan umat dalam tempoh 4 jam adalah sesuatu yang tidak mungkin. Lainlah jika rutin menggantung kain rentang ini sekadar menghabiskan kos publisiti program. Tidak perlu menyasarkan keterlibatan masyarakat sekeliling walaupun inilah tujuan utama kain rentang...

Seminggu sebelum program, surat jemputan sepatutnya sudah diedarkan ke seluruh masyarakat Islam, Pengerusi2 JKKK ,Pengerusi2 Masjid/surau, Ketua-ketua Kampung, Ketua-ketua jabatan, Parti2 politik, badan2 NGO serta orang perseorangan. Namun, ini tidak dilakukan sepenuhnya. JHEAINS dan AJK Pelaksana, bersikap terbukalah dengan teguran ini.

Program MTQ ini dijalankan sekitar jam 8.00 malam bukannya 7.30 pagi seperti pemberitahuan di atas. Kelemahan yang disedari, namun tetap didedahkan pada umum...tetap dipampang... Ada apa di sebalik kerja ini ?

peserta MTQ memperdengarkan bacaan masing-masing



Pengarah YADIM Zon Sabah, Datu Hj. Liman bin Datu Hussin sebagai perasmi MTQ peringkat daerah Kota Marudu 1430Hijrah. Beliau amat keciwa menyatakan kekecewaan terhadap budaya membungkus al-Quran dengan kain kuning untuk dijadikan tangkal dan azimat.

Hj. Ajak Hj. Awang, Pengerusi Induk MTQ Peringkat Daerah Kota Marudu 1430H/2009M



Perkara nyata yang SMS perhatikan adalah kehadiran orang-orang yang sama ketika perayaan dan sambutan pelbagai program di daerah Kota Marudu, termasuklah; Program Maulidul Rasul SAW, Maal Hijrah, Pesta Menuai, Pesta Jagung dan macam-macam program lagi. Orang yang sama jugalah yang akan hadir ke majlis pelbagai ini, malah, ada di antara mereka yang tidak terlepas hadir sejak dulu hingga kini sehingga masak dan tua dalam program seumpama ini. Jelas, tidak ada usaha bersepadu yang kuat untuk mengajak umat Islam yang membatu, sedangkan mereka ada kuasa dan kekananan kerana muka-muka inilah yang akan datang ke rumah-rumah masyarakat ketika adanya kenduri kendara dan kematian. Mereka yang datang ini kebanyakan terdiri daripada kakitangan kerajaan.. pelajar hanya dijadikan pemenuh kerusi kosong. Anehnya lagi, ramai imam-imam rawatib dan kakitangan JHEAINS Kota Marudu tidak kelihatan di majlis MTQ ini. Kenapa ia berlaku ? Nantilah, SMS terjah mereka....




Usia cadang bina pusat dakwah

KOTA MARUDU 26 Mei - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bercadang membina sebuah Pusat Pembangunan Islam Wilayah Utara yang pertama di daerah ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Abdullah Hussin berkata, pusat itu bukan sahaja bakal menjadi pusat kegiatan dakwah bagi daerah ini tetapi melibatkan seluruh wilayah utara merangkumi Kudat, Pitas, Pulau Bangi dan Kota Belud.
''Cadangan ini akan diperincikan dalam mesyuarat jawatankuasa kewangan, pembangunan dan pelaburan USIA untuk dikemukakan kepada Ahli Majlis Tertinggi USIA nanti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Seminar Kefahaman Islam anjuran USIA Bahagian Kota Marudu di Masjid Kampung Mara Sim-Sim di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua USIA Bahagian Kota Marudu, Kahar Abd. Rahman; Timbalan Pengerusi Tetapnya, Asmara Matkasar dan Setiausaha Kerja USIA, Misnan Warman.


Abdullah berkata, pihaknya telah mengenal pasti lokasi untuk mendirikan pusat tersebut di atas tapak seluas 1.2 hektar di Kampung Mara Sim-Sim.
Katanya, tanah tapak itu diwakafkan oleh seorang ahli pertubuhan itu, Kariah Ali Akhbar.

Sambil menyuarakan penghargaan terhadap sumbangan itu, beliau berkata, pusat pembangunan dakwah itu akan menjadi pemangkin dalam merancakkan gerakan dakwah khususnya di wilayah utara negeri ini.


Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu, Abdullah yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru II, mengajak umat Islam agar terus mengekalkan semangat perpaduan.

Beliau berkata, perpecahan bukan sahaja akan merugikan umat Islam berpecah tetapi juga meletakkan mereka jauh ketinggalan dari arus kemajuan negara.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi