Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Sabtu, 2 Mei 2009

Bumi Kelantan

SMS dan rombongan menziarahi Tuan Guru Baba Yazid di kediaman beliau di Kelantan. Baba Yazid pernah tinggal di Mekah lebih 20 tahun untuk mendalami Ilmu. Sekolah Pondok beliau melahirkan ribuan murid di sempadan Thailand. Beliau cukup aktif memberi kuliah di seluruh Malaysia dan Singapura serta mempunyai jaringan erat dengan Ahlul Bait Tanah Arab dan Asia Tenggara







Hadith :

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

(al-Bukhari)


Pelajar Pondok Darul Naim dari Sabah. Pelajar sebelah kiri berasal dari Kudat, pelajar sebelah kanan berasal dari Sandakan. Kedua-duanya sedang menghabiskan tempoh pembelajaran mereka selama 4 tahun untuk melepasi kelayakan menyambung ke peringkat pengajian tinggi yang kemudiannya akan dihantar ke Mesir, Jordan atau Yaman


Pondok ini hanya mengambil 25 orang pelajar lelaki sahaja setiap sesi pengambilan untuk menjaga kualiti sebagai pondok pengeluar ulama. Makan dan minum sepanjang mereka berada di pondok ini ditanggung oleh pelajar sendiri.


Asrama lelaki.


Ruang kuliah. Meskipun ruang kuliah mereka tidak setanding dengan bilik kuliah di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan pusat-pusat pengajian tinggi yang berhawa dingin dengan kursi meja yang empuk, tetapi pondok ini berjaya melahirkan para cerdik pandai.


Surau pelajar. Di belakang kelihatan susunan kerusi. Ia adalah ruang dewan kuliah pelajar. Sejarah para ulama Islam seperti Imam Ghazali, Imam Syafiee, Imam Hambali dan Imam Hanafi lahirnya bukan dari sekolah-sekolah berkarpet tebal dan berhawa dingin tetapi dari sekolah yang berlantaikan bumi dan beratapkan langit.


Sewaktu rehat, SMS sempat bergambar dengan sebahagian pelajar dari seluruh negeri di Malaysia( Pelajar berjubah hitam merupakan pelajar dari Thailand ) . Persoalannya, mengapa sekolah-sekolah pondok agama hanya wujud di semenanjung dan tidak di Sabah serta Sarawak ? Soalan ini memerlukan jawaban yang tepat. Para pembaca budiman diminta memberi pandangan dan pendapat di ruangan ulasan...


ULASAN SMS KENYATAAN AKHBAR DI BAWAH
  1. Dakwah tidak seharusnya dibentengi masa, tempat dan keadaan kerana dakwah merupakan kewajipan setiap individu Islam. Di waktu kaya atau miskin, dakwah wajib diteruskan.
2. Dakwah tidak seharusnya di protokolkan oleh mana-mana pemerintah. Lihat apa yang berlaku terhadap dakwah yang dibuat oleh pihak kerajaan USNO dan BERJAYA yang hanya pentingkan protokol daripada kualiti, apa keberhasilannya ?

3. Dakwah sangat memerlukan sokongan kewangan. Namun ini tidak bermakna dakwah tidak boleh dibuat tanpa wang. Apa yang dikhuatiri adalah dakwah di jadikan medan perniagaan oleh pihak tertentu ( salahguna kuasa ). Hal ini berlaku, namun disembunyikan oleh pihak berkuasa demi kepentingan mereka


4. Dakwah sepatutnya tidak pernah ada sempadan negeri dan daerah dalam usaha-usaha menyampaikan Ilmu kepada masyarakat Islam. Namun, keadaan ini terjadi kerana dakwah yang ada kini, terlalu berpandukan sistem dan peraturan yang dibuat oleh manusia sehingga Islam dilihat sebagai agama yang mementingkan peraturan buatan manusia daripada hukum Allah.




ARKIB : 02/05/2009 - Utusan Malaysia


Krisis Ekonomi: USIA utama program dakwah berkesan


KOTA KINABALU 1 Mei - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) diminta mengutamakan program dakwah yang dapat memberi manfaat serta kesan berterusan kepada masyarakat dalam usaha mengamalkan perbelanjaan berhemah.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Lajim Ukin berkata, langkah itu perlu dalam memastikan kesinambungan program dakwah meskipun negara berhadapan dengan krisis ekonomi global.

"Bermula kenaikan petrol pada Jun lalu diikuti kenaikan mendadak harga barang telah menjadi cabaran kepada kerajaan, rakyat dan tidak terkecuali badan sukarela untuk mengatur dan melaksanakan program yang dirancang.

"Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, selain bijak berbelanja, pelaksanaan program-program dakwah perlu diatur dan dilaksanakan secara berhemah dengan menitikberatkan dua aspek iaitu keperluan kewangan dan keberkesanannya kepada masyarakat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan USIA di sini hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung USIA, Datuk Abdullah Hussin; Bendahari Agung USIA, Ariffin Sani dan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Syed Abbas Syed Ali.

Menurut Lajim, semua pihak sama ada pekerja bawahan dan atasan haruslah memainkan peranan masing- masing dalam usaha meminimumkan kesan kegawatan ekonomi.

"Semua pihak perlu mengambil peranan dengan meningkatkan kecekapan agensi pelaksana dan pengurusan yang berperanan menguruskan hal berkaitan kewangan," katanya.

Sementara itu, katanya, USIA juga harus meningkatkan usaha mengukuhkan kedudukan kewangannya dengan melibatkan diri secara lebih serius dalam sektor pertanian, perladangan dan hartanah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi