Solat Jumaat masyarakat Kampung Salimandut dan pelajar SK. Tumunda, Salimandut. Khatib jemputan dari Kedah Ust. Abdul Halim Abas yang juga merupakan seorang pendakwah bebas. Beliau banyak membantu SMS dalam mendampingi saudara baru di sabah sejak tahun 2004 hingga hari ini.
Hadith
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
Riwayat Muslim
Masyarakat Islam Kg. Salimandut, bersama pelajar. Seluar dan warna baju tidak menjadi keutamaan sah dan batalnya solat. Apa yang penting adalah menutup aurat serta melaksanakan rukun-rukun solat .
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu melancarkan program gotong-royong membersihkan sekitar masjid kampung dan jalan utama masuk ke masjid.
AJK Masjid Kg. Salimandut bergambar bersama Saudara Jemsoh Majalin, Ketua Pemuda UMNO bahagian Kota Marudu.
Pelajar yang mengambil bahagian dalam acara mewarna, hafazan dan membaca Iqra, bergambar bersama AJK masjid Kg. Salimandut dan pemuda UMNO
Asyik menulis tulisan khat sehingga baring di lantai... Hadiah bukan rebutan utama tapi ilmu itulah yang menjadi keutamaan setiap mukallaf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi