Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Ahad, 10 Mei 2009

Rasul S.A.W Sebagai Idola


Setelah sekian lama masalah para mualaf terpendam di lubuk hati SMS, maka dalam ucapan sulung ini, SMS mengambil kesempatan memperjelaskannya pada Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu dan Wakil Pengarah JAKIM Cawangan Sabah. Ucapan dan pandangan SMS adalah rintihan para mualaf di Sabah khususnya di Kota Marudu yang terpinggir oleh sistem sekali gus membuatkan para mualaf menganggap Islam sebagai agama yang menyusahkan apabila mereka perlu berulang alik mengurus identiti baru mereka sebagai orang Islam di jabatan-jabatan agama seperti JHEAINS. Insya Allah, dalam masa terdekat ini, SMS akan paparkan beberapa perkara yang kian meruncing serta memberi kesan negatif terhadap para mualaf di Kota Marudu. Perkara ini perlu didedahkan untuk diselesaikan dan diambil tindakan sewajarnya...

Pengerusi Masjid Kg. Salimandut
Ustaz Zainal bin Aliuddin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program sambutan Maulidul Rasul kali pertama dalam masyarakat Dusun. Program ini telah diusahakan oleh Nazri Abdullah dengan kerajasama JAKIM cawangan Sabah.


Wakil Pengarah JAKIM, Ustaz Rosdam, merangkap Timbalan Pengetua Pusat Latihan Sikuati, Kudat. Beliau telah menyampaikan ceramah kepada hadirin berkaitan kebenaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad S. A. W, manusia yang tidak pernah melakukan dosa.


Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu, Sdr. Wetrom Bahanda @ Mohd Fikri. Dalam ucapannya memberitahu bahawa idola beliau adalah Nabi Muhamad S. A. W. Semestinya semua umat Islam, tidak kira bangsa dan keturunan harus menjadikan Rasulullah S. A. W sebagai idola.


Beliau turut menyumbang Rm 1000.00 kepada tabung Masjid Kampung Salimandut


Ketua Pemuda UMNO Kota Marudu,
Saudara Jemso Majalin



Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu, disambut Pengerusi Masjid Kampung Salimandut

Ustaz Rosdan, wakil Tuan Pengarah JAKIM cawangan Sabah


Ulasan SMS berkaitan kenyataan akhbar di bawah;
  1. Sekolah mubaligh dalam pengetahuan SMS merupakan sekolah Kristian yang mendapat bantuan separuh kerajaan dan dikelolakan gereja serta menjalankan pendidikan, tarbiah, pusat kajian dan segala macam kepada penganutnya. Sebahagian pelajar Kristian keluaran sekolah inilah akan digelar sebagai mubaligh atau penyampai ajaran Kristian kepada masyarakat.Sebahagian pelajar keluaran sekolah ini bakal ditempatkan di merata tempat yang kemudian digelar sebagai penginjil.
Persoalannya, di mana sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang dikhaskan kepada para mualaf? Sekolah seperti ini amat diperlukan para mualaf untuk mendidik dan melatih para mualaf dari pelbagai latar tahap pendidikan. Sebagaimana yang dimaklumi, masalah utama para mualaf ialah pengembangan ilmu asas yang tidak mencukupi. Ramai di antaranya tidak diterima di pusat-pusat latihan ilmiah seperti pusat latihan dakwah dan sekolah-sekolah agama kerana tidak melepasi had kelayakan pendidikan. Jika kerajaan memperuntukkan bantuan untuk sekolah mubaligh Kristian, apa salahnya jika sekolah untuk para mualaf diperuntukkan?


Kerajaan sedia tambah bantuan sekolah mubaligh

13th February, 2009 - Sabah Times



KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedia menambah peruntukan kewangan bagi pembangunan sekolah mubaligh di Sarawak dan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri berkata jaminan kerajaan pusat itu adalah untuk memastikan keadaan infrastruktur sekolah berkenaan berada dalam keadaan terbaik untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa.

“Kalau Tuhan bagi rezeki, kita boleh tambah peruntukan,” katanya pada majlis penyampaian Bantuan Kewangan di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2009 Bagi Sekolah Bantuan Kerajaan Mubaligh Sarawak dan Sabah di sini kelmarin.

Beliau juga memberi jaminan pembangunan sekolah mubaligh dalam sistem pendidikan negara akan tetap diteruskan kerana ianya telah mela-hirkan ramai pemimpin negara sebelum dan selepas merdeka.

Sambil menyifatkan sekolah mubaligh sebagai penting dalam pembangunan pendidikan negara, Najib berkata, sumbangan bantuan kewangan pada hari ini adalah penghargaan kerajaan pusat terhadap kewujudan sekolah mubaligh dalam sistem pendidikan negara.

Beliau meminta lembaga pengurusan sekolah terbabit untuk membelanjakan peruntukkan tersebut secepat mungkin bagi membantu meransang ekonomi negara.

“Belanjalah wang ini pada tahun ini dan jangan simpan dalam simpanan tetap,” katanya.

Kini terdapat 410 sekolah mubaligh di seluruh negara dengan 128 terdapat di Sarawak dan 75 di Sabah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi