Mohd Nazri Abdullah
Kepada warga muslimin dan muslimat khasnya warga mualaf yang tinggal di sekitar Kota Marudu dan Tandek, anda dialu-alukan datang ke Kg.Salimandut pada 8 dan 9 Mei 2009 untuk sama-sama menyambut Maulidur Rasul S.A.W anjuran AJK Surau Kg.Salimandut dengan kerjasama JAKIM cawangan Sabah.
TENTATIF PROGRAM;-
8hb Mei 2009 ( Jumaat ): Solat Jumaat dengan khutbah khas bertajuk Sirah Rasul SAW yang akan disampaikan oleh khatib jemputan
Program mualaf Sabah - Utusan Malaysia
KOTA KINABALU 4 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah akan menganjurkan program untuk saudara baru pada 8 dan 9 Mei ini di Masjid Kampung Salimandut, Kota Marudu.
Penyelaras Program Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah berkata, hari pertama adalah perasmian surau kampung itu yang dinaik taraf menjadi masjid dan hari berikutnya sambutan Maulidul Rasul.
Beliau yang juga Ahli Lembaga Yayasan Mualaf Sabah memberitahu, program tersebut juga adalah anjuran bersama jawatankuasa masjid itu.
"Tujuan program ini adalah untuk berdakwah, mengerat silaturahim selain meningkat kefahaman tentang ajaran agama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, antara pengisian program ialah pertandingan menghafaz ayat-ayat lazim yang akan diberi hadiah berupa buku-buku mengenai asas agama Islam, kain pelekat dan telekung.
Nazri berkata, penghargaan juga akan diberi kepada saudara baru yang berjaya mempertahankan iman setelah berdepan dengan pelbagai cabaran sejak bergelar muslim.
Melalui program itu juga, katanya, akan dipamer cara hidup penganut Islam kepada bukan Islam kerana program tersebut terbuka kepada penduduk setempat yang bukan Islam.
"Kita akan memberi ruang penyertaan kepada keluarga bukan Islam dalam program berbentuk khidmat sosial," katanya yang juga Ketua Yayasan Mualaf Bahagian Kota Marudu.
Menurut Nazri, dijangka lebih 600 penduduk dari 10 buah kampung berdekatan akan mengunjungi program selama dua hari tersebut.
Katanya, kampung terlibat selain Salimandut ialah Morion, Tingkalanon, Nolotan, Longob, Mangkaluah, Talantang, Magaratong, Parong dan Garuda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi