Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Khamis, 7 Mei 2009

Persiapan Sambutan Maulidul Rasul SAW




Hadiah sumbangan daripada JAKIM Sabah




Kerja-kerja mengikat bambu



Surau Kg. Salimandut, Tandik, Kota Marudu. Pusat sambutan maulidul Rasul SAW . Pertama dalam masyarakat Dusun mualaf
Kota Marudu.



ARKIB : 28/04/2009 - Utusan Malaysia

Ibu bapa digesa masukkan anak ke kelas KAFA

KOTA BELUD 27 April - Ibu bapa perlu memanfaatkan kemudahan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) yang disediakan kerajaan dengan memastikan anak-anak mereka menghadiri kelas berkenaan.

Penolong Pengarah Unit KAFA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah, Saiful Mukharrom Mohd. Tahrir berkata, kegagalan ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti kelas berkenaan bukan sahaja merugikan masa depan anak mereka, tetapi menyebabkan pembaziran.

Menurutnya, setiap tahun kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi menampung elaun dan keperluan guru-guru KAFA di negeri ini.

''Oleh itu, kita berharap ibu bapa di setiap daerah memanfaatkan peruntukan tersebut dengan menghantar anak-anak mereka yang berumur tujuh hingga 12 tahun mengikuti kelas KAFA," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ihtifal KAFA dan khatam al-Quran peringkat daerah Kota Belud, Bahagian Dua Usukan di Dewan Serbaguna Kampung Pantai Emas di sini baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Guru-guru KAFA daerah Kota Belud, Madri Akong.

Seramai 120 murid KAFA mengambil bahagian dalam pelbagai acara keagamaan sempena majlis itu.

Saiful berkata, sehingga kini Jakim cawangan Sabah mempunyai seramai 2,200 guru KAFA dengan 56,000 murid berdaftar dan 34 orang penyelia di seluruh daerah.

Sementara itu mengulas mengenai rancangan menaikkan elaun guru KAFA, beliau berkata, Jakim Sabah menyambut baik cadangan itu kerana ia dapat meningkatkan kebajikan guru-guru berkenaan.

Katanya, mengikut rancangan itu, kadar elaun guru KAFA akan dinaikkan kepada RM1,000 berbanding RM500 sebelum ini.

''Bagaimanapun selari dengan peningkatan itu, jumlah mengajar tutut ditingkatkan daripada 18 jam kepada 32 jam,'' katanya.

Cadangan menaikkan elaun guru-guru KAFA di negeri ini diumumkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam pertemuan dengan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi