Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Rabu, 3 Jun 2009

Kreatif dan Terbuka...


Pertemuan SMS dengan Pak Lah ( PM ketika itu) di kediaman rasmi beliau , Putrajaya. Fokus perbincangan SMS waktu itu adalah Pulau Banggi. Walaupun cadangan datang dari rakyat biasa yang tidak berpangkat jauh sekali berharta, Pak Lah mengambil kira cadangan dan isu yang dikemukakan SMS. Beliau sanggup turun padang ke P. Banggi yang tidak pernah didatangi bekas-bekas PM sebelum beliau. Pemimpin yang bersikap terbuka dan tidak mengikut 'khabar baik' dari orang-orang kiri kanan secara membuta tuli seperti inilah yang kita cari. Kini, SMS mohon pada PM Datuk Seri Najib agar melantik seorang senator dari kalangan mualaf untuk menjaga kelompok ini di Malaysia. Sekian lama isu dan masalah mualaf terabai dan hanya inilah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka.


Suara Mualaf Sabah - Dalam misi menyampaikan dakwah ke tengah-tengah masyarakat, usah jadikan faktor geografi, politik, suku bangsa, negara dan bahasa sebagai kekangan
sehingga ia dijadikan alasan untuk tidak berdakwah atau mengehadkan dakwah itu kepada tempat atau suku tertentu sahaja. Inilah kesilapan yang menyebabkan Islam gagal sampai ke tengah-tengah masyarakat. Sudah tiba masanya para pendakwah bersikap lebih kreatif dan terbuka dalam hal ini...Fikirkanlah pelbagai cara yang ada untuk sampai ke tengah-tengah masyarakat. Satu jalan tidak sampai, cuba lagi jalan-jalan lain. Keadaan yang sama sejak dulu hingga kini tidak mungkin berubah selagi faktor-faktor yang memblok usaha penyebaran dakwah tidak dipecahkan.

Hari ini, SMS berkesempatan bertemu dengan Pengerusi Badan Dakwah Kota Marudu; Tn. Hj. Ajak bin Hj. Awang. Dalam pertemuan ringkas ini, SMS sempat mengemukakan isu-isu semasa umat Islam setempat sekitar Kota Marudu. SMS menghargai tindakan spontan beliau apabila beliau bersetuju menjalinkan usahasama program dalam program dakwah SMS. Selain itu, SMS turut bertukar-tukar fikiran dan mengemukakan beberapa cadangan sebagai langkah mengatasi permasalahan masyarakat Islam khususnya para mualaf di Kota Marudu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi