Pendakwah bebas Ust. Hj. Abdul Halim Abas
memperkatakan sesuatu kepada Pemuda PKR Keningau
yang turut serta membantu mangsa banjir.
Menurut penduduk kampung yang kami temui
lewat petang tadi seramai lebih 700 orang telah terputus hubungan
akibat banjir.
Tugu peringatan pejuang Tempatan Tambunan
( SMS mohon maaf tidak dapat memberi info terperinci tugu peringatan ini disebabkan kawasan ini berpagar )
Bukit Emas, Tambunan merupakan tempat ke 2
tersejuk di Sabah. Menjadi tumpuan para pelancong
menikmati udara segar.
Seawal pagi hari ini Tikung SAM menghubungi saya melalui SMS. Beliau mengajak saya untuk sama-sama ke majlis pembukaan klinik salah seorang pengarang SAM Dr. Nellson Maisin di Kota Belud. Sebelum itu, saya sempat melayari laman SAM dan membaca berita mutakhir SAM. Sempat juga saya bersembang dengan Lt. Musli dan Tompipiris yang berada di Negara Matahari Terbit. Silalah layari blog bersekutu ‘ Suara Anak Marudu ‘ http://marudubloggers.blogspot.com/.
Ketika asyik melayari SAM hp saya berdering kuat lalu saya bergegas mencapainya. belum pun sempat saya menjawab panggilan, ia tiba-tiba terputus. saya semak panggilan terabai tapi, tiba-tiba hp saya berbunyi lagi. Terpampang nama Rosnani Untol di skrin hp . Biasanya saya panggil dia ‘akak Nani’. Sejurus menekan punat hijau, tanpa beri ruang untuk saya menarik nafas dia terus perintah “ kita ke Keningau, sahabat-sahabat kita ditenggelami banjir, cepat bersiap. ..”
Perjalanan tanpa dirancang hari ini, memberi ruang untuk saya meng’klik’ beberapa panorama sepanjang jalan ke Keningau. Kawan-kawan yang berada nun jauh di seberang sana, kalau ada ruang dan kesempatan, bolehlah tinguk-tinguk gambar ni bikin pengubat rindu. Kira-kira jam 1.40 petang, kami sampai di kampung Ansip kira-kira 8 kilometer dari Pekan Keningau. Menurut saudara Nazri ( pemuda PKR Keningau ), tiga buah kampung yang terjejas banjir sejak semalam antaranya ialah kampung Ansip, kampung Mempulut dan kampung Membuluh. Kira-kira 700 lebih orang penduduk sehingga waktu ketibaan kami di situ, masih belum dapat keluar ke pekan Keningau.
Berikutan kegagalan saya menghubungi YB. Datuk Sairin Karno, Wakil Rakyat Liwan, saya cuba menghubungi YB. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Kewangan Negeri Sabah dan mengkhabarkan tentang bencana banjir kepada beliau. Alhamdulillah, keprihatinan YB. Datuk Tawfiq membolehkan pihak-pihak berwajib di Daerah Keningau termasuk YB. Datuk Sairin Karno dapat dihubungi. Beliau maklumkan kepada saya berkaitan perkara ini kira-kira 10 minit selepas saya hubungi beliau.
Apa yang saya kesali adalah sikap pihak berwajib yang lambat menghantar bantuan kepada penduduk kampung menyebabkan timbul banyak rungutan di kalangan penduduk. Makanan dan minuman misalnya, lambat dihantar ke tempat-tempat yang sepatutnya. Begitu juga ahli parti-parti politik dalam komponen Barisan Nasional yang tidak kelihatan di tempat kejadian semasa tenaga dan sokongan mereka diperlukan para mangsa banjir. Kalaupun tidak berdaya memberi bantuan material, sekurang-kurangnya mereka dapat memberi kata-kata semangat untuk para mangsa. Samalah juga ketika mereka berkempen meraih undi dahulu, kata-kata semangat Barisan Nasional tidak pernah sunyi dari bibir mereka. Tapi, lihatlah semasa rakyat perlukan semula semangat itu, ke mana perginya mereka?Jangan hairanlah kalau rakyat bakal meluat pada tingkah mereka lalu nanti memberi undi kepada pembangkang. Ingatlah, rakyat itu penentu sebuah kerajaan ... Apapun, pujian patut diberikan kepada pergerakan pemuda Parti Keadilan Keningau yang turut memberi bantuan berupa makanan dan minuman kepada mangsa. Meskipun bantuan itu tidak besar, tapi cukup bermakna ketika keadaan mendesak. Sikap seperti inilah yang sewajarnya dilakukan oleh semua pemimpin semasa bencana menimpa rakyat, tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik .
Kami juga datang tanpa membawa apa-apa.... Tapi masyarakat kampung cukup mesra dan kemesraan mereka terpancar dari wajah kerana penderitaan yang dialami mereka, sekurang-kurangnya dapat dikongsi bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi