Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 13 Januari 2009

ARKIB : 12/01/2009 ( Utusan Malaysia )

Pengisian baru Program Perintis Baitun Nur


Abdullah Hussin (kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta program Perintis Baitun Nur di Papar, semalam.


PAPAR 11 Jan. - Pusat Bimbingan Saudara Kita akan melakukan pengisian baru untuk Program Perintis Baitun Nur iaitu dengan memperkenalkan kursus dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial.

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Abdullah Hussin berkata, pembaharuan itu adalah bagi memastikan para peserta yang terdiri daripada golongan mualaf didedahkan dengan bidang lain.

"Sebelum ini, program tersebut hanya memberi panduan dan pengajian untuk mendalami ilmu-ilmu agama seperti akidah, syariah dan akhlak tetapi kini kita akan perluaskan konsepnya.

"Tujuannya adalah untuk membimbing dan memberikan panduan kepada para peserta apabila menceburi mana-mana bidang itu dan ia harus dilakukan mengikut lunas-lunas Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kepada Para Peserta Program berkenaan di sini hari ini.

Katanya, pembaharuan itu dilakukan kerana pusat tersebut mendapat maklum balas yang positif daripada peserta selain memberikan kelainan.

Mengenai majlis berkenaan beliau berkata, seramai 45 peserta program tersebut berjaya menamatkan pengajian yang mengambil masa enam bulan bermula Julai tahun lalu.

Beliau berharap, melalui program anjuran USIA itu, para pesertanya akan memanfaatkan semua yang diajarkan untuk memantapkan iman dalam mengharungi hidup sebagai saudara baru.

Selain itu, katanya, tiga lagi pusat yang sama iaitu di Keningau, Tongod dan Kota Marudu sedang melaksanakan program tersebut yang dijadualkan berakhir pada bulan depan.

Bagi pengambilan kedua di tiga daerah tersebut katanya, akan dimulakan pada Mac ini dan diharapkan lebih ramai saudara baru akan menyertainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi