Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Rabu, 14 Januari 2009

Islam Di Sabah Menghadapi Cabaran Getir

http://monazmuslim.blogspot.com/
Sunday, January 11, 2009



Samada disedari ataupun tidak, umat Islam di Sabah sedang berhadapan dengan satu cabaran getir dalam mempertahankan Islam di negeri ini. Saya menyatakan sedemikian berdasarkan pemerhatian saya sejak dari 1988 hinggalah ke hari ini. Sebagai seorang bekas guru yang pernah mengajar di dua buah sekolah menengah selama 8 tahun, dapatlah saya simpulkan di sini bahawa faktor utama wujudnya kesedaran dan kefahaman Islam di kalangan muslim di sini adalah bermula dari keluarga.Faktor kedua adalah pengaruh persekitaran. Di zaman Tun Datu Mustapha menjadi Ketua Menteri, ramai pelajar-pelajar Islam yang dihantar untuk melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah menengah seluruh Semenanjung tanahair. Mereka ini secara tidak langsung mendapat pendedahan Islam dari kalangan guru, rakan-rakan sekolah, keluarga angkat dan persekitaran mereka. Apabila pulang ke Sabah, merekalah yang membimbing adik-beradik malahan ibubapa yang jahil dalam melaksanakan 'ibadah utama iaitu solat dan lain-lain.HARI INI, jika dilihat secara kasar 1 : 100 masyarakat Islam di Sabah yang mendirikan solat. Pengalaman yang tidak boleh saya lupakan apabila baru-baru ini (5 Disember 2008) saya pergi ke sebuah kampung yang terletak di dalam Daerah Ranau untuk majlis pernikahan anak saudara isteri saya. Saya sebagai saksinya. Setelah selesai akad-nikah, saya pun melangkah kaki menuju ke sebuah surau yang terletak berhadapan dengan rumah pengantin. Terkejut saya bila mendapati tangga dan anjung surau tersebut dipenuhi dengan najis anjing. Saya beristighfar panjang. Memang jelas bahawa masyarakat Islam di situ tidak pernah mempedulikan surau tersebut serta jauh sekali untuk mendirikan solat. Begitulah juga keadaan mereka di rumah. Inilah hakikat sebenarnya apa yang berlaku kepada sebahagian besar masyarakat Islam di negeri ini.Sehingga saat artikel ini ditulis, sudah banyak berlaku kes perkahwinan campur agama di Sabah. Perkahwinan orang Islam dengan Kristian seperti yang berlaku di Indonesia. Jika di Indonesia, pasangan pelakon Jamal Mirdad (Islam) berkahwin dengan Lydia Kandau (Kristian). Saya tidak tahulah samada Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) menyedari hal ini ataupun tidak.Berlaku satu kes di mana seorang lelaki Islam (telah beristeri dan mempunyai dua orang anak) telah melangsungkan perkahwinan dengan isteri keduanya di salah sebuah gereja di Keningau. Lelaki 'murtad' ini bekerja sebagai agen salah sebuah syarikat insuran di Kota Kinabalu. Perkahwinan ini terdedah apabila ada seorang individu yang hadir ke gereja tersebut mengenali si 'murtad' ini lalu memberitahu kepada seorang kenalannya yang merupakan bos syarikat insuran tersebut. Sekarang lelaki 'murtad' ini sedang sengsara di dalam kubur. Dalam tahun 2004, dia ditemui mati dibunuh di dalam keretanya dengan kesan tembakan jarak dekat di kepalanya. Sehingga ke saat ini tidak diketahui motif pembunuhannya.Salah satu tabiat buruk yang melanda sebahagian daripada masyarakt Islam di sini ialah judi dan arak. Mungkin bilangan orang Islam yang minum arak sudah menurun tetapi dari segi judinya saya rasa tidak banyak perubahan yang berlaku. Perjudian nombor ekor masih diminati masyarakat Islam di Sabah, diikuti dengan poker, billiard dan sabung ayam. Kelab malam juga merupakan satu tempat yang digemari.Dari sudut sejarah, sebenarnya Islam lebih awal sampai ke Sabah iaitu pada penghujung kurun ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India serta hasil daripada pengaruh perkembangan Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei. Dua abad kemudian barulah orang-orang Eropah datang ke Sabah dengan membawa pengaruh Kristian iaitu pada abad ke-19. Pada masa itu penduduk peribumi Sabah berbudaya pagan dan mengamalkan sistem kepercayaan animisme. Misi Kristian berkesan dan berjaya menambat hati penduduk peribumi untuk keluar daripada budaya pagan dan memilih Kristian.Secara ringkasnya, jika dikaji dari fakta sejarah sepatutnya majoriti penduduk Sabah yang ada hari ini adalah Islam tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebelum datangnya Inggeris pada kurun ke-19, peluang untuk menyebarkan Islam adalah terbuka luas tetapi malangnya peluang yang ada tidak digunakan sepenuhnya. Pada saat itu penduduk Sabah tiada agama (pagan). Jika kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk berdakwah dan menyebarkan Islam, kita yakin mereka akan menerimanya. Apakan daya, nasi telah menjadi bubur. Kesilapan ini meninggalkan kesan yang besar kepada generasi yang ada hari ini. Untuk memperbetulkan keadaan ini memerlukan tempoh yang panjang serta perlu menghadapi cabaran yang hebat.Apa yang boleh diharapkan sekarang apabila kelihatan ramai daripada kalangan anak muda Islam yang menunjukkan minat dalam agama dengan melanjutkan pelajaran mereka di sekolah-sekolah Arab dan seterusnya menyambung pengajian mereka ke negara Timur Tengah atau di universiti tempatan. Perkembangan positif ini agak melegakan sedikit keresahan di hati. Cuma yang belum dapat dipastikan di sini ialah adakah mereka ini mampu berperanan sebagai dai' dan pendakwah bagi mendidik dan menyebarkan ajaran Islam yang tulen kepada masyarakat. Dalam konteks ini, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) perlu memainkan peranan penting bagi memastikan tenaga muda ini dapat digembeleng bagi mencapai visi dan misi ini.Jika MUIS masih meneruskan sikap pasif seperti hari ini, tidak mustahil kejahilan umat Islam akan menjadi lebih parah. Di Semenanjung juga berlaku perkara yang sama. Hari ini telah semakin ramai anak remaja Melayu Islam yang tidak bersolat walaupun mereka dari keluarga yang ada kefahaman asas Islam. Bukan setakat itu saja, bilangan anak Melayu yang telah murtad sudah mencapai angka suku juta orang. Pelbagai lagi gejala sosial yang sedang hebat melanda mereka di Semenanjung. Perlu diingat bahawa "Iman tidak boleh diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa."Hakikat yang perlu kita akui bahawa pada saat ini umat Islam di Malaysia sedang diserang dari pelbagai sudut. Dari sudut aqidah, pendidikan, kefahaman dan budaya.
Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi