Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 16 Disember 2008

Kembara Dakwah di Pulau Banggi, Sabah

Ceramah oleh Ust. Hj. Abdul Halim Abbas & suai kenal dengan SUPERB
( SUKARELAWAN PERUBATAN BEBAS )


Pelajar Madrasah Manzilatul Masakin, Pulau Banggi dibawah bimbingan Ust. Basal


Rombongan turun dari feri untuk ke penginapan



Antara Pulau -pulau yang terdapat di Pulau Banggi


90 % penduduk Pulau Banggi adalah nelayan

Jeti ( gambar atas ). Selain aktiviti memancing, tempat ini sesuai dijadikan tempat melahirkan puisi


Masjid Daerah Kecil Pulau Banggi


Feri merupakan pengangkutan utama ke Pulau Banggi



Pelabuhan Kudat



Dari Kudat ke Pulau Banggi mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan merentasi lautan dengan feri. Sebelum kedatangan Perdana Menteri ke Pulau Banggi, pulau ini hanya dikenali sebagai sebuah pulau mistik di kalangan masyarakat Sabah. Khabar angin kononnya di Pulau Banggi ada ' MINYAK PUGAI ' ( bahasa Dusun) bermaksud MINYAK PENGASIH paling berbisa untuk memikat wanita tersebar luas ke seluruh Sabah. Pulau ini juga merupakan kubu kuat USNO. Masyarakat di pulau ini bergantung pada hasil laut. Hari ini kita dapati sedikit demi sedikit Pulau ini telah mula dibangunkan oleh kerajaan. Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri pertama yang menjejakkan kaki ke Pulau ini.
Seramai 80 orang kanak-kanak dan remaja Pulau Banggi telah dikhatankan oleh pasukan SUPERB ( SUKARELAWAN PERUBATAN ) dari semenanjung Malaysia melibatkan 6 orang doktor perubatan dan 8 orang pegawai perubatan. Majlis berkhatan beramai-ramai ini dirasmikan oleh wakil rakyat N. 1 Banggi, YB. Mijul Hj. Unani. Suara Mualaf Sabah ( SMS ) mewakili masyarakat Pulau Banggi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi