KOTA KINABALU 27 Dis. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah diminta menjaga kebajikan golongan mualaf di Sabah yang sebelum ini kurang diberi perhatian sewajarnya.
Penyelaras Program-Program Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah berkata, hak dan kepentingan mereka tidak harus diabaikan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan Islam di negeri ini.
"Kita harap Jakim Sabah dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) lebih prihatin dengan nasib golongan mualaf di Sabah. Kebajikan mereka perlu dijaga dan diberi perhatian.
"Sehingga hari ini, kita masih dengar mualaf yang sudah lama memeluk Islam tetapi masih tidak menerima zakat malah ada yang masuk Islam hampir 20 tahun pun tidak memperoleh wang zakat," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, keadaan itu amat mendukacitakan kerana kebanyakan saudara baru itu terdiri daripada golongan miskin di pedalaman dan perkara tersebut telah berlarutan sejak sekian lama.
Selain itu, katanya, pihak yang bertanggungjawab juga perlu menyediakan guru agama untuk membimbing saudara-saudara baru di Sabah dan tidak membiarkan mereka terkapai-kapai setelah memeluk Islam.
Beliau bimbang sekiranya keadaan itu dibiarkan, 'pihak lain' akan mengambil kesempatan berikutan kefahaman mereka mengenai Islam masih cetek dan belum kukuh bertapak dalam jiwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi