Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 30 Disember 2008

110 Guru Agama Bantu Mualaf

( Utusan Malaysia )

KOTA KINABALU 29 Dis. – Seramai 110 guru agama bertauliah akan dihantar ke kawasan-kawasan yang mempunyai ramai golongan mualaf bertujuan meningkatkan kefahaman mereka tentang Islam.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata, mereka akan ditugaskan ke seluruh Sabah terutamanya di kawasan pedalaman untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang mendesak.

“Guru agama ini akan dihantar pada bila-bila masa kerana pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) hanya menunggu kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) negeri.

“Daripada bilangan 110 guru agama itu, hanya sembilan orang terdiri adalah siswazah manakala selebihnya bukan siswazah. Dengan adanya guru-guru ini, ia akan dapat menampung kekurangan guru agama di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri 1430H/2008M di Dewan Saadah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), di sini hari ini.

Sabtu lalu, Penyelaras Program- Program Mualaf Sabah, Mohd. Nazri Abdullah meminta kerajaan menghantar lebih banyak guru-guru agama di kawasan saudara baru bagi membimbing mereka.

Menurut Mohd. Nazri, ketiadaan guru-guru agama membuatkan mereka yang baru memeluk Islam terkapai-kapai kerana tiada bimbingan selain mencegah daripada balik ke agama asal.

Nasir berkata, guru-guru agama tersebut akan ditempatkan di kawasan yang amat memerlukan terlebih dahulu sebelum ditugaskan ke daerah tertentu.

Mengenai kampung-kampung mualaf yang masih tidak mempunyai surau atau masjid, beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukkan untuk membina kemudahan itu melalui Bajet Sabah 2009.

“Dalam Bajet Sabah 2009, kita tidak lupa untuk menyediakan dana untuk membina surau atau masjid untuk golongan mualaf. Dengan ini kerajaan berharap, masalah ini akan dapat diatasi,” katanya.

Berhubung masalah mualaf-mualaf di Sabah yang masih tidak menerima wang zakat termasuk mereka yang sudah memeluk Islam selama 20 tahun, beliau berkata, pihaknya mengambil berat perkara itu.

Beliau meminta saudara-saudara baru yang masih belum menerima zakat supaya merujuk kepada pusat zakat untuk menyemak nama mereka yang layak sama ada tercicir atau tidak tersenarai.

“Bagaimanapun kita akan siasat dahulu dakwaan ini sama ada benar atau apa masalah sebenarnya. Kita tidak mahu ada pihak yang mendakwa tetapi tidak ada bukti untuk menyokong apa yang dikatakan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi