Asrama lelaki SMK Mat Salleh Ranau sudah usang pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tidak harus membiarkan penghuninya terdedah dengan bahaya.
Wakil Rakyat dan pihak penguasa Daerah Ranau sepatutnya membuat laporan perkara ini kepada pihak yang berkaitan agar diambil tindakan segera
Mami Jarum The Movie sebuah filem Melayu yang dihasilkan oleh seorang profesor tempatan. Filem ini mengungkap budaya wanita Melayu yang bersifat menunjuk-nunjuk barang kemas, perhiasan serta keberadaan mereka. Mulanya saya tidak mengambil endah filem ini kerana saya lebih suka cerita-cerita lasak dan mencabar, namun peristiwa petang 7 Januari 2009 secara tidak langsung membawa saya menilai semula cerita MJTM ini. Rupanya filem ini benar-benar memberi kesan kepada cara berfikir anak seusia 7 tahun. Kepulangan anak saya pada hari ketiga persekolahannya membawa cerita-cerita baru baginya. Biasalah anak-anak yang baru masuk sekolah rendah, semangatnya kasih berkobar-kobar. Petang itu, belum sempat pun dia membuka baju dan tudungnya dia berkata pada saya, “Babah, kami ada seorang guru, jari dia kan, ada dua cincin, ada gelang besar di kanan sama kiri, lepas tu, ada kalung emas panjang sampai sini” katanya sambil meletakkan tapak tangan kanannya di aras perutnya. Sejurus selepas berkata, dia senyum menampakkan gigi buruknya lalu menambah lagi, “ hee...macam mami jarum kan umi?” katanya sambil menoleh ke arah muka orang rumah saya. Orang rumah saya tidak menjawab kesimpulan yang dibuat anak saya. Kami hanya mampu berpandangan dan saya lihat kening orang rumah berkerut, kebetulan dia juga seorang guru. Menyedari hal itu, anak saya menutup mulutnya dan ceritanya terhenti di situ. Saya kemudiannya cuba mengingat-ingat kembali cerita MJTM yang saya lihat separuh-separuh itu lalu terpampang di kepala saya watak-watak dalam filem MJTM. Jelas seketika turun naik suara watak-watak wanita yang suka menunjuk-nunjuk dengan loghat utara pekat dan ketika itu rasanya saya sudah jadi seperti watak ‘Piee’ dalam filem itu.
Persoalannya, kalaulah anak seusia 7 tahun sudah tahu membuat penilaian terhadap apa yang dilihatnya, betapa orang dewasa lebihlah lagi. Agak rimaslah jika guru-guru datang ke sekolah dengan niat mahu mendidik anak bangsa tetapi tidak sensitif dengan pemakaian mereka sehingga menganggu fikiran anak-anak dengan benda-benda yang tidak sepatutnya. Guru seharusnya dinilai murid dengan kebaikan dan kesederhanaan supaya mereka dapat mengambil contoh sikap sederhana dan tidak berlebih-lebih dalam kehidupan harian mereka. Bukan cemburu melihat kemewahan dan kemampuan seseorang, jauh sekali mahu menjaga tepi kain mereka cuma terkilan dengan sikap suka berlebihan di hadapan kanak-kanak sekolah sekaligus merangsang ketidaktepatan berfikir terutama terhadap guru. Mereka memakai barang-barang kemas sehingga penuh kiri kanan mungkin untuk kelihatan menarik, cantik, bergaya dan macam-macam tujuan yang kita sendiri tidak tahu sebab niat itu letaknya di hati. Namun, apalah yang mampu ditafsirkan oleh seorang anak berusia 7 tahun? Mereka menilai apa yang dilihat setakat kemampuan mereka.Biasanya telus dan tidak berselindung. Kalau gemuk, dikatanya gemuk. Cantik pada matanya dikata cantik. Jadi, kita nilailah sendiri hukuman mereka tentang apa yang mereka lihat.
Berbalik kepada guru tadi, bagi saya, guru adalah cermin contoh kepada para pelajar. Hiasan dan barang kemas berlebihan sewajarnya hanya untuk suami-suami mereka. Pakailah sesederhananya dan tidak perlulah diheret semuanya, dibawa ke sana sini hingga sampai ke sekolah. Di sekolah, mereka sepatutnya menjadi contoh dan idola pelajar. Taraf guru sangat mulia di sisi mereka sehingga perlakuan dan perbuatan guru dilihat sebagai cerminan terutama bagi pelajar yang baru memasuki alam persekolahan. Cermin yang baik biasanya akan memantul dengan jelas dan terang. Cermin yang buruk tidak mungkin dapat memantulkan cahayanya bahkan merosakkan objek yang berada di hadapan cermin itu. Benarlah dalam ajaran Islam bahawa menunjuk-nunjuk itu hukumnya haram. Haram ertinya berdosa jika dibuat. Sepertilah juga mendirikan rumah yang lebih tinggi antara rumah-rumah yang rendah tiangnya sehingga menutupi ruang udara dan cahaya pada rumah orang lain maka, haram hukumnya.
Saya menyeru kepada guru-guru yang terlibat agar meninggalkan sikap memakai barang kemas dan perhiasan yang berlebih-lebih ketika berada di sekolah. Selain menghindarkan riak, kejadian ragut dapat dielak, fikiran anak-anak yang sedang membesar juga tidak terganggu sehingga perwatakan watak-watak buruk sebuah filem yang direka untuk menyindir kelompok-kelompok tertentu disamakan tarafkan kepada guru oleh anak seusia 7 tahun. Jika tidak, kesannya amat besar kepada perkembangan mental anak-anak. Jangan hairanlah kelak nanti, ada anak-anak murid yang menjadi penyamun atau perompak di sekolah semata-mata mahu merasa menjadi cantik dan bergaya sebelum waktunya gara-gara dirangsang persekitaran. Ketika itu, siapakah yang harus dipersalahkan? Biasanya, murid akan dihukum tanpa mengambilkira punca-punca yang mendorong dan merangsang mereka menjadi perompak.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sewajarnya mengambil perhatian terhadap kisah ini. Mungkin kisah seperti ini sudah sering terjadi tetapi tidak dilihat sebagai satu isu. Isu ini kecil saja tapi kesannya besar. Mungkin sudah sampai waktunya, KPM menkaji semula peraturan berpakaian dan berhias para guru kita. Jika etika berpakaian sudah diwujudkan dan pemakaian barang kemas berlebihan juga sudah dimasukkan dalam etika ini, kenapa ia tidak dipatuhi ? KPM perlu segera kuatkuasakan etika ini sebelum anak-anak kita mula bertanya kenapa guru berpakaian seperti taukeh emas , dan macam-macam lagi.
Kesimpulan yang dapat saya ambil mudah sahaja, sekolah sebagai pengeluar produk manusia seharusnya diperkemaskan dengan jentera-jentera yang mampu memberi kualiti kepada produknya dan bukannya memadatkan sekolah dengan alat-alat sampingan yang dikenalpasti hanya akan menjejaskan kualiti produk sekolah. Guru sebagai jentera utama dilihat murid sebagai salah satu sumber pembelajaran mereka jadi, janganlah guru-guru kita menjadi seperti ibu ketam yang bersungguh-sungguh mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan ibu itu sendiri tidak mampu melakukannya.
Salam Bg Nazri,
BalasPadamcerita pasal guru. Semasa menuntut d SMKTandek dahulu pun ada cerita lebih kurang begini..tp bukan pasal pemakaian yang bermewah2. Cuma, seseorg yang mahu menjadi pendidik sepatutnya tahu pengertian PENDIDIK anak bangsa, tdk kira anak2 dari seberang sana atau di Sabah dan Sarawak. Tapi ada sorg guru ppuan ni, dri semenanjung dulu cakap apa...? Dia menyesal sebab dihantar ke Sabah, dia tidak tahan degn kampung org ulu-ulu. Ketinggalan zaman dan berbagai lagi kosa kata yang diucapnya menghiris hati kami..pada ketika itu. Kalau pendidik macam ini, baik tak payahlah jd pendidik. Dia sendiri sptutnya terlebih dahulu belajar tntg kehidupan. Saya ingat cikgu tu, masih ingat sampai sekarang....
Salam,
BalasPadamMenarik kali ini apa yg saudara lontarkan,nampak saudara punya ketajaman akal yg menarik. Kalau nak dikatakan pengaruh filem dan watak memang sudah lama berleluasa. Masyarakat kita sekarang membesar melalui pengaruh filem & drama yg berstatus sampah dan tidak ada nilai-nilai baik. Ini ditambah lagi dengan sikap guru-guru yg hanya berstatus mua'alim sahaja tidak berperanan sebagai Mura'abi.