Kelas Mualaf Kg. Morisinsim, Kota Marudu anjuran USIA Baitun Nur bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 4.00 petang selepas Asar.
Bangunan KAFA Kg. Morisinsim
turut digunakan sebagai kelas pengajian para mualaf yang terdiri dari 51 orang pelajar lelaki dan wanita dari suku Dusun Kimaragang, Dusun Rungus dan Dusun Tombonuwo
mereka buta ilmu? Mampukah pendakwah dari kalangan mereka lahir dalam masa 6 bulan? Jawaban bagi persoalan ini harus dinyatakan dengan jelas. SMS ketika baru 1 tahun memeluk Islam, bacaan sembahyang pun masih lintang pukang. Sehingga hari ini pun, SMS masih buta ilmu. Apa lagi mereka yang masih baru ini....
Meskipun mereka sudah memeluk Islam puluhan tahun di tangan para pemimpin USNO dan BERJAYA satu masa dulu, mereka masih merangkak-rangkak mencari ilmu Islam. Semuanya berpunca dari keciciran dan ketiadaan guru .
Mereka diberi minum pagi dan petang juga makan tengahari. Mereka juga diberi tambang oleh pihak USIA
Ketika SMS merakamkan gambar mereka, SMS sempat memberi perangsang kepada pelajar.
Buku rujukan, Iqra dan buku-buku Fardu Ain amat diperlukan sebagai bahan bacaan mereka dalam membina asas ilmu Islam.
Mereka bagaikan kolah yang kosong. Terima apa sahaja yang mereka dengar, lihat dan yakin. Mudah bagi para pendakwah ( Murabbi ) menyampaikan Islam dalam masyarakat ini.
Tarikh: 25 Febuari 2009 - Sabah Times
Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, melalui program “Baitun Nur” (Pusat Bimbingan Suadara Kita) yang telah dan akan akan terus dilaksanakan merupakan pendekatan (USIA) bagi membantu golongan mualaf di negeri ini untuk mendalami kefahaman mereka terhadap ajaran Islam yang sebenarnya.
“ Program ini telahpun berjalan sejak tahun lepas setakat ini kita telah diadakan di beberapa buah daerah iaitu Papar, Keningau ,Tengod,Kota Marudu dan akan menyusul di Bangi Kudat pada Bulan April akan datang” katanya ketika ditemui disini selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (USIA) di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai dan turut dihadiri oleh Naib Yang Dipertua Datuk Nasir Tun Sakaran,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Ketua Penerangan Haji Salsidu Ibrahim
Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penyelaras Program Program, Mualaf Sabah Mohd.Nazri Abdullah yang mendakwa kebajikan golongan ini terabai dan menjadi punca segelintir saudara baru kembali kepada agama asal mereka.
“ Sebagai salah sebuah pertubuhan Islam di negeri ini, (USIA) mengambil makanisme serta turut memainkan peranannya bagi membantu golongan ini agar mereka lebih dekat dan memahami ajaran Islam melalui bimbingan program yang berjalan selama enam bulan yang merangkumi bimbingan aqidah,syariah,akhlak dan pengajian Al Quran” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan Ahli Parlimen Beaufort itu juga yakin kerajaan melalui jabatan dan agensi yang berkaitan turut membantu golongan ini termasuklah dari segi bimbingan,bantuan termasuklah pemberian zakat.
Beliau juga turut meminta golongan ini agar tidak meminggirkan diri dari program program yang disediakan oleh kerajaan termasuklah program-program dakwah yang dianjurkan oleh pertubuhan pertubuhan Islam agar mereka tidak terpinggir.
“ Diperingkat (USIA) selain program program keilmuan yang disediakan oleh pertubuhan ini kita juga mempunyai pegawai pegawai dakwah yang sedia membantu dari segi kefahaman beragama dan adalah lebih baik mereka memohon menjadi ahli (USIA) dimana kita akan dapat selaraskan program program yang sesuai mengikut bahagian masing-masing” tambah Lajim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi