SMS bersama keluarga bukan Islam. Meskipun berlainan agama, namun kemesraan dan silaturrahim sesama keluarga tetap utuh. Tidak ada sengketa seperti di Palestin. SMS dan sanak saudara hidup damai serta saling hormat menghormati. Inilah ajaran Islam.
Hadith : |
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” ( Riwayat Al-Tabarani ) |
Barang-Barang Masjid Yang Tidak Digunakan Lagi
Persoalan :
Bagaimanakah kedudukan barang-barang masjid yang tidak digunakan lagi untuk masjid tersebut ?
Keputusan Fatwa :
Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Syaaban 1423 bersamaan 22 Oktober 2003 telah membuat keputusan seperti berikut :
Alhamdulillah Fatwanya,
" Bahawa perkakasan lama masjid yang dirobohkan untuk pembinaan semula hendaklah disimpan untuk kegunaan masjid pada masa yang akan datang atau digunakan untuk pembinaan masjid baru yang akan dibina. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihibahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan jika sekiranya tiada, maka hendaklah dihibahkan kepada madrasah atau balai masjid atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan Islam.
Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain (barang) tersebut, atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan masjid. "
( Jabatan Mufti Negeri Johor )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi