SIRI LAWATAN, CERAMAH & RAWATAN
PROF. DR. ABDUL RAHIM SALAM
Ke-
dengan Suara Mualaf Sabah ( SMS )
& Suara Anak Marudu ( SAM )
DAERAH KOTA MARUDU & RANAU
DR. ABDUL RAHIM SALAM
Mendapat pendidikan ijazah pertama dalam pengkhususan Fizik (BSc) dari Universiti Malaya dan ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Fizik Gunaan dari
Di antara pengalaman pentadbiran beliau adalah sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya dan Ketua Saintis Kementerian Pertahanan
Minat terkini beliau adalah untuk memahami kewujudan entiti-entiti Alam Fizik dan Alam Metafizik, iaitu Fizik Dwi-Alam (Dual-Universe Physics), sifat-sifat jirim, gelombang dan bentuk-bentuk tenaga dalam kedua-dua alam ini. Juga bagaimana entiti-entiti tersebut berupaya melintasi sempadan Fizik Dwi-Alam sehingga berlakunya interaksi di antara entiti-entiti tersebut. Akhir sekali, bagaimana ilmu ini boleh digunakan untuk membantu memahami unsur-unsur penyakit dalam alam zahir dan ghaib supaya boleh dimanfaatkan
CERAMAH
Perubatan Fizik & Metafizik:
TAMRINUL THABIT (SENAMAN STATIK)
Senaman jasad dan pernafasan yang melibatkan posisi tertentu. Tujuan senaman ini adalah untuk membina kesihatan jasad zahir, kelancaran prestasi nafas dan kelancaran pergerakan otot-otot dan perjalanan darah. Manafaat utama adalah untuk meringankan serangan tekanan dikepala, sakit kepala dan migraine. Boleh dilakukan oleh semua peringkat umur, tetapi amat digalakkan bagi warga tua dan wanita.
THAQATUL SHU’A (TERAPI PERUBATAN)
Diagnosis yang menggunakan kaedah imbasan pancaran tenaga (aura) untuk mengesan jenis-jenis kecederaan, sama ada pada jasad zahir atau tersembunyi atau sakit yang wujud dalam bentuk zahir atau dalaman. Rawatan ke atas pesakit adalah secara kaedah saintifik dan kaedah rohaniah.
Tarikh & Tempat:
1. 2hb - 3hb Julai 2009( Masjid Kg. Lingkudau, Ranau)
2. 6hb - 7hb Julai 2009 ( Kota Marudu. Tempat akan diberitahu 2 hari sebelum program )
Tentatif Program:
- 9.30 Pagi- 10. 30 pagi: Pendaftaran.
- 10. 30 Pagi- Zohor: Ceramah Perubatan Fizik & Metafizik;
- 2.00 petang-Isyak: Sesi Rawatan.
- Solat Maghrib berjemaah & ceramah agama (selepas Maghrib)
disampaikan oleh Hj. Abdul Halim Abas
Pendakwah BEBAS dan Penulis Buku Bagaimana Menjadi Wali
Perhubungan:
1. Ranau-Suara Mualaf Sabah (SMS);
Nazri Abdullah/ Aldusuni 019-8827449
2. Kota Marudu-Suara Anak Marudu (SAM);
Androd/ Sanguru 019-5339378
Nota: Sesi rawatan terbuka kepada semua pesakit gangguan jin, makhluk halus, saka dan pelbagai penyakit yang tidak dapat dikesan perubatan moden ( berkaitan batin ). Para pesakit diminta membawa air ( satu botol) dan limau kapas ( 3 biji).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'SUDAHKAH ANDA SOLAT '
Kepentingan Menjaga Solat Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi