Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Jumaat, 12 Jun 2009

Wakil Rakyat Jadi Pendakwah ?


Suara Mualaf Sabah- Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan antara wakil rakyat yang prihatin terhadap perkembangan dakwah di Sabah. Beliau juga banyak membantu para mualaf khususnya di Kota Marudu, Ranau, Pitas, Matunggung dan Tampaluri melalui SMS. Tidak hairan jika beliau dikenali di kalangan masyarakat mualaf kerana sumbangan beliau terhadap usaha dakwah yang dibuat SMS selama ini. Tidak ramai wakil rakyat muslim di Sabah dapat melakukan tugas sebagai pendakwah selain menjadi wakil rakyat . Sudah sampai masanya para wakil rakyat muslim di Sabah menjadi pendakwah secara langsung di kawasaan masing-masing. Sekiranya ini berjaya dilaksanakan oleh setiap wakil rakyat muslim, kejahilan dan buta huruf agama di kalangan penganut Islam khususnya para mualaf pasti dapat diatasi di Sabah.

Festival Kafa nilai prestasi guru, tingkat pengetahuan murid

TAWAU 11 Jun - Penganjuran Festival Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) mampu menjadi kayu pengukur untuk menilai kualiti pengajaran kelas tersebut kepada kanak-kanak.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, festival itu yang diperluaskan kepada guru Kafa amat sesuai dalam memperkukuhkan pengetahuan murid di samping berusaha meningkatkan kualiti pengajaran guru.

''Sebagai pendidik, guru harus sentiasa memastikan mereka berusaha meningkatkan pengetahuan dan prestasi sesuai dengan perkembangan semasa," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Penutupan Majlis Ihtifal (Festival) Murid dan Guru Kafa Peringkat Daerah Tawau di Dewan Exora Maktab Rendah Sains Mara di sini semalam.

Tawfiq berkata, guru Kafa perlu mengatasi serta memperbaiki kelemahan dalam pengajaran masing-masing bagi merangsang pendidikan di kalangan pelajar Kafa.

''Pada masa sama, guru-guru Kafa juga diingatkan supaya sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugas dan amanah mendidik kanak-kanak kerana ia merupakan tanggungjawab daripada Allah SWT.

''Kita tidak akan melihat kesannya pada hari ini, tetapi kita akan melihat kejayaan anak-anak didik ini 10 atau 20 tahun akan datang.

''Melihat kejayaan anak-anak murid ini pada masa akan datang adalah kepuasan yang tidak boleh dinilai sama sekali," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau turut mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa Kafa peringkat mukim di daerah ini.

Jawatankuasa tersebut berfungsi menjadi pemantau dan jambatan penting pihak Kafa untuk berhubung dengan pihak kepimpinan di peringkat negeri dan nasional.

Dalam masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas juga menasihatkan ibu bapa agar tidak terlalu bergantung kepada guru dalam mendidik anak mereka.

''Ibu bapa harus sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan memberikan mereka pendidikan agama yang secukupnya agar kehidupan sahsiah mereka sentiasa terarah," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi