Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Sabtu, 11 April 2009

Realiti...


Hanya melihat jam dan membetulkan kedudukan jam di tangannya seolah-olah menyembunyikan rasa malunya pada jamaah lain.


Duduk Tahiyyat Awal. Lihatlah tangan beliau serta muka dan matanya. Dia hanya melakunkan solat. Pun, tidak betul. Berapa ramaikah lagi di kalangan para mualaf yang hanya mampu seperti ini? Apa mereka yang mengislamkan beliau ini tidak merasa berdosa melihat muridnya hidup serba jahil, sedang kematian mula menjenguknya. Mampukah soalan kubur dijawab? Atau nanti orang ini akan menjawab dan berkata pada Allah," wahai Tuhanku ... aku tuntut mereka yang mengislamkan aku kerana tidak mengajarkan padaku tentang ajaran agama-Mu ini..." MAKANYA SELAMA INI, SMS TIDAK BERHENTI MEMOHON, MEMINTA DAN MERAYU PIHAK-PIHAK BERKAITAN AGAR MENDEKATI SEKALI GUS MENDALAMI PERMASALAHAN PARA MUALAF DI SABAH.

Islam diterimanya dalam program pengislaman beramai-ramai oleh kerajaan BERJAYA di Kota Marudu. Lihatlahlah solatnya. Beginilah perlakuannya selepas mengangkat takbir pertama. Kenapa ia berlaku ? di mana silapnya? salah siapa? SMS sehari suntuk bersama mereka hari ini dalam program dakwah berbentuk perubatan melihat keadaan ini dengan hati kecewa. Islam yang mereka terima dari pihak kerajaan suatu ketika dulu hanya bermotifkan kepentingan dan keuntungan. Inilah kesannya. Berlaku di depan mata kita.


ARKIB : 09/04/2009 - Utusan Malaysia


Pertubuhan Islam perlu perhebat dakwah saudara baru



KUDAT 8 April - Semua pertubuhan Islam di negeri ini perlu memperhebatkan program dakwah di kalangan saudara baru bagi membantu mereka terus menghayati ajaran Islam.

Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Abdullah Hussin berkata, langkah itu penting bagi memastikan keberkesanan program dakwah yang dilaksanakan di kalangan saudara baru di negeri ini.

"Mereka memeluk Islam bukan disebabkan mahu mengubah nasib dalam kehidupan tetapi lebih kepada mencari nilai-nilai murni dalam Islam itu sendiri.

"Jadi usaha berterusan harus dilakukan oleh semua pihak bagi membimbing mereka mendalami Islam," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program Baitun Nur di Pulau Banggi di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Mijul Unaini; Penolong Pegawai Daerah Banggi, Aliuddin Mohd. Onon dan Penolong Setiausaha Agung USIA, Uda Sulai.

Menurut Abdullah, program dakwah secara berterusan juga penting bagi mengelakkan mereka kembali kepada agama asal mereka.

"Sehubungan itu, satu pendekatan baru juga seharusnya digunakan dalam program dakwah iaitu dengan menumpukan kepada memperkukuh akidah saudara baru supaya mereka tidak terfikir untuk kembali kepada agama asal.

"Pendekatan seperti ini merupakan antara elemen yang kita laksanakan dan terkandung dalam program Baitun Nur yang dijalankan dalam tempoh enam bulan di mana para peserta akan dibimbing dari segi akidah, syariah dan akhlak di samping pengajian al-Quran," katanya.

Abdullah berkata, kebajikan saudara-saudara baru juga perlu diberi perhatian seperti dengan cara mengoptimumkan dana zakat untuk aktiviti dakwah kepada saudara baru.

Sementara itu Mijul berkata, umat Islam khususnya peserta program tersebut perlu memanfaatkan sepenuhnya ilmu pengetahuan yang diperoleh sepanjang menjalani program itu.

"Program ini sesungguhnya merupakan wadah terbaik bagi peserta mendalami Islam. Ia secara tidak langsung dapat mendekatkan peserta dengan ajaran Islam sebenar dan turut membantu menjadikan mereka modal insan cemerlang," katanya.

3 ulasan:

  1. HAKIKATNYA AKU TIDAK ADA APA-APA
    Tidak ada apa pun yang ada padaku
    Engkau suruh aku beribadah, aku pun beribadah
    Aku pun beribadah, kemahuanku beribadah adalah kemahuan-Mu
    Aku berusaha dan bertenaga ke arah itu semuanya qudrat dan kehendak-Mu
    Engkau suruh aku membuat kebaikan
    Setakat yang termampu aku membuatnya
    Aku membuat setakat yang termampu adalah juga kehendak dan takdir dari-Mu
    Tidak ada pun campur tanganku
    Segala-galanya dari-Mu, terima kasih Tuhan
    Aku patut bersyukur kepada-Mu
    Engkau larang aku membuat maksiat
    Sejauh yang termampu aku menjauhinya
    Gerakan hatiku hendak meninggalkannya bukankah taqdir dari-Mu,
    Engkau yang menggerakkan
    Setakat yang termampu bukankah juga qadha dan qadar-Mu
    Hakikatnya aku tidak ada usaha sekalipun sebesar habuk
    Walaupun berusaha itu suruhan-Mu
    Kalau begitu kalau ada pun sedikit kebaikan yang aku buat aku tidak boleh berbangga
    Sepatutnya aku bersyukur kepada-Mu
    Jika kejahatan yang aku buat walaupun hakikatnya dari Engkau juga
    Sebagai beradab biarlah aku mengaku bersalah,
    memang hamba sifatnya bersalah
    Engkau sebenarnya tidak menzalim,
    Maha Suci Engkau
    Mesti ada hikmah yang tersembunyi yang aku tidak tahu
    Aku baik sangka dengan-Mu
    Mungkin juga selepas berdosa aku memohon ampun kepada-Mu
    Itulah yang Engkau mahu
    Aku pun memohon ampun, Engkau pun mengampunkan aku

    BalasPadam
  2. TAQWA ASET DUNIA AKHIRAT
    Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat ,
    Sumber bantuan,sumber rezeki,sumber kemenangan,
    Kalau ingin musuh dikalahkan,
    baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan,
    Taqwa lebih tajam dari pedang,
    Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden,
    Di dalam perjuangan,bukan senjata persiapan utama,
    Walaupun senjata disuruh mengadakannya,
    Membaiki diri lebih utama melakukannya,
    Di dalam berhadapan dengan musuh,
    ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandang,
    Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam,

    Tapi umat Islam di dalam perjuangan sudah ramai melupakannya,
    Di dalam berjuang,dosa juga dilakukannya,
    Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan,
    ternafilah ketaqwaannya,
    Tuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh dengan sendiri,
    Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik
    dan canggih dari umat Islam,
    Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan di dalam perjuangan, Kedua-dua senjata tidak dimiliki,
    samada senjata rohani mahupun senjata lahir,
    Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin,
    Lebih-lebih lagi di masa berjuang,
    Ia bukan menjadi senjata umat Islam,
    Orang mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya,
    Orang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwa,
    Oleh itu usahakan ketaqwaan,terutama di dalam perjuangan,
    Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam,
    Awasilah di dalam perjuangan,membuat dosa dan kesilapan,
    Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang,
    Kita akan kecundang dan menerima nasib yang malang.

    BalasPadam
  3. Salam,
    Tahniah blog anta yang hebat ini. Semoga berterusan dengan Dakwah Islamiah secara konsisten malah istiqamah.

    Cuma saja berhikmah dalam apa jua tinta dan kalam adalah lambang kehebatan peribadi seorang muslim.

    Ikhlas dari
    Abu Alghazali
    www.pustakaalghazali.wordpress.com

    BalasPadam

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi