Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Sabtu, 4 April 2009

Islam di Ranau


Suara Mualaf Sabah mencadangkan kepada pihak kerajaan Sabah dan pihak-pihak berwajib khususnya Jabatan Agama Persekutuan dan Negeri Sabah agar mengambil tindakan segera kepada saudara-saudara baru;

  1. Buka pusat latihan dakwah sedia ada untuk saudara baru ( mualaf ) - Tindakan JAKIM
  2. Pihak USIA diminta menghidupkan semula penghantaran saudara baru menunaikan fardhu haji sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini ( lihat carta di bawah )
  3. Pendaftaran semula saudara baru. Ia perlu dilakukan oleh JHEAINS agar data sebenar saudara baru dapat dikemaskini sekali gus menyambung data yang telah dibuat oleh USIA sebelum ini. ( lihat carta di bawah, untuk rujukan )
  4. Saudara baru ( mualaf ) yang masih bersekolah perlu dibiayai persekolahan mereka. Ini kerana, ada di antara mereka terputus sumber kewangan apabila bertukar agama.
  5. Lantik seorang senator saudara baru ( mualaf )






9 perkara di atas merupakan sumbangan besar USIA di Sabah . Kemuncak sejarah ini adalah sekitar tahun 1973 - 1975 . Antara tahun ini, program pengislaman beramai-ramai di kalangan masyarakat Dusun Sabah, dibuat USIA. Kerajaan Sabah di bawah parti USNO berjaya dalam program menaikkan Islam di Sabah, namun gagal memberi ilmu kepada masyarakat Dusun yang telah diislamkan. Tidak dinafikan, perlunya mereka yang bukan beragama Islam didakwah agar mereka menemui kebenaran, tetapi jika penyampaiannya kurang tepat, maka tamparan buruk akan kembalinpada umat Islam itu sendiri. Tindakan segera perlu dibut oleh pihak-pihak berwajib agar kesucian Islam kembali bersinar di bumi Sabah.



Carta pengislaman kelolaan USIA sejak 1970 hingga 1991
mencecah seratus ribu dan terdiri daripada masyarakat Dusun. 1970 - 1976 merupakan kemasukan paling ramai iaitu melebihi lapan puluh ribu.



Carta keahlian USIA bermula 70-an hingga 2000. Jika dijumlah, keahliannya hampir seratus dua puluh ribu. Apakah dengan jumlah besar ini USIA tidak dapat melahirkan ilmuwan -ilmuwan Dusun? Ke mana perginya seratus lebih orang ini dan generasi mereka?


Antara pemimpin USIA di peringkat awal penubuhan



Gambar kiri; Pengembang & pendakwah Islam di Sabah. Perubatan, pendekatan yang digunakan berjaya menarik masyarakat Dusun mendekati Islam. Gambar sebelah kanan; bersongkok, merupakan orang Dusun pertama menerima Islam di tangan Mohammad Sarip Ambik atau lebih dikenali oleh masyarakat Dusun Ranau sebagai ( Bapa Tua )

Mohd Ali Kondolis, orang pertama di kalangan orang Dusun Ranau yang menerima Islam. Beliau antara pengembang Islam selepas ( Bapa Tua ).

Mohd Sarip Ambik bersama Shariff Ismail ( Papar ) .





Nasihat untuk Pendakwah
Hadith :

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”


(Bukhari & Muslim)

3 ulasan:

  1. assalam,saya sedang menyiapkan sebuah buku bertajuk sejarah perkembangan islam di sabah sebelum merdeka-suatu penilaian.salah satu bab dalam buku ini khas untuk pengembang agama awal di sabah sebelum merdeka,mungkin pihak saudara dapat membantu dari segi memberi maklumat atau dokumen untuk dimuat dalam buku saya ini.t.kasih.roslan_m_2005@yahoo.com

    BalasPadam
  2. Sekarang ini di Ranau ramai kakitangan kerajaan masyarakat Dusun beragama Islam menjadi kaki peminum,kaki karaoke,kaki perempuan tagalog,kaki sabung,judi dll dan tidak pula berkurang malahan makin bertambah. Aktif rumamai setiap malam di karaoke sebab ada duit. Yg muda muda pun bila dapat pekerjaan yg bagus sikit mulai mulai sudah balajar moginum di karoke. Tu sebab Islam di Ranau tidak berkembang lagi sekarng ni, kan?

    BalasPadam
  3. assalamualaikum wbt.. saya pun ingin mendapatkan maklumat berkaitan penyebaran islam untuk suku kaum dusun di ranau khususnya.. kalau dapat, pihak bolg ni dapat membantu dalam memberikan maklumat yang berkaitan di email saya ini... syukran... pemilik blog ni, encik nazri raihan kah? harap dapat balasan secepatnya.. sabe_sara@yahoo.com

    BalasPadam

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi