Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Rabu, 8 April 2009

Had umur berzakat


Wanita Islam Dusun Ranau

SOALAN:

SEORANG pelajar tadika berumur lima tahun mempunyai simpanan sebanyak RM20,000. Seorang nenek yang sudah tua dan nyanyuk, yakni sudah lupa untuk mendirikan solat juga mempunyai banyak barangan kemas daripada emas. Adakah mereka ini wajib berzakat? Bolehkah zakat mereka diwakilkan pembayarannya?

JAWAPAN

Sesungguhnya, syarat wajib zakat itu ada lima, iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul. Jadi akil (berakal) dan baligh (cukup umur) bukanlah syarat wajib zakat.

Maka itu, ulama menyatakan kanak-kanak dan orang yang sudah hilang akal, sama ada kerana nyanyuk atau gila juga wajib berzakat, yakni ditunaikan oleh waris mereka.

Di samping itu, jika pemilik harta tidak mampu menunaikan zakatnya, mungkin disebabkan kesibukan atau sakit, maka bolehlah dia mewakilkan orang lain untuk menunaikan zakat harta itu bagi pihak dirinya (yakni diambil daripada hartanya sendiri). Wallahua'lam

2 ulasan:

  1. Salam, terima kasih kerana tak jemu-jemu berkongsi pengalaman dan ilmu.

    BalasPadam
  2. To saudara Nazri...

    aku ingin mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada anda kerana berusaha, berjuang dan berjihad (dalam keadaan yang serba kesusahan) memperjuangkan nasib bangsa dan agama.

    "Ya Allah, yang Maha Perkasa, Yang Maha Mendengar... berilah hidayah kepada ku, kepada kaumku, kepada seluruh umat manusia agar mereka memasuki dan mengenali agama sucimu. Wahai Tuhan seru sekalian alam, rahmati dan lindungilah usaha yang dilakukan oleh saudara Nazri serta seluruh pejuang-pejuangmu dalam mengembangkan dan menyebarkan syariatMu."

    AMIN

    p/s: kalaulah aku tahu lebih awal akan usahamu ini, aku pun ingin mengikutimu, untuk berdakwah kepada bangsaku dan seluruh umat manusia...

    Aku ingin belajar tentang agama ini...

    BalasPadam

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi