Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Khamis, 16 April 2009

Menanti Jawaban ...


Lihat kenyataan pihak JHEAINS berhubung pembinaan surau di Sabah. Tidak relevan dari segi hukum Allah. Wajibkah pembinaan surau ini merujuk kepada mereka seoalah-olah sah, batal, halal dan haram itu milik mereka . Mereka sepatutnya berterima kasih atas usaha-usaha individu atau kelompok yang prihatin membina surau di Sabah. Cukuplah mereka menjadi pemantau arah qiblat, penasihat reka bentuk dan sebagainya kiranya dikhuatiri bangunan yang dibina tidak menepati ciri-ciri bangunan peribadatan. Lihatlah bangunan di atas, bukan sahaja mereka telah merujuk pihak-pihak berkaitan malah mereka juga telah mengeluarkan kos pembinaan, tapi apa hasilnya ? Terbiar dan ditinggalkan tanpa pengisian program dan akhirnya jadi tempat tinggal. Entah siapa pula yang beri izin mereka tinggal di bangunan KAFA ( Nama bangunan KAFA dipadam )


Sepanjang perjalanan hanya 3 x SMS bertembung dengan kereta. Kiri kanan hutan tebal dan berbukit.


Sepanjang jalan menuju ke kampung Gayaratau. 3 kali tersangkut dan akhirnya SMS berpatah balik setelah menempuh lebih kurang 25 km perjalanan dari jalan utama Tampaluri. SMS tidak sampai ke kampung Gayaratau.


Kenderaan SMS mengalami kepanasan akibat naik turun bukit . Bukit-bukit mencabar kepintaran si Kancil menjelajah jalan-jalan berbatu di pedalaman Sabah.


Bumbung surau kelihatan dari pandangan atas jalan. Apa penjelasan pihakJabatan Agama Negeri berkaitan perkara ini ? Kenapa mereka terus-terusan membuat penafian ...

SMS kira surau ini merupakan sisa-sisa peninggalan kerajaan BERJAYA. Mendapat peruntukan pembaikan sekali gus dijadikan projek kambing hitam oleh pihak wakil rakyat di sini. JHEAINS sepatutnya tahu kewujudan surau ini. Apa lagi alasan JHEAINS selepas ini ? Kita tunggu sama-sama. SMS nampak dari atas jalan, ada baju-baju bersidai di beranda, di samping pukat bersangkut, bekas air dan cadar. Memang sah surau ini dijadikan rumah yang tidak diketahui sama ada penghuninya seorang muslim atau sebaliknya. Di jambatan bambu menuju pintu masuk surau ini, duduk seekor anjing, mungkin milik tuannya dengan ekor bergoyang-goyang.

Daftar sebelum bina surau - JHEAINS

( Utusan Malaysia )

KOTA KINABALU 15 April - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) meminta penduduk yang mahu mendirikan surau di kawasan mereka supaya mengemukakan permohonan kepada jabatan itu terlebih dahulu.

Pengarah JHEAINS, Amri Suratman berkata, langkah itu penting bagi membolehkan bantuan termasuk penyenggaraan dan pembangunan dapat disalurkan kepada surau berkenaan.

"Kita tidak mahu ia mendatangkan masalah kepada penduduk kemudian hari. Jadi kita amat mengharapkan kerjasama mereka untuk mendaftar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kebanyakan punca utama yang menyebabkan berlaku masalah surau terbiar dan tidak disenggara dengan baik adalah kerana surau berkenaan tidak didaftarkan di bawah JHEAINS.

Beliau menambah, JHEAINS tidak boleh mengeluarkan peruntukan sesuka hati kerana ia tertakluk pada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Katanya, setakat ini lebih 1,000 surau di seluruh Sabah telah didaftarkan di bawah JHEAINS.

"Peruntukan setiap surau di sini mengikut keperluan surau tersebut dan kami akan melantik juruteknik untuk melakukan kajian sebelum peruntukan diberikan.

"Kebiasaannya untuk membina satu surau pihaknya akan membelanjakan hampir RM500,000 mengikut keperluan surau tersebut," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi