Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Selasa, 16 Jun 2009

Fenomena azan


Asal Usul Azan Hadith :

Dari Abdullah bin Umar katanya:”Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a:” Bukankah lebih baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu sembahyang?” Bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.”

(Muslim)



Jumaat, 12 Jun 2009

SMS dan Sanak Saudara...


SMS bersama keluarga bukan Islam. Meskipun berlainan agama, namun kemesraan dan silaturrahim sesama keluarga tetap utuh. Tidak ada sengketa seperti di Palestin. SMS dan sanak saudara hidup damai serta saling hormat menghormati. Inilah ajaran Islam.


Dr. Nellson bin Maisin & SMS di majlis kenduri kahwin keluarga



Hadith :

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
( Riwayat Al-Tabarani )

Barang-Barang Masjid Yang Tidak Digunakan Lagi

Persoalan :

Bagaimanakah kedudukan barang-barang masjid yang tidak digunakan lagi untuk masjid tersebut ?

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Syaaban 1423 bersamaan 22 Oktober 2003 telah membuat keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah Fatwanya,

" Bahawa perkakasan lama masjid yang dirobohkan untuk pembinaan semula hendaklah disimpan untuk kegunaan masjid pada masa yang akan datang atau digunakan untuk pembinaan masjid baru yang akan dibina. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihibahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan jika sekiranya tiada, maka hendaklah dihibahkan kepada madrasah atau balai masjid atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan Islam.

Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain (barang) tersebut, atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan masjid. "

( Jabatan Mufti Negeri Johor )


Wakil Rakyat Jadi Pendakwah ?


Suara Mualaf Sabah- Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan antara wakil rakyat yang prihatin terhadap perkembangan dakwah di Sabah. Beliau juga banyak membantu para mualaf khususnya di Kota Marudu, Ranau, Pitas, Matunggung dan Tampaluri melalui SMS. Tidak hairan jika beliau dikenali di kalangan masyarakat mualaf kerana sumbangan beliau terhadap usaha dakwah yang dibuat SMS selama ini. Tidak ramai wakil rakyat muslim di Sabah dapat melakukan tugas sebagai pendakwah selain menjadi wakil rakyat . Sudah sampai masanya para wakil rakyat muslim di Sabah menjadi pendakwah secara langsung di kawasaan masing-masing. Sekiranya ini berjaya dilaksanakan oleh setiap wakil rakyat muslim, kejahilan dan buta huruf agama di kalangan penganut Islam khususnya para mualaf pasti dapat diatasi di Sabah.

Festival Kafa nilai prestasi guru, tingkat pengetahuan murid

TAWAU 11 Jun - Penganjuran Festival Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) mampu menjadi kayu pengukur untuk menilai kualiti pengajaran kelas tersebut kepada kanak-kanak.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, festival itu yang diperluaskan kepada guru Kafa amat sesuai dalam memperkukuhkan pengetahuan murid di samping berusaha meningkatkan kualiti pengajaran guru.

''Sebagai pendidik, guru harus sentiasa memastikan mereka berusaha meningkatkan pengetahuan dan prestasi sesuai dengan perkembangan semasa," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Penutupan Majlis Ihtifal (Festival) Murid dan Guru Kafa Peringkat Daerah Tawau di Dewan Exora Maktab Rendah Sains Mara di sini semalam.

Tawfiq berkata, guru Kafa perlu mengatasi serta memperbaiki kelemahan dalam pengajaran masing-masing bagi merangsang pendidikan di kalangan pelajar Kafa.

''Pada masa sama, guru-guru Kafa juga diingatkan supaya sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugas dan amanah mendidik kanak-kanak kerana ia merupakan tanggungjawab daripada Allah SWT.

''Kita tidak akan melihat kesannya pada hari ini, tetapi kita akan melihat kejayaan anak-anak didik ini 10 atau 20 tahun akan datang.

''Melihat kejayaan anak-anak murid ini pada masa akan datang adalah kepuasan yang tidak boleh dinilai sama sekali," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau turut mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa Kafa peringkat mukim di daerah ini.

Jawatankuasa tersebut berfungsi menjadi pemantau dan jambatan penting pihak Kafa untuk berhubung dengan pihak kepimpinan di peringkat negeri dan nasional.

Dalam masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas juga menasihatkan ibu bapa agar tidak terlalu bergantung kepada guru dalam mendidik anak mereka.

''Ibu bapa harus sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan memberikan mereka pendidikan agama yang secukupnya agar kehidupan sahsiah mereka sentiasa terarah," katanya.

Rabu, 10 Jun 2009

SMS Dan Keluarga


Kalau datang ke majlis kenduri kendara di Tandek jangan takut-takut, jangan was-was sebab makanan dikendalikan oleh saudara mara Islam. Gambar atas; SMS dan rakan bloggers dari Suara Anak Marudu
( SAM )



Islam tidak mengajar umatnya bersikap tertutup meskipun anutan kepercayaan berlainan. Hubungan keluarga masih menjadi keutamaan dan dipelihara. Begitu juga hak sebagai saudara tetap dilaksanakan seorang muslim kepada keluarga yang bukan muslim.

Sebahagian keluarga SMS ; bukan beragama Islam dari sebalah ibu dan bapa.



Gaya menarik; SMS sangat tertarik dengan 3 orang beradik
( baju hijau ).

Sejak kecil hingga ke hari ini beginilah cara mereka berpakaian ke majlis-majlis keramaian dan kenduri kendara, apa lagi pada bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri...Ibu dan ayah 3 beradik comel ini merupakan penganut Kristian, manakala nenek dan pakcik-pakcik mereka adalah penganut Islam. Menurut nenek mereka, adik beradik ini turut berpuasa ketika menjelang bulan Ramadhan dan berbuka puasa bersama mereka. SMS sangat menghormati sikap kedua orang tua mereka , bukan kerana ada hubungan keluarga, tetapi sikap keterbukaan mereka yang memberi pukulan TARBIAH mendalam di hati SMS.

SMS mohon maaf pada kedua ibu dan bapa si comel ini kerana mengambil gambar tanpa izin. SMS mengambil gambar ini kerana secara langsung banyak ilmu yang SMS dapat . Semoga para pembaca juga mendapat ilmu melalui gambar budak comel ini.


Suara Mualaf Sabah - Sejak cuti sekolah , jemputan kenduri kahwin di kalangan saudara mara terlalu banyak sehingga sebahagian darinya tidak dapat dipenuhi kerana kekangan masa. Yang menariknya sepanjang SMS menghadiri jemputan adalah makanan yang dihidangkan kesemuanya dikendalikan oleh orang Islam. Dua dari jemputan perkahwinan itu merupakan keluarga SMS sendiri dan mereka bukannya penganut Islam, tetapi, penyediaan makanan diurus sepenuhnya oleh keluarga Islam.


Dari Buku: Fikih Politik Menurut Imam Hasan Al-Banna.

Penulis: Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris.


Imam Hasan Al-Banna dan para pakar yang mengamati permasalahan secara objektif, menilai bahwa “problematika dan hak-hak wanita” yang sering digembar-gemborkan serta dipropagandakan di negara-negara Islam, khususnya masalah yang terkait dengan keaktifan wanita dalam forum-forum yang diselenggarakan di luar rumah, sehingga terjadi pengabaian tugas utama mereka dalam hal mendidik anak-anak dan generasi penerus estafet perjuangan agama dan bangsa.

Kroronologis permasalahan tersebut bersumber dari problematika yang kerap dihadapi oleh para wanita di Barat, yaitu ketika kaum pria di Barat baik sebagai figur bapak, suami, saudara maupun anak kandung menelantarkan dan memberikan kebebasan ruang gerak yang ekstra bagi kaum wanita. Bahkan perundang-undangan di Barat menginstruksikan para wanita bila mereka telah menginjak masa remaja, maka mereka berkewajiban membiayai kebutuhan hidup dan finansial mereka secara mandiri.

Akibatnya, kaum wanita terpaksa ikut terlibat berkarir sebagai karyawan swasta di gedung-gedung perkantoran dan bekerja sebagai buruh kasar di pabrik-pabrik. Tapi pada saat yang sama hak-hak mereka terabaikan, karena pekerjaan yang mereka lakukan sejatinya merupakan pekerjaan kaum pria, sementara upah yang mereka terima tidak melebihi separuh dari gaji kaum pria yang bekerja pada bidang yang sama. Kondisi ini menuntut kaum wanita Barat berpikir mencari solusi agar terwujudnya kesetaraan hak (sekarang berkembang menjadi kesetaraan gender. Pen) dan kewajiban mereka dengan kaum pria.

Akhirnya kaum wanita Barat berkesimpulan keharusan terlibat dalam pekerjaan di bagian-bagian administrasi perusahaan-perusahaan atau divisi tertentu yang memiliki kewenangan guna mengeluarkan aturan-aturan terkait dengan kebijakan-kebijakan seputar gaji dan hak-hak para pegawai serta karyawan. Setelah kaum wanita Barat tersadar bahwa kebijakan-kebijakan mengenai gaji tersebut tentunya berjalan sesuai dengan kebijakan yang bersumber dari hukum dan perundang-undangan yang dibuat oleh negara. Atas dasar ini, mereka mengambil langkah selanjutnya dengan berupaya sekuat tenaga agar ikut terlibat berkecimpung dalam urusan-urusan politik praktis yang akan mengantarkan mereka ke kursi-kursi parlemen, jabatan-jabatan strategis di lembaga eksekutif (pemerintahan) serta posisi-posisi berpengaruh dalam lembaga-lembaga yudikatif dan peradilan, sehingga dengan demikian mereka bisa memperjuangkan kesetaraan gender antara perempuan dan laki-laki dengan keterwakilan mereka dalam lembaga-lembaga tersebut. Namun semua itu hanya teori di atas kertas belaka yang tak terealisasi meskipun telah melewati perdebatan panjang, berat dan melelahkan.

Namun faktanya, kaum pria di Barat tetap mendominasi hampir seluruh lapangan pekerjaan, sementara kaum hawa yang berkesempatan menduduki jabatan-jabatan tertentu di berbagai institusi seperti parlemen, kementerian (departemen-departemen) serta lembaga-lembaga hukum dan peradilan, jumlah mereka sangat terbatas sekali, karena memang kaum pria lebih berkapasitas dalam wilayah-wilayah tersebut dibanding kaum wanita.

Wabah ini menular ke negera-negera berpenduduk mayoritas Muslim, padahal dalam aturan Islam seorang wanita kendati telah memasuki fase aqil baligh, ia tidak dibebankan kewajiban untuk mencari pekerjaan secara mandiri demi memenuhi kebutuhan finansialnya. Tapi dalam hal ini, laki-laki bertanggung jawab penuh terhadap nafkah dan kebutuhan finansialnya semenjak lahir sampai meninggal, baik dalam status menikah maupun telah menjanda. Sebelum seorang wanita menikah, maka tanggung jawab nafkahnya terletak pada wali, seperti bapak, saudara atau karib kerabatnya yang lain jika bapaknya telah meninggal. Adapun setelah menikah, kewajiban nafkah jatuh pada suaminya meskipun wanita tersebut kaya. Dan bila wanita tersebut ditinggal suami, baik karena motif perceraian maupun karena suaminya meninggal dunia, maka kewajiban nafkahnya kembali menjadi tanggung jawab wali seperti bapak, saudara maupun anaknya serta karib kerabat yang lain (atau menjadi kewajiban Negara).

Makanya, Anda bisa buktikan bagaimana Imam Hasan Al-Banna menjelaskan pandangan-pandangan mereka yang terkesima dan terpesona oleh peradaban Barat yang dihiasi oleh kesenangan-kesenangan duniawi yang bersifat temporal. Beliau juga membantah gagasan yang mengusung keterlibatan kaum hawa berkecimpung dan berkarir dalam aktivitas dan forum yang diselenggarakan di luar rumah sehingga berpotensi meninggalkan kewajiban utamanya sebagai ibu rumah tangga. Beliau juga menentang keras prinsip yang membolehkan “ikhtilath” (campur baur) antara laki-laki dan perempuan dalam pergaulan. Karena Imam Hasan Al-Banna memposisikan wanita separuh dari elemen masyarakat yang sangat mempengaruhi jalannya roda kehidupan dalam bermasyarakat, karena wanita merupakan sosok pendidik dan berperan sebagai “sekolah” yang akan membangun karakter dan menghasilkan lulusan-lulusan terbaik penerus cita-cita.

Tapi Islam -menurut pandangan Imam Hasan Al-Banna- memberikan ruang dan kesempatan bagi kaum hawa untuk terjun dalam dunia perpolitikan, bahkan hingga mengurus urusan peperangan. Kaum hawa berhak menentukan sikap politiknya dan mengajak orang lain terhadap pilihan politik tersebut. Beliau mengambil kesimpulan hukum semacam demikian dari intisari pemahaman Al-Qur`an dan Sunnah Rasulullah SHALLALLAAHU ALAIHI WA SALLAM. Sebagai bukti, kaum hawa turut berperan dalam Bai’at Aqabah I dan Bai’ah Aqabah II serta bai’at mereka terhadap Rasulullah dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah, tatkala Rasulullah memproklamirkan perang terhadap kafir Makkah dan mengeluarkan pernyataan penyerangan terhadap kota Makkah, karena tersebar desas-desus bahwa delegasi umat Islam waktu itu yang diwakili oleh Utsman bin Affan dinyatakan telah dianiaya dan dibunuh oleh kaum musyrik Makkah.

Wanita juga memiliki kebebasan menyebarkan sikap dan aspirasi politiknya kepada sesama mereka serta berhak menyusun strategi dan perencanaan dakwah sebagaimana mereka berhak pula melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar tanpa pandang bulu hingga terhadap kepala negara sekalipun. Kaum hawa juga berhak menuntut keadilan mereka baik lewat lembaga peradilan yang ada maupun lembaga-lembaga non-peradilan lainnya. Rasulullah SHALLALLAAHU ALAIHI WA SALLAM telah melegitimasi pengaduan istri Abu Sofyan mengenai perangai dan kebiasaannya. Kejadian itu terjadi ketika istri Abu Sofyan mendatangi Rasulullah untuk menanyakan masalah suatu hukum. Peristiwa ini terjadi di sela-sela Fathul Makkah dan saat berbai’ah. Istri Abu Sofyan berkata:



إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيْحٌ وَلاَ يُعْطِيْنِي مَا يَكْفِيْنِيْ وَوَلَدِيْ وَأَنَا آخُذُ مِنْ مَالِهِ، فَهَلْ عَلَيَّ مِنْ جُنَاحٍ ؟ فَقَالَ الرَّسُوْلُ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : "خُذِيْ مِنْ مَالِهِ مَا يَكْفِيْكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوْفِ" ِ

Artinya: Sesungguhnya Abu Sufyan merupakan sosok suami yang pelit dan tidak memenuhi hak pribadi saya selaku istri dan hak anak saya, oleh karenanya –tanpa sepengetahuan Abu Sufyan- secara diam-diam saya mencuri hartanya. Beliau kemudian bertanya: Wahai Rasulullah, berdosakah saya karena sikap tersebut? Rasul menjawab: Pergunakanlah harta Abu Sofyan itu sekedar mencukupi kebutuhanmu dan anakmu saja .

Imam Hasan Al-Banna sangat mewanti-wanti efek dari perang ideologi dan pemikiran yang sengaja dilancarkan oleh Barat terhadap negara-negara Islam dan etika yang dianut oleh kaum Muslim, khususnya yang terkait dengan masalah perempuan. Beliau juga me”warning” secara tegas para generasi Muslim yang tumbuh dan terdidik dalam asuhan pendidikan Barat, sehingga menjadikan mereka loyal dan terbiasa hidup dalam suasana kebarat-baratan serta ingin menebarkannya ke umat Islam yang menghuni berbagai negara Islam di dunia.

Imam Hasan Al-Banna berkata: “Kecende¬rungan sebagian orang yang tak hanya terjerat dalam perangkap fanatisme Barat, bahkan mereka berusaha menipu diri sendiri dengan cara menyetir hukum Islam agar sejalan dan relevan dengan sistem-sistem yang dianut Barat, sehingga dengan sadar mereka sengaja mengeksploitasi ketoleranan dan kefleksibelan hukum Islam sampai ke taraf mengeluarkannya dari koridor prinsip-prinsip Islam. Alhasil, yang terbentuk adalah hukum lain yang tak terkait sama sekali dengan prinsip hukum Islam serta dengan sengaja mereka telah mengabaikan spirit Islam dan teks-teks agama yang berseberangan dengan hasrat dan keinginan hawa nafsu mereka .
Secara ringkas, kita dapat menyimpulkan pandangan Imam Hasan Al-Banna mengenai perspektif Islam terhadap hak-hak kaum perempuan sebagai berikut:

- Islam mengangkat derajat kaum perempuan dan menjadikan mereka sebagai partner kaum pria dalam hak dan kewajiban. Islam juga mengakui hak-hak individu, hak-hak sipil dan hak-hak politik mereka.

- Islam membedakan porsi hak-hak kaum perempuan dengan kaum pria berdasarkan pada perbedaan fitrah (bawaan sejak lahir) antara pria dan wanita, perbedaan peran dan tugasnya masing-masing serta sebagai upaya memberikan jaminan keterjagaan pemenuhan hak masing-masing. Imam Hasan Al-Banna menegaskan bahwa terdapat perbedaan mendasar antara penciptaan wanita dengan penciptaan pria ditinjau dari aspek fisik dan kejiwaan, sehingga tak seorang pun bisa mengklaim bahwa peran yang diemban wanita dalam kehidupan, sama dengan peran yang diemban pria. Wanita dan pria adalah refleksi dari dua penciptaan yang berbeda sehingga peran dan misi yang diemban juga sebagiannya berbeda.

- Antara pria dan wanita secara naluri terdapat perasan (insting) saling tertarik antara satu sama lain yang menjadi landasan terciptanya hubungan antara keduanya. Tujuannya adalah sebagai upaya menjaga kelestarian jenis dan spesies manusia di muka bumi.

Lalu Imam Hasan Al-Banna juga membahas mengenai tata hubungan antara kaum pria dan kaum wanita dalam sebuah kehidupan bermasyarakat dalam poin berikut: “Kewajiban pembinaan akhlak dan moralitas kaum wanita dan mengarahkan mereka untuk menjadi pribadi-pribadi terdidik yang dibekali dengan etika-etika mulia dan akhlak-akhlak yang terpuji semenjak lahir. Beliau juga memotivasi para orang tua dan penanggung jawab guna memberikan pendidikan yang baik terhadap kaum wanita. Lantas Beliau mengutarakan berbagai teks agama dari Al-Qur`an dan Sunnah yang mengacu pada isu-isu tersebut. Imam Hasan Al-Banna sengaja menggaungkan kewajiban pendidikan wanita, karena tingkat kebutuhan wanita yang tinggi terhadap pendidikan dan pengajaran serta karena alasan beratnya misi dan peran yang menjadi motif penciptaan wanita yaitu: “mengatur urusan rumah tangga dan mendidik anak”.

Telah terjadi “diskriminasi pria dan wanita dalam Islam”. Ungkapan ini dijawab oleh Imam Hasan Al-Banna lewat ungkapan Beliau: “Islam memang membatasi pergaulan antara pria dan wanita karena mengingat alasan besarnya resiko yang akan menimpa kecuali dengan jalan pernikahan resmi”.
Imam Hasan Al-Banna menjawab para provokator gagasan “ikhtilath” (kebebasan pergaulan antara kaum pria dan kaum wanita) yang mengira bahwa memisahkan antara pria dan wanita menjadi penghalang terjadinya interaksi dan ketenangan perasaan antara dua sosok makhluk tersebut, yang akan melahirkan dampak positif terhadap kemunculan perilaku sosial seperti kelembutan perkataan, pergaulan yang baik dan norma kesopanan tingkah laku. Sedangkan memisahkan antara kedua jenis makhluk tersebut hanya akan menciptakan kerinduan yang abadi di antara mereka. Hubungan langsung antara kedua akan mengurangi masalah ini dan menjadikannya sebagaimasalah yang biasa dalm diri. Karena manusia suka terhadap apa yang dilarang, apa yang digapai tangan dan apa yang diinginkan nafsu (syahwat).

Imam Hasan Al-Banna dengan lantang dan tegas menjawab asumsi di atas bahwa akibat yang ditimbulkan oleh terjalinnya interaksi dan komunikasi antara dua makhluk tersebut berdampak pada terenggutnya kehormatan, ketidakjelasan keturunan, kerusakan jiwa, kehancuran dan konflik dalam kehidupan rumah tangga. Pola pergaulan yang tak membatasi antara pria dan wanita juga akan berdampak pada terkikisnya jiwa-jiwa kelelakian dan kewibawaan pada kaum pria sehingga mereka terhanyut dengan sifat-sifat wanita yang bersifat lembut dan lemah gemulai. Hal ini menyebabkan tumbuh suburnya kecenderungan laki-laki yang bersifat seperti wanita atau dengan ungkapan lain tersebarnya para bencong.

Sementara itu, pernyataan yang pro terhadap “ikhtilath” dengan dalih akan menggembleng naluri dan insting manusia ke orientasi yang lebih positif, sedangkan membatasi pergaulan pria dan wanita hanya akan semakin menjadikan insting manusia tidak terkendali dan liar. Semua ini tidak benar. Faktanya, membiarkan “ikhtilath” dalam pergaulan hanya akan menambah tingkat kecenderungan kedua belah pihak dan mengobarkan nafsu syahwat. Dulu terkenal istilah “makanan itu akan memancing nafsu makan”. Begitupula seorang lelaki yang hidup bersama lawan jenisnya untuk beberapa waktu, maka ia akan dapati kecintaannya terhadap pasangan semakin hari akan semakin erat. Apalagi jika hubungan yang terjadi tidak dibingkai dengan akhlak mulia. Lalu, apa gerangan yang akan terjadi?

Seorang wanita yang hidup di tengah komunitas yang dipenuhi banyak pria, biasanya wanita tersebut bakal cenderung untuk selalu tampil gaya dan modis serta menonjolkan sisi-sisi kecantikannya pada kaum pria, karena ia ingin selalu menjadi pusat perhatian dan mendapatkan tempat di hati para kaum pria itu. Di samping itu, dampak dari pergaulan antara pria dan wanita yang tak terbatas, akan terasa pula pada aspek ekonomi, disebabkan peningkatan alokasi anggaran pengeluaran untuk urusan gaya dan mode.

Untuk itu, Ustadz Imam Hasan Al-Banna mengatakan: “Kembali kami menegaskan bahwa masyarakat Islam merupakan masyarakat yang terbebas dari pergaulan yang tak terbatas antara kaum pria dan kaum wanita, karena dalam masyarakat Islam kaum pria punya komunitas sendiri dengan sesamanya dalam pergaulan, sementara kaum perempuan pun memiliki komunitas tersendiri pula antar sesama mereka. Islam memberikan kebebasan kaum hawa pada kondisi-kondisi tertentu, seperti: menghadiri acara lebaran, shalat jama’ah, bahkan ikut perang dalam kondisi yang sangat kritis dan mendesak sekali. Namun kebebasan tersebut hanya dalam wilayah-wilayah di atas, tentunya dengan memberikan prasyarat yang sangat ketat”.

Semua aturan tersebut diberlakukan supaya pria bisa terbebas dari fitnah wanita, karena wanita merupakan batu ujian yang cukup terjal bagi pria, di samping juga bertujuan menyelamatkan wanita dari fitnah pria. Kemudian Imam Hasan Al-Banna mengutip nash-nash dari Al-Qur`an dan Sunnah yang terkait dengan masalah tersebut. Setelah mengemukakan dalil-dalil, Beliau melanjutkan: “Adapun yang kerap terjadi di tengah-tengah kita sekarang berupa “ikhtilath” antara pria dan wanita di berbagai forum dan tempat seperti di sekolah-sekolah, institusi-institusi dan tempat-tempat pertemuan umum lainnya. Pergi ke tempat-tempat hiburan, restauran, serta taman-taman bukan merupakan budaya Islam sedikitpun, tapi merupakan budaya yang diadopsi dari adat Barat” .

Kemudian Imam Hasan Al-Banna terus melancarkan serangan terhadap orang yang berkeyakinan dan selalu mempropagandakan bahwa Islam tidak melarang wanita untuk ikut aktif dalam kancah pekerjaan-pekerjaan publik, sembari menyangkal keyakinan mereka dengan menyebutkan dalil-dalil yang mengindikasikan kedalaman pemahaman fiqih Beliau. Akhirnya Beliau sampai pada kesimpulan, bahwa wanita tidak berhak memangku jabatan dalam pekerjaan-pekerjaan publik, karena wanita telah diamanahkan tugas dan misi utama guna mengurus urusan rumah tangga dan mendidik anak.

Adapun bila kondisi memang memaksa dan mendesak wanita harus bekerja karena alasan kemiskinan dan kebutuhan, maka sang wanita juga harus memenuhi syarat-syarat tertentu serta pekerjaan tersebut benar-benar dilakukan karena motif kondisi darurat atau emergensi. Dan menilai sebuah situasi sebagai kondisi darurat harus secara proporsional pula dan tidak sembarangan serta bukan karena alasan adanya perundang-undangan yang melegitimasi wanita bekerja di luar rumah dan meninggalkan peran utamanya sebagai pendidik dan pencetak generasi yang akan berjuang untuk Islam .

Penulis menyimpulkan bahwa berdasarkan prinsip di atas, maka Imam Hasan Al-Banna mengambil sikap membolehkan wanita melakukan aktivitas politik, sebagaimana telah dikukuhkan dari pemahaman Al-Qur`an dan Sunnah. Oleh karenanya, Beliau membentuk sebuah lembaga independen yang khusus mengurus para akhwat Muslimah, di mana para akhwat Muslimah diberikan otoritas mengadakan kegiatan dan menjalankan program khusus untuk kalangan mereka, sementara para Ikhwan juga punya kegiatan tersendiri yang terpisah dari kegiatan para akhwat. Lembaga independen milik akhwat ini aktif menyebarkan dakwah dan melakukan tarbiyah ruhiyyah dan tarbiyyah siyasiyyah (pendidikan politik). Lembaga independen ini diketuai oleh seorang akhwat bernama Labibah Ahmad dengan dukungan dari para pengurus lainnya.

Adapun problematika sekelompok wanita yang memangku jabatan-jabatan strategis dan posisi-posisi penting yang mengurus kepentingan-kepentingan publik seperti lembaga-lembaga peradilan dan kehakiman (yudisial), departemen-departemen tertentu dan lembaga eksekutif atau pemerintah yang menjadi referensi rakyat dalam kondisi damai dan perang. Dalam hal ini Imam Hasan Al-Banna telah menyatakan larangannya terhadap fakta di atas. Larangan ini ditegaskan oleh hadits Rasul yang berbunyi:

لَنْ يَفْلَحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ امْرَأَةً

Artinya: tidak akan selamat suatu kaum atau bangsa yang menyerahkan urusan (kepemimpinan) mereka pada wanita. (HR. Imam Bu¬khari dalam bab Al-Maghozi)

Termasuk juga dalam kategori cakupan hadits di atas adalah pelarangan wanita menjadi kepala daerah, pemimpin jihad, kepala kepolisian, kepala urusan peradilan dan kehakiman, kepala urusan perpajakan, kepala urusan haji serta institusi-institusi yang mengurus kepentingan-kepentingan publik lainnya.

Metode pengambilan kesimpulan hukum dari hadits yang telah dikemukakan di atas adalah karena Rasulullah SHALLALLAAHU ALAI¬HI WA SALLAM memberikan informasi tentang pengharaman kepemimpinan wanita dalam urusan-urusan yang menyangkut kepentingan umum (publik), karena menurut para pakar ushul fiqih bahwa kata (أمرهم) termasuk dalam lafazh yang berimplikasi umum atau general. Lafazh di atas mencakup kepemimpinan wanita dalam wilayah-wilayah kepemimpinan publik maupun kepemimpinan khusus seperti kepemimpinan wanita terhadap harta, diri, usaha dan sebagainya. Tapi kepemimpinan dan penguasaan wanita yang terkait dengan kepentingan pribadi termasuk dalam konteks pengecualian, karena terdapat dalil lain yang mengecualikannya dari implikasi general (cakupan makna umum) dari lafazh tersebut, yaitu firman Allah dalam Qur’an surah An-Nisa 32:

(لِلرِّجَالِ نَصِيْبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوْا وَلِلنِّسَاءِ نَصِيْبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ) [النساء: 32]

Artinya: (karena) bagi laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.

Dan firman Allah dalam Qur’an surah Al-Baqarah 237:

(وَإِنْ طَلَّقْتُمُوْهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوْهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيْضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ إِلاَّ أَنْ يَعْفُوْنَ أَوْ يَعْفُوَا الَّذِيْ بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ) [البقرة: 237]

Artinya: Jika kamu menceraikan istri-istrimu sebelum kamu bercampur dengan mereka, padahal sesungguhnya kamu sudah menentukan maharnya, maka bayarlah seperdua dari mahar yang telah kamu tentukan itu, kecuali jika isteri-isterimu itu mema'afkan atau dima'afkan oleh orang yang memegang ikatan (wali) nikah.

Kesimpulan hukum di atas ditegaskan juga oleh firman Allah dalam Qur’an surah An-Nisa 34:
(الرِّجَالُ قَوَّامُوْنَ عَلَى النِّسَاءِ) [النساء: 34]

Artinya: Kaum laki-laki itu adalah pemim¬pin bagi kaum wanita.

Kepemimpinan dalam keluarga yang notabene merupakan wilayah kepemimpinan bersifat khusus diserahkan seutuhnya pada pria, jika dalam keluarga saja wanita tidak berhak menjadi pemimpin keluarga, lantas atas dasar apa seorang wanita punya otoritas memimpin sebuah negara?
Kaum pria lebih kapabel dibanding wanita bila ditilik dari segi fisik dan intelektual. Pernyataan ini ditegaskan dalam firman Allah dalam Qur’an surah An-Nisa 34:

(الرِّجَالُ قَوَّامُوْنَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوْا مِنْ أَمْوَالِهِمْ) [النساء: 34]

Artinya: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah (mendapat kewajiban) menafkahkan sebagian dari harta mereka.

Prinsip kepemimpinan berasal dari dua motif yang mendasar yaitu kapabilitas memimpin dan kesanggupan membiayai. Dalam hal ini, penulis menambahkan bahwa kaum pria memang lebih kapabel dibanding wanita dari segi rasio dan kesanggupan, bahkan kaum pria bisa mengungguli wanita dalam keahlian-keahlian yang telah menjadi spesifikasi wanita seperti: memasak, menjahit dan merancang busana. Sudah menjadi rahasia umum bahwa koki dan designer busana wanita kenamaan dunia banyak didominasi oleh kaum pria.

Sementara itu ijma’ (kesepakatan para ulama pada suatu masa tentang suatu perkara dengan suara bulat atau bersama) yang terpraktekkan adalah larangan terhadap kepemimpinan wanita dalam wilayah-wilayah publik. Telah tercatat sepanjang era hukum Islam yaitu semenjak zaman Rasulullah SHALLALLAAHU ALAIHI WASALLAM dan era kepemimpinan Khulafaurrasyidin hingga runtuhnya Pemerintahan Islamiyyah Utsmaniyyah bahwa tidak pernah ada kepemimpinan wanita dalam wilayah-wilayah publlik, karena kepemipinan mereka dalam wilayah-wilayah tersebut hanyalah sebuah realitas yang dipaksakan dan penulis sendiri tidak paham dari mana asalnya. Bagaimana mungkin hal itu bisa terjadi, sementara Rasulullah tidak pernah menjelaskan dan tidak pernah mengangkat wanita sebagai pemimpin.

Rasulullah SHALLALLAAHU ALAIHI WA SALLAM memang telah menunjuk orang-orang tertentu yang diberikan kewenangan mengurus wilayah kepemimpinan tertentu pula. Namun Rasulullah tak pernah sekalipun menunjuk wanita sebagai pemimpin, bahkan dalam Bai’at Aqabah II, yaitu ketika Rasululullah memerintahkan mereka agar memilih 12 orang perwakilan dan dalam jumlah tersebut tidak ada seorang wanita pun meski mereka turut terlibat dalam pembai’atan Rasulullah. Tidak sekedar itu saja, ketika terjadi permasalahan-permasalahan besar yang menyita pikiran, Rasulullah sering mengumpulkan para sahabat dan meminta saran serta pertimbangan mereka guna mencarikan solusi. Namun, dari sekian banyak peristiwa seperti perang Uhud, perang Ahzab, penaklukkan Makkah, perang Hunain dan sebagainya, tidak pernah ada pengalaman kalau Rasululah meminta pertimbangan terhadap kaum hawa sebelum mengeluarkan kebijakan dan memutuskan suatu perkara yang sangat urgen.

Isnin, 8 Jun 2009

Mati Itu Benar.

Cara Malaikat Mengambil Nyawa Manusia Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda: "…..Dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya: Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaan-Nya serta Syurga-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan; dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahawa ia akan beroleh azab seksa Allah dan kemurkaan-Nya, maka ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya lebih daripada yang dihadapinya; dengan sebab itu maka ia merasa gerunan tidak suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmat-Nya apalagi mengadap-Nya."

Dari Sebilangan Sahabat r.a





Dikebumikan di perkuburan Islam Kg. Tandek


Sebahagian kenderaan yang mengiringi jenazah.


Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham Ust. Hj. Baharuddin Mardia. Keadaan selepas selesai solat jenazah di surau Kg. Damai


Suara Mualaf Sabah - Benarlah kata-kata Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti mati. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita pulang. Terlalu banyak pengajaran yang kita dapat ketika menziarahi perkuburan dan mengiringi jenazah. Marilah kita yang masih hidup ini perbanyakkan amal ibadah kita kepada Allah serta mohon ampun segala dosa lalu dan kini. Marilah kita menjadi pemaaf kepada sesiapa sahaja. Marilah kita jadikan hari-hari penantian pulang kita untuk terus berjuang di jalan Allah dan Rasul-Nya. Mari kita korbankan masa, tenaga dan wang ringgit kita untuk membantu gerakan dakwah Islam semampu kita. Al - Fatihah untuk sahabatku yang telah mendahului aku di kala aku masih bertarung melawan nafsuku ...


Kepentingan Mengingati Mati Hadith :

Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".

Abu Sa'id r.a






Sabtu, 6 Jun 2009

Al - Fatihah...


Gambar terakhir allahyarham dalam program SMS bersama Profesor Dr. Abdul Rahim Salam di Masjid Kampung Salimandut, Tandek, Kota Marudu.

6. 6. 09; Kembalinya seorang mujahid dakwah ke rahmatullah...




Suara Mualaf Sabah - Diucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham ustaz Hj. Baharuddin bin Mardiah atas kembalinya beliau ke rahmatullah petang tadi. Jenazah beliau akan dibawa pulang ke rumah Ibu mertua beliau, Hjh.Mariah di Kampung Damai, Tandek, Kota Marudu dan akan dikebumikan esok. Allahyarham merupakan seorang kakitangan JHEAINS Kota Marudu yang aktif menyampaikan dakwah sekitar Kota Marudu. Beliau juga antara individu yang banyak membantu usaha dakwah SMS. Nama beliau tidak asing di kalangan orang-orang mualaf Dusun di Kota Marudu. Bagi pihak keluarga allahyarham, saya memohon kepada semua yang mengenali beliau agar memberi kemaafan sekiranya ada kekurangan, kesilapan dan kesalahan yang pernah beliau lakukan secara sengaja atau tidak.Bagi pihak SMS dan seluruh warga mualaf sekitar Kota Marudu, Pitas dan Matunggung , kami doakan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amiin ya Rabbal a'lamiiin. Al-Fatihah...

Dakwah dalam Diri Kita...


SMS - Islam itu cara hidup. Boleh ditegakkan di mana sahaja. Tunjangnya adalah keimanan. Tinggi rendah keimanan seseorang itu boleh dilihat atas perbuatan serta sikapnya.Islam tidak pernah mengajar umatnya berbuat kejahatan. Namun, kebelakangan ini, kita lihat ramai umat Islam sudah tidak mahu beramal dengan ajaran Islam dan akhirnya menjadi buta. Contoh paling jelas, solat. Solat ibadah yang diumpamakan sebagai tiang agama sudah terlalu sedikit umat Islam yang menunaikannya. Usahkan manusia yang tidak berlatarbelakangkan agama, bahkan orang agama sendiri pun sudah tidak mengendahkan solat 5 waktu...Ukurlah sendiri, di mana diri kita...

Tak banyak pesepak bola Muslim yang mau menunjukkan identitas keislamannya di lapangan hijau. Pengecualian itu tak berlaku buat Frederic Kanoute. Penyerang klub sepakbola asal Spanyol, Sevilla bangga menjadi seorang Muslim, dan itu ia tunjukan dengan jelas dalam aksi, sikap hidup, atau selebrasinya.

Hidup di Barat, dan bergelut dengan budaya serta kebiasaan yang banyak bertentangan dengan prinsip hidup seorang Muslim, memang berat. Apalagi di dunia sepak bola, satu bidang olahraga yang paling popular di Eropa dan sangat memberi ruang pada kebebasan duniawi. Bahkan cenderung membuat orang lupa akan nilai-nilai agama. Kalaupun ada, untuk insan pesepak bola Muslim, diharuskan berhati-hati. Bukan rahasia lagi, sentimen agama masih keras dirasakan, selain juga anti-Islam yang banyak didengungkan oleh banyak pihak.

Kita tentu mengenal beberapa nama terkenal yang menghiasi dunia bola internasional. Misalnya saja, Zinedine Zidane. Jika Anda pergi ke tanah Arab dan berjumpa dengan seorang penggila bola di sana, maka jangan heran jika Zidane dianggap dewa, dikagumi sedemikian rupa. Alasannya? “Zidane seorang Muslim!”. Tapi apa daya, jarang sekali, bahkan mungkin kita tidak pernah melihat Zidane menunjukan sikapnya yang Muslim itu sendiri. Jika merayakan gol, Zidane biasa saja. Berita-berita tentang keseharian Zidane yang menunjukan kebiasaan Muslimnya, amatlah minim. Terus, kedua anak Zidane pun diberi nama Enzo dan Luca, dua nama yang sama sekali tidak mencirikan identitas Islam.


Zidane hanya satu contoh. Di Jerman, ada Franck Ribery yang juga Muslim namun—maaf—masih ikut menenggak bir ketika Bayern Muenchen juara liga. Di Premier League, Nicolas Anelka sering meletakan dua tangannya usai mencetak gol sebagai tanda syukur yang menunjukan ia seorang Muslim. Namun, media Inggris juga ramai memberitakan kehidupan bebasnya. Wallohu alam.

Namun, berbeda dengan Frederic Kanoute. Di dalam dan luar lapangan, ia adalah Muslim sejati. Siapa Kanoute?

Karir Sepakbola Kanoute

Kanoute terlahir dengan nama Frederic Oumer Kanoute di Sainte-Foy-lès-Lyon, 2 September 1977. Walaupun lahir di Prancis, tetapi Kanoute lebih dekat dengan Negara asal kedua orang tuanya, Mali. Ini dikarenakan ikatan Muslim yang melekat dalam dirinya.

Karir sepakbolanya dimulai di klub Prancis, Lyon. Ia memulai di usia yang cukup belia yaitu 18 tahun. Tahun 2000, Kanoute direkrut oleh salah satu klub Liga Inggris, West Ham United. Di klub ini, ia main sebanyak 84 kali dan menghasilkan 29 gol. Jumlah yang cukup banyak untuk ukuran pendatang baru saat itu. Karena aksinya itu, Kanoute diminati klub yang lebih besar. Pada tahun 2002, ia pun hijrah ke Tottenham Hotspur. Di Spurs, Kanoute hanya bertahan dua musim dengan torehan gol sebanyak 21. Namun karir cemerlang Kanoute sebenarnya semakin nampak ketika ia mulai bermain untuk Sevilla, klub Spanyol. Di klub ini, kecuali musim pertamanya dan musim 2008-2009, Kanoute selalu mencetak gol lebih dari 20 gol setiap musimnya. Jumlah yang hanya bisa diraih segelintir penyerang saja.

Keislaman Kanoute

Kanoute tak pernah sungkan dalam menunjukan identitas keislamannya, baik di luar lapangan ataupun di dalam lapangan. Di lapangan misalnya, setiap kali mencetak gol, ia tak pernah lupa merayakannya dengan cara-cara yang “berani”. Misalnya dengan bersujud dan atau gerak tangan seperti orang Islam yang telah berdoa.

Dalam kondisi apapun, Kanoute tetap menjalankan kewajibannya untuk shalat. Tak jarang ia shalat di kamar ganti dan disaksikan oleh rekan-rekannya. Awalnya ritual itu membuat heran sesama pemain yang memang notabene non-Islam, namun lama-kelamaan, hal itu menjadi pemandangan yang biasa. Bahkan rekan-rekannya di Sevilla memberikan toleransi yang besar kepada Kanoute untuk melaksanakan keyakinannya.


Sumber -Http://www.eramuslim.com/





Rabu, 3 Jun 2009

Kreatif dan Terbuka...


Pertemuan SMS dengan Pak Lah ( PM ketika itu) di kediaman rasmi beliau , Putrajaya. Fokus perbincangan SMS waktu itu adalah Pulau Banggi. Walaupun cadangan datang dari rakyat biasa yang tidak berpangkat jauh sekali berharta, Pak Lah mengambil kira cadangan dan isu yang dikemukakan SMS. Beliau sanggup turun padang ke P. Banggi yang tidak pernah didatangi bekas-bekas PM sebelum beliau. Pemimpin yang bersikap terbuka dan tidak mengikut 'khabar baik' dari orang-orang kiri kanan secara membuta tuli seperti inilah yang kita cari. Kini, SMS mohon pada PM Datuk Seri Najib agar melantik seorang senator dari kalangan mualaf untuk menjaga kelompok ini di Malaysia. Sekian lama isu dan masalah mualaf terabai dan hanya inilah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka.


Suara Mualaf Sabah - Dalam misi menyampaikan dakwah ke tengah-tengah masyarakat, usah jadikan faktor geografi, politik, suku bangsa, negara dan bahasa sebagai kekangan
sehingga ia dijadikan alasan untuk tidak berdakwah atau mengehadkan dakwah itu kepada tempat atau suku tertentu sahaja. Inilah kesilapan yang menyebabkan Islam gagal sampai ke tengah-tengah masyarakat. Sudah tiba masanya para pendakwah bersikap lebih kreatif dan terbuka dalam hal ini...Fikirkanlah pelbagai cara yang ada untuk sampai ke tengah-tengah masyarakat. Satu jalan tidak sampai, cuba lagi jalan-jalan lain. Keadaan yang sama sejak dulu hingga kini tidak mungkin berubah selagi faktor-faktor yang memblok usaha penyebaran dakwah tidak dipecahkan.

Hari ini, SMS berkesempatan bertemu dengan Pengerusi Badan Dakwah Kota Marudu; Tn. Hj. Ajak bin Hj. Awang. Dalam pertemuan ringkas ini, SMS sempat mengemukakan isu-isu semasa umat Islam setempat sekitar Kota Marudu. SMS menghargai tindakan spontan beliau apabila beliau bersetuju menjalinkan usahasama program dalam program dakwah SMS. Selain itu, SMS turut bertukar-tukar fikiran dan mengemukakan beberapa cadangan sebagai langkah mengatasi permasalahan masyarakat Islam khususnya para mualaf di Kota Marudu.

Jumaat, 29 Mei 2009

Lagi- lagi KM...

Dalam menyampaikan ajaran Islam pada masyarakat, ada ketikanya pendekatan yang kurang sesuai menyebabkan agama benar ini ditolak. Ini menunjukkan gaya persembahan itu sangat penting dalam memastikan lulus atau gagalnya dakwah di tengah-tengah masyarakat. Untuk mewujudkan kepelbagaian gaya persembahan dalam misi dakwah, himpunan fikiran harus digabungjalin dan disatukan sekali gus mengenai sasaran yang tepat mengikut jangkamasa. Justeru, saf-saf pemikir seperti ini tidak harus dipinggirkan oleh jawatan atau pangkat. Tidak mengapa jika pangkat dijadikan landasan perjuangan, tapi usahlah berlebihan sehingga jawatan dijadikan alat untuk menyakiti orang lain. Ingatlah,Islam ini bukan dimiliki oleh jabatan, kumpulan atau individu, tapi Islam ini milik Allah SWT.

Kecuaian pada masa/jam yang terpapar. Program bertaraf daerah tidak sepatutnya berlaku kecuaian seperti ini. Seoalah-oleh JHEAINS, badan dakwah daerah dan AJK induk tidak cukup kakitangan sehingga perkara penting seperti ini didedahkan salah di khalayak umum. Sudahlah paparan waktu itu tidak betul, waktu pemberitahuan juga terlalu singkat. Petang 28 Mei kain rentang ini direntangkan; 4 jam sebelum program bermula. Mengharapkan sambutan ratusan malah ribuan umat dalam tempoh 4 jam adalah sesuatu yang tidak mungkin. Lainlah jika rutin menggantung kain rentang ini sekadar menghabiskan kos publisiti program. Tidak perlu menyasarkan keterlibatan masyarakat sekeliling walaupun inilah tujuan utama kain rentang...

Seminggu sebelum program, surat jemputan sepatutnya sudah diedarkan ke seluruh masyarakat Islam, Pengerusi2 JKKK ,Pengerusi2 Masjid/surau, Ketua-ketua Kampung, Ketua-ketua jabatan, Parti2 politik, badan2 NGO serta orang perseorangan. Namun, ini tidak dilakukan sepenuhnya. JHEAINS dan AJK Pelaksana, bersikap terbukalah dengan teguran ini.

Program MTQ ini dijalankan sekitar jam 8.00 malam bukannya 7.30 pagi seperti pemberitahuan di atas. Kelemahan yang disedari, namun tetap didedahkan pada umum...tetap dipampang... Ada apa di sebalik kerja ini ?

peserta MTQ memperdengarkan bacaan masing-masing



Pengarah YADIM Zon Sabah, Datu Hj. Liman bin Datu Hussin sebagai perasmi MTQ peringkat daerah Kota Marudu 1430Hijrah. Beliau amat keciwa menyatakan kekecewaan terhadap budaya membungkus al-Quran dengan kain kuning untuk dijadikan tangkal dan azimat.

Hj. Ajak Hj. Awang, Pengerusi Induk MTQ Peringkat Daerah Kota Marudu 1430H/2009M



Perkara nyata yang SMS perhatikan adalah kehadiran orang-orang yang sama ketika perayaan dan sambutan pelbagai program di daerah Kota Marudu, termasuklah; Program Maulidul Rasul SAW, Maal Hijrah, Pesta Menuai, Pesta Jagung dan macam-macam program lagi. Orang yang sama jugalah yang akan hadir ke majlis pelbagai ini, malah, ada di antara mereka yang tidak terlepas hadir sejak dulu hingga kini sehingga masak dan tua dalam program seumpama ini. Jelas, tidak ada usaha bersepadu yang kuat untuk mengajak umat Islam yang membatu, sedangkan mereka ada kuasa dan kekananan kerana muka-muka inilah yang akan datang ke rumah-rumah masyarakat ketika adanya kenduri kendara dan kematian. Mereka yang datang ini kebanyakan terdiri daripada kakitangan kerajaan.. pelajar hanya dijadikan pemenuh kerusi kosong. Anehnya lagi, ramai imam-imam rawatib dan kakitangan JHEAINS Kota Marudu tidak kelihatan di majlis MTQ ini. Kenapa ia berlaku ? Nantilah, SMS terjah mereka....




Usia cadang bina pusat dakwah

KOTA MARUDU 26 Mei - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bercadang membina sebuah Pusat Pembangunan Islam Wilayah Utara yang pertama di daerah ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Abdullah Hussin berkata, pusat itu bukan sahaja bakal menjadi pusat kegiatan dakwah bagi daerah ini tetapi melibatkan seluruh wilayah utara merangkumi Kudat, Pitas, Pulau Bangi dan Kota Belud.
''Cadangan ini akan diperincikan dalam mesyuarat jawatankuasa kewangan, pembangunan dan pelaburan USIA untuk dikemukakan kepada Ahli Majlis Tertinggi USIA nanti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Seminar Kefahaman Islam anjuran USIA Bahagian Kota Marudu di Masjid Kampung Mara Sim-Sim di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua USIA Bahagian Kota Marudu, Kahar Abd. Rahman; Timbalan Pengerusi Tetapnya, Asmara Matkasar dan Setiausaha Kerja USIA, Misnan Warman.


Abdullah berkata, pihaknya telah mengenal pasti lokasi untuk mendirikan pusat tersebut di atas tapak seluas 1.2 hektar di Kampung Mara Sim-Sim.
Katanya, tanah tapak itu diwakafkan oleh seorang ahli pertubuhan itu, Kariah Ali Akhbar.

Sambil menyuarakan penghargaan terhadap sumbangan itu, beliau berkata, pusat pembangunan dakwah itu akan menjadi pemangkin dalam merancakkan gerakan dakwah khususnya di wilayah utara negeri ini.


Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu, Abdullah yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru II, mengajak umat Islam agar terus mengekalkan semangat perpaduan.

Beliau berkata, perpecahan bukan sahaja akan merugikan umat Islam berpecah tetapi juga meletakkan mereka jauh ketinggalan dari arus kemajuan negara.