Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Ahad, 15 Ogos 2010

Ramadhan 4




Hidup memegang aqidah Islam di tengah2 masyarakat bukan Islam amatlah sukar.  Telinga ini terkadang tidak dapat menanggung kepedihan dek pelbagai istilah yang dilempar bertalu padaku. Namun, tiada yang mampu kulakukan untuk menolak bahasa2 itu, sekalipun meneriaki mereka. Ada ketikanya, keyakinanku dicabar dengan pergaduhan. Diajak bertumbuk kononnya untuk melihat mana satu keyakinan yang benar antara kami. Aduh, yang mencabarku bukannya anak2 tapi anak muda yang lebih besar dan lebih dewasa dariku. Aku masih ingat tragedi suatu petang selepas bermain bola. Aku pulang dengan deraian air mata lelaki . Aku bukan menangis kerana kalah , tapi aku sakit dengan cabaran itu. Dengan longlai aku melangkah pulang ke rumah. Mereka tersenyum puas mengisytiharkan kekalahanku. Pun, aku masih yakin dengan akidahku. “ Ya Allah,  jadikan kampungku ini kampung  Islam.  Ya Allah,  aku mohon pada-Mu agar satu masa nanti ada masjid terbangun di sini. Berilah hidayah pada penduduk kampungku ini termasuk ibu dan ayahku, ya Allah”. Setiap kali bersolat, inilah doa yang tidak pernah jemu kuulang. Aku yakin, tuhanku  Allah, tidak pernah tidur dan Dia maha mendengar.

Kelapa yang yang kuintai  lama akhirnya matang. Sebiji demi sebiji kujolok setiap hari. Beberapa waktu rasa puas dan nikmat tekak keringku dialliri air kelapa. Habis buah kelapa, habislah menu minuman ‘mewah’ku untuk berbuka.  Aku cari pula sumber lain. Kujerat  burung2 keruak di petak2 sawah padi sambil menghalau pipit. Untung nasibku, dapatlah 2 atau 3 ekor keruak. Semuanya masuk dalam jerat yang buat. Kutahu, itulah laukku bersahur. Eyai (ibu), tukang kejut setia sewaktu sahur dalam rumah bambu kami. Meski waktu itu, eyai belum memeluk Islam, hampir tiap2 malam eyai mengejutkan aku tanpa bosan. Terasa diri berteman, walau aku sendirian meneruskan rutin puasa di siang hari. Di kampung sebelah ada jiran seakidah denganku. Mereka sekeluarga tinggal  di Kampung Longob. Seingatku, aku pernah ke situ,  dua kali semata-mata mahu bertanya soal Islam. Namun, mereka juga mualaf yang diislamkan oleh USIA. Soalanku banyak mati tanpa jawapan. Aku pulang dengan kantung kosong. Ada rasa hampa.

Hari berlalu. Aku kemudiannya bertemu seorang keluarga dari kampung Mosolog. Dia lebih dulu memeluk Islam. Kukira nasibku mula berubah selepas itu kerana, dia telah mencadangkan aku ke PLDK Kudat. Tempat pengajiannya sebelum ini.

( Bersambung … )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi