Kepada seluruh muslimin dan muslimat yang tidak jemu-jemu menyumbang wang ringgit, tenaga dan fikiran dalam membantu usaha dakwah di pendalaman Sabah, saya bagi pihak Dusun Islam Sabah merakamkan ucapan terima kasih kepada anda semua, khususnya Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB. Datuk Taufik Hj. Abu Bakar Titingan, YB. Hj. Arifin Arif, YB. Datuk Sairin Karno, YB. Datuk Masidi Manjun, YB. Datuk Bung Moktar Radin, Jailani Hamdan, serta Kerajaan Persekutuan juga Negeri . Tidak lupa juga kepada para pendakwah yang kami bawa ke Sabah ; Ustaz Abdul Halim Hj. Abbas, Habib Rezieq Sihab beserta rombongan, ustaz Razak Bakar, Habib Ali, Ustaz Yusuf Din, Dr. Ismail, saudara Bilal dan saudara Nazrey Johani. Juga kepada penggiat dakwah di Sabah yang sentiasa bersama kami;Ustaz Hanzalah al-Hafiz, Ustaz Ridhwan Baharun, saudara Asree Moro, Pn. Rosnani Untol, saudara Imran Hj. Ibrahim, Saudara Azman( Tawau) dan saudara Azman ( Lahad Datu), saudara Hasrul Abdullah, saudara Muslim Abdullah, Hj. Safrin Karim, saudara Wahid Karim dan ramai lagi orang perseorangan yang tidak dapat disebut nama-nama mereka dalam perutusan Hari Raya Aidil Adha 2008 ini. Terima kasih atas sumbangan buku-buku Panduan Solat, buku Iqra, al-Quran, kain telekung, kain sarung, sejadah, CD Fardu Ain, pakej penghantaran menunaikan ibadah umrah, baju-baju terpakai dan sebagainya. Kesemuanya telahpun kami sampaikan kepada mereka yang berhak menerimanya di pelusuk-pelusuk kampung di pendalaman Sabah. Akhir sekali, kami percaya bahawa Islam tercinta ini hanya akan tertegak bila empat golongan ini bersatu; 1. Pemimpin yang adil 2. Ilmu para ulamak 3. Pemurahnya orang kaya 4. Doa orang fakir ( Ya ... Allah dengan limpahan rahmat-Mu kami pohon agar mereka yang terlibat dalam usaha dakwah di bumi-Mu ini khususnya di Negeri Sabah, dikurniakan rahmat keampunan-Mu . Amin ya Allah. )

Pengikut

"وَأَلَّوِ ٱسْتَقَمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَهُم مَّآءً غَدَقًۭا
Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak)." (QS. AL JIN:16)

Ahad, 15 Ogos 2010

Ramadhan 3




Pagi yang damai. Tenang kurasakan. Udara alam yang menyapa tubuhku terasa cukup lembut dan nyaman. Mentari yang menyinar alam kulihat redup. Amat damai kurasa pagi itu. Bermimpi bertemu dan bersolat Subuh berimamkan Rasulullah SAW pada hari ke-3 Ramadhan menjadikan seluruh rasa tenang dan damai itu mengalir dalam darahku sekali gus memenuhi segenap ruang tubuhku. Amat sukar kugambarkan suasana tika itu dengan kata-kata kerana aku sendiri tertanya-tanya mengapa suasana itu menyelimuti diriku. Semakin kulayan rasa itu, semakin terasa. Tanpa punca. Hilang segala derita dan sengsara. Cengkaman rasa pada jasad dan batin semakin kuat menjelang tengahari. Segala ketenangan dan suasana damai yang kurasai saat itu cenderung mengajakku ke destinasi pertemuan dalam mimpi. Aku rindukan suasana tenang dan damai tika solat bersama Rasulullah SAW

Tanpa berfikir panjang, petang itu kutemui Cikgu Ishak. Kunyatakan padanya bahawa aku mesti masuk Islam. Agak keras dan kencang pernyataan itu meniti bibirku. Kulihat Cikgu Ishak agak kebingungan dan sedikit terperanjat melihat pancaran emosiku waktu itu. Aku tidak peduli apapun jawapan dan pertanyaan yang bakal kuterima tika itu kerana fokusku hanya satu. Mahu mengulangi solat sebagaimana Rasulullah SAW bersolat dalam mimpiku semalam. Namun, pertanyaan berulang kali daripada Cikgu Ishak menyebabkan aku perjelaskan kepadanya tentang mimpiku semalam. Mendengar penjelasanku, beliau spontan berdiri dari tempat duduknya tanpa sepatah kata. Malam itu, malam Jumaat. Aku ucapkan Dua Kalimah Penyaksian ; pertama, Tiada Tuhan selain Allah dan kedua, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Maka, bermulalah episod hayatku dalam dunia Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'SUDAHKAH ANDA SOLAT '

Kepentingan Menjaga Solat Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi